Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

MalaysiaKini, Teresa Kok: Hishamuddin patut cermin diri, 31 Ogos 2010

Posted on Wednesday, 01-09-2010Tuesday, 31-08-2010 by -ec-

Teresa Kok: Hishamuddin patut cermin diri
Ogos 31, 10 4:39pm

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein patut mencermin dirinya sendiri sebelum menghukum dengan gelaran-gelaran tertentu, kata exco kanan Selangor Teresa Kok.

Teresa mempersoalkan daripada mana Hishamuddin mendapat hak sebagai pihak berautoriti dalam hal moral untuk menyifatkan orang lain sebagai ‘kotor’ sedangkan ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching dengan hati terbuka masuk ke dalam surau kerana diundang.

“Beliau (Teo) sendiri telah membuat permohonan maaf kepada semua pihak terbabit. Saya fikir Hishammuddin menggelarnya sebegitu hanya kerana beliau bukan Islam atau kerana beliau seorang perempuan,” katanya.

“Hishammuddin patut cermin diri, semak sama ada beliau sendiri bersih sebelum menghukum orang lain.”

Semalam, Bernama melaporkan Hishammuddin yang juga naib presiden Umno berkata perkembangan isu Teo amat mengejutkannya kerana ia mendapat sokongan daripada Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sekali lagi tampil membuat kenyataan mengelirukan umat Islam.

“Kini, apabila Nie Ching dalam keadaan berhadas besar masuk ke ruang solat di Surau Al-Huda, Nik Abdul Aziz berkata “kita sekarang berada di zaman moden, jangan jadi jahil”, lepas ini apa lagi “bala” nak datang?

“Kenyataan-kenyataan sebegini ternyata hanya membawa kepada keadaan yang mengelirukan sesama kita orang Islam,” beliau dipetik sebagai berkata.

Walaupun Hishammuddin menggunakan perkataan “berhadas besar”, versi Inggeris agensi berita itu melaporkannya seagai “dirty” (kotor) dalam bahasa Inggeris.

Dalam satu kenyataan hari ini, Teresa yang juga ahli parlimen Seputih dan setiausaha publisiti DAP berkata menteri berkenaan harus segera menarik balik kenyataannya dan mengemukakan permohonan maaf kepada Teo atau gagasan “1Malaysia akan selamanya hilang kewibawaan di mata rakyat”

4 thoughts on “MalaysiaKini, Teresa Kok: Hishamuddin patut cermin diri, 31 Ogos 2010”

  1. blackrose says:
    Wednesday, 01-09-2010 at 05: 43.53

    the mirror will break in his face,hisham not only his face is dirty,he is dirty inside out too.he can bark all he could WHO…CARES!!!!.

  2. Libran says:
    Wednesday, 01-09-2010 at 19: 20.07

    Hishamudin’s wife is also a woman and no cleaner than other women. If he considers other women are dirty, so is his wife.

  3. Pegasus says:
    Wednesday, 01-09-2010 at 23: 50.17

    Hisapmudin is not dirty…he is filthy dirty..!!! all he can see in the mirror is Medusa..his true reflection…!!!

  4. andrew says:
    Friday, 03-09-2010 at 02: 04.10

    u think this hisham cares to say sorry….i dont think so…..hello….home minister la…..who is his cousin …..none other than mr pm…..say sorry….big shot….where will say sorry la…just vote them out…GE13

Comments are closed.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • Ucapan YB Teresa Kok Dalam Konvensyen Pakatan Harapan | 17 Mei 2026
  • 郭素沁指浮罗交怡旅游业表现落后于普吉岛与峇厘岛,促吉打州政府停止“自我陶醉式数据解读”
  • JAUH KETINGGALAN DI BELAKANG PHUKET DAN BALI: KERAJAAN PAS KEDAH JANGAN SYOK SENDIRI DENGAN STATISTIK ‘SUAM-SUAM KUKU’
  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme