Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Ahli-ahli Melayu DAP di Puchong bertambah aktif

Posted on Tuesday, 07-09-2010Tuesday, 07-09-2010 by -ec-

Saya tergelak hari ini apabila saya membaca kenyataan Setiausaha Perhubungan UMNO negeri Selangor Satim Diman di dalam akhbar yang menuduh DAP “secara jelas menjalankan politik perkauman dengan mementingkan satu-satu kaum sahaja” dan memburuk-burukkan cawangan DAP di Puchong yang mempunyai ramai ahli-ahli Melayu.

Apakah Satim Diman sudah lupa yang partinya sendiri adalah eksklusif bagi satu kaum saja dan kaum-kaum lain tidak diterima sebagai ahli? Perlembagaan UMNO sendiri menyatakan:

5.1 Tiap-tiap orang Melayu dan Bumiputera berhak mendaftar diri sebagai ahli UMNO mengikut Perlembagaan dan peraturannya.

Eloklah Satim lihat cermin dulu dan mengakui kelemahan sendiri sebelum menuduh orang lain yang bukan-bukan.

Pada hakikatnya, DAP mementingkan kesejatheraan semua tanpa mengira kaum. Cawangan DAP Lembah Kinrara yang majoriti ahlinya adalah Melayu telah ditubuhkan semenjak tahun lalu. Cawangan ini telah pun diluluskan oleh Registrar of Societies.

Malahan, pada bulan lepas, kami telah mengadakan mesyurat agung tahunan kami. Ramai ahli yang hadir dan menyertai dengan bersungguh-sungguh. Mereka penuh idea dan pendapat dan penuh semangat mahu menganjurkan majlis berbuka puasa yang diadakan beberapa hari selepas itu.

Kewujudan ahli-ahli DAP Melayu yang aktif ini membuktikan bahawa kenyataan Satim adalah bohong semata-mata. Dia masih berfikir bahawa semua orang Melayu mesti sokong UMNO. Pendirian Satim menunjukkan bahawa UMNO masih belum berubah, dan masih lagi berpegang kepada politik perkauman. Jelaslah bahawa 1Malaysia yang dilaung-laungkan ialah slogan semata-mata tanpa isi.

9 thoughts on “Ahli-ahli Melayu DAP di Puchong bertambah aktif”

  1. Jamal says:
    Wednesday, 08-09-2010 at 09: 44.25

    Semoga YB Sassy berjaya menarik lebih banyak orang melayu masuk DAP. DAP utuk semua kaum!

  2. Yeap Cheng Liang says:
    Wednesday, 08-09-2010 at 10: 23.22

    YB

    Tahniah! Hanya parti politik yang berbilang kaum sahaja dapat menjamin kesejahteraan Malaysia. Cuba fikir, di dalam parti yang berbilang kaum, semua ahli adalah saudara kita tidak kira latarbelakang and budaya dan sanggupkah kita meminggirkan saudara kita yang separti? Sanggupkah kepimpinan party mengadakan polisi yang bertujuaan meminggirkan saudara separti kita? Tentunya tidak. Pendeknya, hanya parti yang berbilang kaum dapat menggubal polisi yang memanfaatkan semua kaum di Malaysia.

  3. Ibrahim Abdullah says:
    Wednesday, 08-09-2010 at 11: 13.47

    Sangat bagus! Saya sokong penuh! Memang bangsa-bangsa melayu sokong DAP dan bukan UMNO lagi! ha….ha…ha…

    Jadi! Satim perlu fikir banyak-banyak sebelum buat sesuatu tak ada guna atau maanfaat pada rakyat Malaysia. Kebanyakkan UMNO memang mementingkan diri sendiri. Sebab saya pernah jadi ahli UMNO tapi tak ada gunanya. Ketua cawangan dan timbalan ketua cawangan sama saja. Mementingkan diri sendiri. Diminta bantu orang miskin di puchong tapi buat tak tahu. Macam anjing meyalak tapi tak dapat bantu dan bantu sendiri kaya saja. Ha..ha…haa…ha…. pergi tidur saja lah.

  4. Ahmad Ali says:
    Wednesday, 08-09-2010 at 11: 29.45

    Merujuk kepada Ibrahim Abdullah tentang UMNO dan DAP adalah betul! Saya pun sokong. Memang parti UMNO hanya bagi bangsa-bangsa Melayu saja dan lain bangsa-bangsa tak boleh join walaupun orang muslim. Kad ahli tak dapat walaupun orang asli dan muslim saja yang disuruh sokong mereka. Memang menyedihkan! Macam anjing menyalak yang disebut oleh Ibrahim Abdullah.

    Najib perlu mengubah UMNO perlembagaan untuk muslim bukan melayu dan bagi sama-sama hak atau kekayaan di kongsi sama-sama. Jika tak satu hari macam Datim atau lain-lain menteri yang tak tahu buat kerja. Juga sama dengan Ketua cawangan dan timbalan yang tak guna itu. Hanya mementingkan diri sendiri dan jadi banyak gemuk makan duit haram…….

    Perlu berubah! Jadi seorang yang peka pada rakyat permintaan. Ramai orang miskin diluar itu menderita dan jerit-jeritan dan kelaparan. Tapi orang kaya macam UMNO buat tak tahu saja…….
    Padan muka dia!

    Jadi! Perlu fikir dan banyak action bukan cakap-cakap saja atau cakap kosonglah……

  5. kamal says:
    Wednesday, 08-09-2010 at 14: 05.05

    tahniah..DAP for all

  6. SETIA says:
    Wednesday, 08-09-2010 at 17: 06.16

    Syabas DAP ….jangan percaya Utusan cerita Dap anti islam,anti melayu dan anti islam
    Dap untuk semua di Malaysia !

  7. ray says:
    Wednesday, 08-09-2010 at 17: 54.59

    Hidup Cawangan DAP Lembah Kinrara selama-lamanya. Teruskan perjuangan demi kepentingan kemanusiaan, kesejahteraan, keharmonian negara tercinta kita ini. Ketepikan ideology politik sempit yang boleh membinasakan nrgara kita ini.

  8. Ahmad Syafiq says:
    Wednesday, 08-09-2010 at 22: 31.36

    Well well well, so-called heroes as they call it (referring to the old-fashioned Satim Diman, who seems to live in the 80s rather than 2010 now.) Apa pun, saya respek orang Melayu yang sokong DAP. Walaupun saya sokong parti PAS, tidak bermakna saya tidak boleh bekerjasama dengan parti lain. ;P Hehe.

  9. lee wee tak says:
    Thursday, 09-09-2010 at 06: 54.16

    if my dad have lived to see this day I am sure he would be moved. I have.

Comments are closed.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme