Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Parlimen: Kementerian Pelajaran tidak dapat jawab bagaimana mengatasi masalah kekurangan SRJK Cina di Lembah Klang

Posted on Monday, 18-10-2010Monday, 18-10-2010 by -ec-

Pertanyaan: Lisan
Daripada: YB Pn Teresa Kok (Seputeh)
Tarikh: 12.10.2010

Soalan:

YB Pn Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Pelajaran menyatakan apakah langkah Kementerian untuk mengatasi masalah kekurangan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina akan dibina oleh Kementerian di Kuala Lumpur dan Selangor dalam 5 tahun akan datang.

Jawapan

Tuan Yang Di Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, senarai terperinci projek-projek pembangunan pendidikan dalam RM Ke-10 belum lagi ditentukan sepenuhnya. Namun, penetapan pembinaan sekolah baru atau penambahbaikan adalah berdasarkan kepada keperluan bukan berasaskan desakan mana-mana pihak atau dikhususkan kepada sesuatu tempat.

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sentiasa mengambil berat dan memberi perhatian yang sewajarnya kepada setiap permasalahan tanpa mengira jenis sekolah. Hasrat Kerajaan adalah untuk menyediakan peruntukan secukupnya bagi membiayai pembinaan dan menaik taraf semua sekolah-sekolah di negara ini. Agenda utama Kerajaan adalah untuk membangunkan pendidikan negara secara menyeluruh; merapatkan jurang pembangunan prasarana dan pencapaian murid, memperbaiki sekolah daif, serta memberi akses dan pendidikan yang berkualiti kepada semua murid. Walau bagaimanapun, pelaksanaan adalah tertakluk kepada kemampuan kewangan Kerajaan serta keupayaan KPM dalam menyediakan kemudahan tersebut.

1 thought on “Parlimen: Kementerian Pelajaran tidak dapat jawab bagaimana mengatasi masalah kekurangan SRJK Cina di Lembah Klang”

  1. Lee Chee Soon says:
    Monday, 18-10-2010 at 17: 21.53

    This is the worst reply ever from a Ministry regarding schools allocation. There is a abandoned school located within Taman Desa and now it seems that the new schools are bound to requirements such as overall excuses and general lame lies.
    Jikalau KPM membuat pertimbangan secara rasional tidak akan timbul masalah sekolah yang terbelangkalai dan dibiarkan untuk mereput di sekitar kawasan Taman Desa. Jawapan sedemikian inilah yang memaksa rakyat biasa seperti saya untuk membuat perubahan demi masa depan yang lebih baik.

Comments are closed.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme