Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Selangor mencapai pelaburan perindustrian dan jumlah projek perindustrian yang tertinggi di Malaysia bagi Jan – Mei 2010

Posted on Wednesday, 18-08-2010Wednesday, 18-08-2010 by -ec-

Kenyataan akhbar oleh Teresa Kok, EXCO Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan pada 18 Ogos 2010 di Shah Alam

Selangor mencapai pelaburan perindustrian dan jumlah projek perindustrian yang tertinggi (120 projek) di Malaysia bagi Januari – Mei 2010

Statistik terkini MIDA (Malaysia Industrial Development Authority) mengenai pelaburan perindustrian di Malaysia bagi Januari hingga Mei 2010 mengikut negeri menunjukkan bahawa negeri Selangor telah mencapai jumlah pelaburan perindustrian yang diluluskan sebanyak RM 2.47 billion bagi tempoh tersebut.

Jumlah projek perindustrian yang tertinggi

Sebanyak 120 projek telah diluluskan di Selangor. Angka ini merupakan 36% daripada jumlah projek bagi seluruh Malaysia.

Selangor diikuti oleh Johor di tempat kedua dengan 65 projek dan Pulau Pinang di tempat ketiga dengan 44 projek.

Daripada 120 projek perindustrian yang diluluskan di Selangor, 68 merupakan projek baru manakala baki 52 merupakan projek yang diperkembangkan.

Jumlah peluang pekerjaan yang kedua tertinggi

Tambahan lagi, Selangor telah mencapai jumlah peluang pekerjaan yang dihasilkan yang tertinggi dengan 7,602 pekerjaan.

Pelaburan tempatan yang terbesar

RM 942 juta atau 38% daripada pelaburan di Selangor terdiri daripada pelaburan asing manakala
RM 1.52 billion atau 62% terdiri daripada pelaburan tempatan. Ini menunjukkan bahawa pelaburan tempatan amatlah penting bagi kerajaan negeri Selangor. Pelabur tempatan masih kekal melabur di Selangor di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat.

Pelaburan asing dari seluruh pelusok dunia

Di kalangan pelaburan asing di Selangor, Jepun menanam pelaburan yang paling banyak dengan nilai pelaburan sebanyak RM366 juta, diikuti oleh Singapura dengan RM 121 juta, dan Jerman dengan RM116 juta.

Selangor masih pilihan terbaik bagi pelabur

Bilangan projek perindustrian yang tinggi di Selangor menunjukkan bahawa ekonomi Selangor masih lagi mantap dan merupakan destinasi pelaburan yang paling menarik bagi pelabur asing dan tempatan.

Teresa Kok

1 thought on “Selangor mencapai pelaburan perindustrian dan jumlah projek perindustrian yang tertinggi di Malaysia bagi Jan – Mei 2010”

  1. linex says:
    Sunday, 22-08-2010 at 15: 00.44

    Teresa,

    If Selangor aspire to investors, the state government must do away with those support letters once and for all. DAP talk about meritocracy, so please lets have meritocracy.

    The Ronnie & Tee Boon Hock saga is a disaster to DAP. And I must say, I am very disappointed and let down. DAP must get rid of Ronnie as well. The party must demand for his resignation. We the people dont want any elected reps with vested interests.

Comments are closed.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme