Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Presiden MCA tidak layak membuat komen pengurusan kewangan Selangor

Posted on Wednesday, 28-07-2010Thursday, 29-07-2010 by -ec-

KENYATAAN AKHBAR
28 JULAI 2010
PRESIDEN MCA TIDAK LAYAK MEMBUAT KOMEN PENGURUSAN KEWANGAN SELANGOR

SHAH ALAM:  Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi bukan seorang yang  layak untuk membuat sebarang komen terhadap  pengurusan kewangan kerajaan Selangor  terutamanya melibatkan isu perlombngan pasir.

Negara kerugian RM6 bilion dalam projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) disebabkan salah urus tadbir dan silap percaturan pemimpin-pemimpin MCA.

Soi Lek hanya berdiam diri dalam isu ini walaupun beliau sedar pemimpin MCA yang menyebabkan kerugian besar yang melibatkan wang pembayar cukai.  Oleh itu,  Presiden MCA ini hanya layak menjadi orang terakhir yang bercakap mengenai pengurusan kewangan.

Kritikan terhadap pengurusan pasir oleh Presiden MCA ini membuktikan beliau ketinggalan dalam isu ini dan  tidak memeriksa fakta sebenar. Sebelum membuat kritikan, beliau sepatutnya meneliti rekod kutipan hasil dan pembayaran royalti  hasil perlombongan  pasir di Selangor dan membuat perbandingan dengan angka-angka yang dicatatkan ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat.

TAHUN ROYALTI (RM JUTA)
2005

3.54
2006 4.37
2007 4.29
TAHUN (SELEPAS PAKATAN RAKYAT MENGAMBIL ALIH) ROYALTI + KEUNTUNGAN

(RM JUTA)

2008 8.17
2009 13.76
2010 15.3 (setakat Jun)

Angka-angka ini jelas membuktikan di bawah kerajaan pakatan Rakyat, keuntungan dan royalti  perlombongan pasir di Selangor telah melonjak berbanding di bawah pentadbiran BN.

Ini jelas membuktikan Pakatan Rakyat lebih baik berbanding BN dalam pengurusan pasir tetapi  Soi Lek hanya menutup mata dan membuat komen yang tidak berasas serta jauh menyimpang dari fakta sebenar.

Kritikan yang dibuat beliau ini semata-mata mahu  meraih perhatian dan mendapat sokongan semula masyarakat Cina yang semakin hari semakin hilang keyakinan terhadap MCA. Sikap terburu-buru Soi Lek untuk mengejar populariti di kalangan masyarakat Cina menyebabkan bekas Menteri Kesihatan ini mengenepikan fakta sebenar.

Perbuatan Presiden MCA ini yang tidak membuat kajian terlebih dahulu membuktikan beliau seorang pemimpin yang dangkal dan cetek ilmu pengetahuan mengenai isu perlombongan pasir di Selangor.

Beliau perlu menerima hakikat bahawa penubuhan syarikat milik penuh kerajaan Selangor, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) telah  berjaya meningkatkan kutipan hasil dan pembayaran royalti kepada kerajaan negeri.

Penubuhan KSSB ini juga bukan saja bertujuan  mengaut keuntungan hasil perlombongan pasir malah telah berjaya  mengawal industri pasir. Menerusi tender terbuka juga,   KSSB telah berjaya  mengurangkan kecurian pasir yang telah berlaku secara besar-besaran di bawah  pentadbiran BN.

Walaupun aktiviti curi pasir masih dan tidak berjaya dibanteras sepenuhnya ketika ini, namun aktiviti curi pasir tidak serancak berbanding pemerintahan BN yang seolah-olah merelakan jenayah curi pasir berterusan kerana tindakan yang diambil dilihat sekadar melepaskan batuk di tangga.

Kritikan tidak berasas Presiden MCA ini menunjukkan sikap sebenar MCA yang suka membuat silap tetapi menyalahkan orang lain atas kesilapan itu. Namun sikap tuding jari kepada orang lain ini telah membinasakan MCA.

Masyarakat Cina dan rakyat Malaysia akan terus menjauhi parti ini jika pemimpinnya berterusan mencari kesilapan orang lain serta membuat kenyataan atau kritikan tanpa mengkaji fakta dan kebenarannya terlebih dahulu.

TAN SRI ABDUL KHALID  IBRAHIM
MENTERI BESAR SELANGOR

1 thought on “Presiden MCA tidak layak membuat komen pengurusan kewangan Selangor”

  1. veryupset says:
    Thursday, 29-07-2010 at 08: 26.23

    Of course he “tak layak”!

    Better he go finish that PKFZ billions story first. He stupid or stupider…?

    If he’s nither, than better go into acting la..!

Comments are closed.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme