Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

PTPTN lulus RM32.62 bilion kepada 1.5 juta pelajar

Posted on Thursday, 15-07-2010 by -ec-

PTPTN lulus RM32.62 bilion kepada 1.5 juta pelajar
Jul 14, 10 1:11pm


Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) meluluskan pembiayaan kepada 1.5 juta pelajar yang membabitkan RM32.62 bilion sehingga 30 April lalu, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata daripada jumlah itu 1,054,436 pelajar, atau 70 peratus, terdiri daripada kalangan pelajar dari kaum Melayu.

“Ia diikuti dengan pelajar Cina 266,079 orang (18 peratus), pelajar India 82,146 (lima peratus) dan selebihnya lain-lain kaum seramai 105,990 atau (tujuh peratus),” katanya dalam jawapan bertulis kepada Teresa Kok (DAP-Seputeh) di Dewan Rakyat hari ini.

Teresa bertanya bilangan peminjam PTPTN mengikut pecahan kaum serta negeri asal peminjam sejak pinjaman itu diperkenalkan, dan bilangan peminjam yang merupakan kelulusan Unified Examination Certificate (UEC) sejak diadakan.

Mohamed Khaled berkata berdasarkan pecahan mengikut negeri, pelajar dari Johor paling ramai menerima pinjaman PTPTN dengan jumlah 247,699 pelajar diikuti Perak (169,913), Kelantan (158,770) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (151,884).

Katanya 145,096 pelajar dari Selangor menerima pinjaman PTPTN itu, manakala Kedah (121,754 pelajar), Pahang (91,878), Sabah (89,965), Pulau Pinang (88,274), Sarawak (88,226), Negeri Sembilan (63,320), Melaka (57,133), Perlis (17,932), Terengganu (14,293), Wilayah Persekutuan Labuan (1,522) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (992).

Bagi pelajar kelulusan UEC pula, PTPTN akan mempertimbangkan pembiayaan bagi mereka di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) mengikut kaedah yang dipersetujui antara PTPTN dan IPTS masing-masing.

Katanya sebagai permulaan, pada masa ini PTPTN sedang dalam tindakan memberikan taklimat kepada semua pelajar yang terlibat mengikut institusi pengajian tinggi (IPT) masing-masing berkaitan dengan tatacara dan kaedah sebelum permohonan secara atas talian dibuat oleh pelajar.

Berdasarkan data yang diperolehi daripada semua IPTS yang terlibat, dijangka pelajar yang akan memohon adalah seramai 488 orang, katanya.

– Bernama

1 thought on “PTPTN lulus RM32.62 bilion kepada 1.5 juta pelajar”

  1. Siowgoo says:
    Thursday, 15-07-2010 at 06: 11.17

    Of the 1,05 million Malay students, (70% of 1.5 million)how many of them are repaying theirs loans? What action had been taken to collect back the loans?

Comments are closed.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • Ucapan Kamar Khas: Masalah Pelaksanaan Akta A1730: Akta Juruukur Tanah Berlesen (Pindaan) 2024
  • Ucapan Kamar Khas: Kerajaan Diminta Membatalkan Pembinaan 17 Ribu Unit Rumah di Jalan Impian Indah, Bukit Jalil (27 Okt 2026)
  • Court Judgement YB Teresa Kok VS Datuk Dr Akmal
  • UCAPAN PERBAHASAN BELANJAWAN 2027 OLEH TERESA KOK (SEPUTEH) PADA 13 OKTOBER 2026
  • Ucapan Teresa Kok (Ahli Parlimen Seputeh) dalam Perbahasan RUU Akta Makanan 1983 (8 Oktober 2026)
  • MOTAC DIMINTA MENYATAKAN PENCAPAIAN KEMENTERIAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026
  • Ucapan Teresa Kok dalam Perbahasan “Laporan Pengurusan Pelarian di Malaysia” di Dewan Rakyat pada 5 Oktober 2026
  • Rest in Peace, Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali
  • 郭素沁促请隆市政局在武吉加里尔、大城堡及旧巴生路展开全面基础设施研究
  • KENYATAAN AKHBAR YB TERESA KOK (AHLI PARLIMEN SEPUTEH) PADA 27 OGOS 2026
  • Joint Efforts Needed: CPO KL, Mayor, and PTGWPKL Director Urged to Clamp Down on Illegal Parking Fee Collection on Kuala Lumpur State Land
  • MEDIA STATEMENT: THE TAMAN DESA PHASE 1 NEIGHBOURHOOD CONTROL SCHEME ISSUE (17 August 2026)
  • KENYATAAN MENGENAI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA FASA 1
  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme