Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Selangor nombor 1 dari segi pelaburan perindustrian di Malaysia bagi Jan – Jun 2010 – MIDA

Posted on Wednesday, 25-08-2010Thursday, 26-08-2010 by -ec-

Kenyataan akhbar oleh Teresa Kok, EXCO Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan pada 25 Ogos 2010 di Shah Alam

Selangor mencapai pelaburan perindustrian dan jumlah projek perindustrian yang tertinggi (166  projek) di Malaysia bagi Januari –  Jun  2010

Statistik terkini MIDA (Malaysia Industrial Development Authority) mengenai pelaburan perindustrian di Malaysia bagi Januari hingga Jun 2010 mengikut negeri menunjukkan bahawa negeri Selangor telah mencapai jumlah pelaburan perindustrian yang diluluskan sebanyak RM 3.47 billion bagi tempoh tersebut.

Jumlah projek perindustrian yang tertinggi

Sebanyak 166 projek telah diluluskan di Selangor. Angka ini merupakan 36% daripada jumlah projek bagi seluruh Malaysia.

Selangor diikuti oleh Johor di tempat kedua dengan 89 projek dan Pulau Pinang di tempat ketiga dengan 60 projek.

Daripada 166 projek perindustrian yang diluluskan di Selangor, 99 merupakan projek baru manakala baki 67 merupakan projek yang diperkembangkan.

Jumlah peluang pekerjaan yang tertinggi

Di samping itu, Selangor telah mencapai jumlah peluang pekerjaan yang dihasilkan yang tertinggi dengan 10,614 pekerjaan.

Pelaburan tempatan yang terbesar

RM 1.492 billion atau 43% daripada pelaburan di Selangor terdiri daripada pelaburan asing manakala RM 1.981 billion atau 57% terdiri daripada pelaburan tempatan. Ini menunjukkan bahawa pelaburan tempatan amatlah penting bagi kerajaan negeri Selangor. Pelabur tempatan masih yakin melabur di Selangor di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat.

Pelaburan asing dari seluruh pelusok dunia

Di kalangan pelaburan asing di Selangor, Jepun menanam pelaburan yang paling banyak dengan nilai pelaburan sebanyak RM371 juta, diikuti oleh Singapura dengan RM 357 juta, dan Thailand dengan RM250 juta.

Selangor masih pilihan terbaik bagi pelabur

Bilangan projek perindustrian yang tinggi di Selangor menunjukkan bahawa ekonomi Selangor masih lagi mantap dan merupakan destinasi pelaburan yang paling menarik bagi pelabur asing dan tempatan.

Teresa Kok

3 thoughts on “Selangor nombor 1 dari segi pelaburan perindustrian di Malaysia bagi Jan – Jun 2010 – MIDA”

  1. teo see lian says:
    Wednesday, 25-08-2010 at 22: 25.44

    Good performance ! WORK HARDER !DESTROY BN !

  2. Samuelqlb says:
    Thursday, 26-08-2010 at 06: 51.21

    Good job. Work hard is a must.

    Teo, we work hard don’t have to think negative like destruct this and that. The dedication must be genuine which is to serve the people and the nation.

  3. Bard Hussain says:
    Thursday, 26-08-2010 at 12: 06.22

    Congrat & good job. Stay focus, avoid internal bickering either among party members or among PR component. Serve the rakyat well & PR will still rule Selangor in PRU 13.

Comments are closed.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁呼吁反贪会调查前经济部长助理蔡镇燊的方式 应避免陷“舆论公审”
  • MACC is urged to restore public confidence and review its manner of investigating James Chai
  • Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa memulihkan keyakinan awam dan menilai semula cara siasatan terhadap James Chai Jin Shern
  • Parlimen: Soalan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkenaan statistik perkahwinan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun bagi 2023,2024 dan 2025
  • Parlimen: Soalan kepada Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkenaan jumlah pendaftaran yang diterima oleh Lembaga Jurukur Tanah
  • Parlimen: Soalan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkenaan rumah perlindungan bagi mangsa keganasan rumah tangga
  • Ucapan Kamar Khas: Apakah Respons dan Halatuju Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Terhadap Syor PAC Terhadap Pemberimilikan Tanah Kerajaan di Kuala Lumpur (2 Mac 2026)
  • Ucapan Teresa Kok (Seputeh) Dalam Perbahasan Penyata Jawatankuasa Pilihan Kesihatan: Pemantapan Dasar Pemakanan dan Intervensi Nutrisi di Malaysia Pada 25 Februari 2026
  • Kes Pecah Kereta di Taman Persekutuan Bukit Kiara
  • “Gema 1MDB: Satu Lagi Pasukan Petugas yang Ditakdirkan untuk Gagal?” (14 Feb 2026)
  • “Echoes of 1MDB: Another Task Force Destined to Fail?” (14 Feb 2026)
  • 郭素沁:嘉玛若再违庭令,将采取法律行动
  • [Media Statement] Response to Recent Remarks by Datuk Jamal Yunos
  • [Kenyataan Media] Respons terhadap Kenyataan Terkini Datuk Jamal Yunos
  • [PARLIMEN] Adakah Kementerian akan menyemak dan menghapuskan keperluan kelulusan suami bukan warganegara dalam permohonan kewarganegaraan anak-anak di bawah Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan demi memastikan ibu Malaysia mempunyai hak yang sama untuk memohon kewarganegaraan bagi anak yang dilahir di luar negara.

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme