Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Pakatan MPs stand united for neutrality of Parliament, NO to UMNO banners

Posted on Thursday, 21-10-2010Thursday, 21-10-2010 by -ec-

Pada Hari Isnin, saya melihat sepanduk Perhimpunan UMNO digantung di sepanjang Jalan Parlimen dan malah juga di pintu masuk ke Bangunan Parlimen. Saya menyoal Timbalan Speaker Dato Ronald Kiandee berkenaan isu ini dan rasional Parlimen membenarkan sepanduk UMNO digantung di sepanjang Jalan Parlimen, tetapi pertanyaan saya ditegur dan dihalang oleh beliau.
Walau bagaimanapun, sepanduk perhimpunan UMNO tersebut diturunkan pada Hari Selasa.
Semalam, hari Rabu, saya dapati sepanduk perhimpunan UMNO digantungkan semula atas banyak tiang lampu jalan di sepanjang Jalan Parlimen. Saya membangkitkan isu ini kepada Speaker Tan Sri Pandikar Amin dalam Dewan Rakyat, tetapi kesalnya, beliau memarahi saya membangkitkan isu ini kerana menurutnya, kuasanya hanya di kawasan Parlimen, apa yang digantung di luar bangunan Parlimen adalah di luar bidang kuasa beliau dan ia adalah di bawah kuasa DBKL.
Pada pagi ini, saya bersama dengan beberapa Ahli Parlimen DAP, PKR dan PAS menggantungkan sepanduk aktiviti DAP, PKR dan PAS di kawasan yang sama, iaitu di atas tiang lampu dan pagar di luar pintu Parlimen di Jalan Parlimen.
Saya meminta pegawai Parlimen dan pegawai polis jangan campur tangan kerana perkara ini di luar bidang kuasa mereka sebagaimana yang dinyatakan oleh Speaker Parlimen.
Alasan saya adalah mudah sahaja: Jalan Parlimen merupakan jalan protokol. Biasanya, sekiranya berlaku majlis atau upacara sambutan lawatan ketua negara ke Parlimen, barulah kita lihat sepanduk negara asing dan bendera Malaysia digantung atas tiang lampu jalan di Jalan Parlimen.
Perhimpunan Agung UMNO diadakan di PWTC, Memang tiada alasan bagi UMNO untuk menggantungkan sepanduknya di sepanjang Jalan Parlimen kerana perhimpunan agung UMNO bukan diadakan di dalam bangunan Parlimen.
Parlimen Malaysia juga bukan kepunyaan UMNO. Oleh itu penggantungan sepanduk UMNO di pintu masuk Parlimen kita memang tidak munasabah.
Selagi sepanduk UMNO digantung di sepanjang Jalan Parlimen tidak diturunkan, sepanduk yang kami gantung itu pun seharusnya dikekalkan oleh DBKL dan Speaker. Saya rasa gembira Pakatan Rakyat bersatu hati menunjukkan pendirian kami dalam isu ini.

2 thoughts on “Pakatan MPs stand united for neutrality of Parliament, NO to UMNO banners”

  1. Ah chong home rent says:
    Thursday, 21-10-2010 at 16: 33.50

    yes. there should be less of these banners on the way to malaysian parliment

  2. ah seng says:
    Friday, 22-10-2010 at 01: 09.47

    Sila baiki penguasaan bahasa kebangsaan anda.Menggantung di tiang lampu,bukan di atas tiang lampu.

Comments are closed.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • Ucapan Kamar Khas: Masalah Pelaksanaan Akta A1730: Akta Juruukur Tanah Berlesen (Pindaan) 2024
  • Ucapan Kamar Khas: Kerajaan Diminta Membatalkan Pembinaan 17 Ribu Unit Rumah di Jalan Impian Indah, Bukit Jalil (27 Okt 2026)
  • Court Judgement YB Teresa Kok VS Datuk Dr Akmal
  • UCAPAN PERBAHASAN BELANJAWAN 2027 OLEH TERESA KOK (SEPUTEH) PADA 13 OKTOBER 2026
  • Ucapan Teresa Kok (Ahli Parlimen Seputeh) dalam Perbahasan RUU Akta Makanan 1983 (8 Oktober 2026)
  • MOTAC DIMINTA MENYATAKAN PENCAPAIAN KEMENTERIAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026
  • Ucapan Teresa Kok dalam Perbahasan “Laporan Pengurusan Pelarian di Malaysia” di Dewan Rakyat pada 5 Oktober 2026
  • Rest in Peace, Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali
  • 郭素沁促请隆市政局在武吉加里尔、大城堡及旧巴生路展开全面基础设施研究
  • KENYATAAN AKHBAR YB TERESA KOK (AHLI PARLIMEN SEPUTEH) PADA 27 OGOS 2026
  • Joint Efforts Needed: CPO KL, Mayor, and PTGWPKL Director Urged to Clamp Down on Illegal Parking Fee Collection on Kuala Lumpur State Land
  • MEDIA STATEMENT: THE TAMAN DESA PHASE 1 NEIGHBOURHOOD CONTROL SCHEME ISSUE (17 August 2026)
  • KENYATAAN MENGENAI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA FASA 1
  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme