Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Parlimen: BN mungkir janji pilihanraya Ijok nak bina sekolah Tamil

Posted on Wednesday, 20-10-2010 by -ec-

Sudah terbukti bahawa janji Kerajaan untuk membina pelbagai infrastruktur untuk memancing undi ketika pilihanraya kecil Ijok pada April 2007, termasuklah janji membina bangunan baru bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Bestari Jaya di Batang Berjuntai adalah janji kosong semata-mata.

Rujuk laporan Bernama pada 21 April 2007 yang menyatakan:

“Najib also announced that the Education Ministry would build an additional block  for the SRJK (Tamil) Bestari Jaya, here soon and would solve the problem of transport for students going to school, as requested by the school to achieve the single session schooling system.”

Tetapi lihatlah, apabila saya bertanya akan status bangunan baru itu kepada Menteri Pelajaran, Menteri Pelajaran langsung tidak menyebut SJK Tamil yang saya tanyakan, macam tak peduli. Jawapan yang mengecewakan ini menunjukkan bahawa kerajaan memang tidak ikhlas dalam memenuhi keperluan penduduk Ijok dan sekadar memberi janji kosong sahaja untuk memancing undi.

——–

Pertanyaan: Lisan

Daripada: Puan Teresa Kok

Tarikh: 19.10.2010

Soalan:

Teresa Kok (Seputeh) minta Menteri Pelajaran menyatakan bilakah Kementerian akan membina bangunan baru untuk SJKT Bestari Jaya sebagaimana dijanjikan oleh Perdana Menteri dalampilihanraya kecil Ijok. Bilakah Kementerian akan menunaikan janji bebas Menteri Pelajaran sebelum Pilihan Raya 2008 untuk membina 6 SJKC baru dan memindah 13 SJKC di seluruh negara.

Jawapan:

Tuan Yand DiPertua,

Kementerian Pelajaran Malayaia (KPM) sentaiasa berusaha meningkatkan pembangunan pendidikan dalam memastikan ke atas mana-mana jenis sekolah yang terdapat di dalam sistem pendidikan kebangsaan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, proses perpindahan dua buah SJKC telah siap dan mula beroperasi pada tahun ini iaitu SJKC Tai Hong berpindah dari Kota Tinggi ke Taman Impian Emas, Johor Bahru dan SJKC Pai Tze dari Bukit Serampang ke Setia Eco Gardens, Johor Bharu.

Manakala perpindahan SJKC Bandar Bukit Sentosa, Bukit Beruntung, Selangor; SJKC Pay Fong 1, Crimson, Krubong, Melaka; dan SJKC Kiow Min, Taman Perkasa, Alor Gajah, Melaka telah mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan. Bagi SJKC Pumpong, Alor Setar, proses kerja tapak serta menanam cerucuk sedang dilakukan dan bagi SJKC Tung Hwa, Seremban pula proses melabel tanah sedang dijalankan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi sekolah-sekolah selebihnya pihak Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) masih dalam proses membuat perolehan tanah, penyediaan pelan bangunan; atau mengemukakan permohonan kebenaran merancang untuk kelulusan oleh pihak berkuasa tempatan.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • Ucapan Kamar Khas: Masalah Pelaksanaan Akta A1730: Akta Juruukur Tanah Berlesen (Pindaan) 2024
  • Ucapan Kamar Khas: Kerajaan Diminta Membatalkan Pembinaan 17 Ribu Unit Rumah di Jalan Impian Indah, Bukit Jalil (27 Okt 2026)
  • Court Judgement YB Teresa Kok VS Datuk Dr Akmal
  • UCAPAN PERBAHASAN BELANJAWAN 2027 OLEH TERESA KOK (SEPUTEH) PADA 13 OKTOBER 2026
  • Ucapan Teresa Kok (Ahli Parlimen Seputeh) dalam Perbahasan RUU Akta Makanan 1983 (8 Oktober 2026)
  • MOTAC DIMINTA MENYATAKAN PENCAPAIAN KEMENTERIAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026
  • Ucapan Teresa Kok dalam Perbahasan “Laporan Pengurusan Pelarian di Malaysia” di Dewan Rakyat pada 5 Oktober 2026
  • Rest in Peace, Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali
  • 郭素沁促请隆市政局在武吉加里尔、大城堡及旧巴生路展开全面基础设施研究
  • KENYATAAN AKHBAR YB TERESA KOK (AHLI PARLIMEN SEPUTEH) PADA 27 OGOS 2026
  • Joint Efforts Needed: CPO KL, Mayor, and PTGWPKL Director Urged to Clamp Down on Illegal Parking Fee Collection on Kuala Lumpur State Land
  • MEDIA STATEMENT: THE TAMAN DESA PHASE 1 NEIGHBOURHOOD CONTROL SCHEME ISSUE (17 August 2026)
  • KENYATAAN MENGENAI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA FASA 1
  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme