Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Soalan parlimen saya (Seputeh) bagi Sidang Parlimen 11 Oktober – 15 Disember 2010

Posted on Thursday, 30-09-2010Wednesday, 29-09-2010 by -ec-

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih bagi mereka yang menyumbangkan idea dan cadangan soalan-soalan parlimen kepada saya bagi sidang parlimen 11 Oktober – 15 Disember 2010.

Saya juga ingin memberi penerangan bagaimana saya memilih soalan untuk ditujukan kepada Kabinet. Saya hanya dibenarkan menanya 10 soalan lisan dan 5 soalan bertulis. Oleh itu, saya mesti memilih soalan dengan baik agar peluang saya untuk mendapat jawapan yang baik daripada kementerian yang berkenaan tidak dipersia-siakan.

Antara soalan-soalan yang dicadangkan, ada yang saya pilih dan ada yang saya terpaksa tinggalkan kerana:

a) saya sudah tahu jawapan kepada soalan tersebut

b) soalan ditulis mengikut format yang tidak baik, misalnya soalan yang boleh dijawab dengan Ya-Tidak

c) soalan yang saya tahu Menteri akan main “tai-chi” dan memberi jawapan yang tidak bermakna

d) ada di antara isu-isu tersebut yang lebih sesuai untuk dikemukakan melaui ucapan parlimen saya kerana isu itu rumit dan memerlukan penjelasan yang lebih panjang

Berikut merupakan soalan-soalan parlimen saya bagi sidang Oktober – Disember 2010. Seperti biasa, saya akan meletakkan jawapan parlimen yang diterima di dalam blog saya.

20 September 2010

Soalan Lisan dan Bertulis Bagi Sidang Parlimen 11 Oktober – 15 Disember 2010

Soalan Lisan

1)    YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Perdana Menteri kenapakah kerajaan tidak membenarkan pelabur asing untuk menubuhkan kilang dan mengeluarkan kereta di Malaysia secara bebas? Sila nyatakan sebab dasar pemberian AP bagi  pengimportan kereta dan dasar automobil negara.  (29-11-10)

2)    YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Pelajaran menyatakan apakah langkah kementerian untuk mengatasi masalah kekurangan sekolah rendah Cina di Lembah Klang. Berapa jumlah sekolah rendah Cina yang akan dibina oleh kementerian di Kuala Lumpur dan Selangor dalam 5 tahun yang akan datang?  (12-10-2010)

3)    YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Perdana Menteri menyatakan projek yang telah dilaksanakan oleh kerajaan melalui RM60 bilion Pakej Rangsangan Ekonomi pada tahun 2009. Apakah hasil berikutan pakej rangsangan ekonomi ini?  (29-11-2010)

4)    YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Pelajaran menyatakan bilakah Kementerian akan membina bangunan baru untuk SJKT Bestari Jaya sebagaimana dijanjikan oleh Perdana Menteri dalam pilihanraya kecil Ijok? Bilakah Kementerian akan menunaikan janji bekas Menteri Pelajaran sebelum  Pilihan Raya 2008 untuk membina 6 SJKC baru dan memindah 13 SJKC di seluruh negara? (19-10-2010)

5)    YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Pelajaran menyatakan markah yang melayakkan seorang pelajar untuk mendapat markah A, B, C, D  dalam setiap subjek dalam Peperiksaan SPM pada tahun 2009. Kenapakah Kementerian masih membenarkan pelajar yang gagal dalam SRP untuk terus masuk ke Tingkat 4 dalam sekolah menengah dan bukan hantar golongan pelajar lemah ini untuk program latihan khas? (25-10-2010)

6)    YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Dalam Negeri menyatakan akhbar/majalah yang ditarik permit pencetakan dalam tahun 2007, 2008 dan 2009. Apakah sebab Kementerian menolak permohonan pencetakan akhbar harian Malaysiakini? (26-10-2010)

7)    YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah pemohon Pemastautin Tetap yang telah mendapat kelulusan pada tahun 2008 dan 2009, dan jumlah pemohon yang masih menunggu keputusan. Apakah kelulusan permohonan Pemastautin Tetap ini diputus oleh Menteri/Kementerian Dalam Negeri ataupun diputus oleh pihak imigresen. (16-11-2010)

8)    YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Perdana Menteri menyatakan pecahan kos lab NKEA termasuk bayaran kepada konsultan seperti Mckinsey & Co, BCG, Ethos Consulting dan sebagainya. Berapa peratus daripada cadangan projek NKEA akan dibiayai oleh kerajaan dan berapa peratus harus bergantung kepada sektor swasta?   (22-11-2010)

9)     YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Kewangan menyatakan pecahan pelaburan langsung (FDI) mengikut negara pada tahun 2007, 2008, 2009 dan penggal ketiga 2010. Apakah sebab kejatuhan FDI sebanyak 81% dalam 2009 dan strategi Kerajaan untuk menarik masuk lebih pelaburan langsung ke Malaysia?  (11-10-2010)

10)    YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menjelaskan kenapakah Kementerian masih belum mengeluarkan “peraturan” (regulations) bagi Building and Common Property (Maintenance and Management) Act 2007 (Akta 663) mengikut seksyen 42 akta ini untuk dijadikan garispanduan kepada COB, JMB dan pemaju.  (18-10-2010)

Soalan Bertulis

1)    YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Pelajaran menyatakan pecahan pelajar Melayu, India, Cina, Iban, Kadazan dan kaum lain yang belajar di sekolah rendah Cina di setiap negeri di seluruh Malaysia. Sila nyatakan bilangan lembaga pengarah sekolah rendah Cina dan Tamil yang membentangkan permohonan untuk meminta pembinaan sekolah rendah Cina dan Tamil baru di seluruh negara?

2)    YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Dalam Negeri menyatakan pecahan laporan kes rogol, inseks (incest) dan pencabulan seksual (sexual harassment) yang diterima oleh pihak polis di setiap negeri. Sila nyatakan jumlah kes rogol, inseks dan pencabulan seksual telah didakwa di Mahkamah.

3)    YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Kewangan menyatakan jumlah peruntukan infra-struktur (MARRIS) yang disalurkan ke Negeri Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah pada tahun 2007, 2008, 2009 dan 2010.

4)    YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Perdana Menteri pecahan kaum pemegang biasiswa JPA pada tahun 2006, 2007, 2008, 2009 dan 2010.  Berapakah peratusan pemegang biasiswa JPA yang berkhidmat dengan kerajaan selepas mereka tamat pengajian mereka sejak tahun 2000.

5)    YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Jabatan Perdana Menteri menyatakan senarai nama hakim yang pernah berkhidmat di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) yang telah dipindah ke bahagian lain Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tempoh tahun 2007-2010. Sila nyatakan alasan pemindahan mereka.

6 thoughts on “Soalan parlimen saya (Seputeh) bagi Sidang Parlimen 11 Oktober – 15 Disember 2010”

  1. wintergurl says:
    Thursday, 30-09-2010 at 10: 12.52

    Good Luck .

  2. ahmad mazlan osman says:
    Thursday, 30-09-2010 at 20: 27.40

    Dear YB,
    Can you plse find out about the PKE prices,I am just a small time farmer with less than 3o cattles.I find it a burden to support my feed cost.Govt should do something in reducing the feed cost for farmers,since we have the PKE which is extracted from oil palm,we should utilised it to make it affordable to small time farmers like me.
    I really am hoping that you could bring up this subject,whenever you have the chance to meet the minister who is in charge of FELDA.
    Thank you

  3. Gunasekaran says:
    Friday, 01-10-2010 at 17: 51.02

    Soalan lisan Soalan 5 tolong gantikan SRP dengan PMR

  4. lee wee tak says:
    Friday, 01-10-2010 at 22: 36.31

    lovely questions, more tingkatan lima answers expected

  5. Alex says:
    Saturday, 02-10-2010 at 23: 06.48

    1(a) To Kementerian Dalam Negeri (KDN), Please state how many PR [ permanent residency] applications have been received (diterima) and accepted/approved (diluluskan) in 2007, 2008, 2009,and 2010 (till mid 2010)?
    1(b) What is the breakdown [by country of origin/ birth/nationality, religion, educational background, age, marital status and sex] of those succeeded in getting Malaysian PR? What percentage (of total 100%)are Indonesians? What percentage (of total 100%)are Bangladeshis?
    1(c) What are the top ten reasons behind PR applications turned down?
    1[d] What are the criteria [ that an applicant must meet] to get Malaysian PR?

    Thank you YB.

  6. Cheongkooi says:
    Tuesday, 05-10-2010 at 23: 13.56

    Harap YB boleh dapat jawapan dan penjelasan yang memuaskan dari pihak pihak tertentu.

Comments are closed.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme