Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Jawapan Menteri Pengajian Tinggi Mengenai Jumlah Pembiayaan Kepada Peminjam PTPTN Mengikut Kaum & Negeri

Posted on Wednesday, 14-07-2010 by DAP Seputeh

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN: BUKAN JAWAB LISAN
DARIPADA: PUAN TERESA KOK
SOALAN: NO. 46

Puan Teresa Kok (Seputeh) minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan :

(a) bilangan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengikut pecahan kaum dan Negeri asal peminjam sejak ia diadakan; dan
(b) bilangan peminjam yang merupakan kelulusan Unified Examination Certificate (UEC) sejak ia diadakan.

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 30 April 2010, PTPTN telah meluluskan pembiayaan kepada 1.5 juta pelajar yang layak dengan amaun pembiayaan berjumlah RM32.62 billion. Daripada jumlah kelulusan tersebut, sebanyak 1,054,436 pelajar atau 70% adalah terdiri daripada kaum Melayu, diikuti dengan pelajar Cina seramai 266,079 orang atau 18% pelajar India seramai 82,146 atau 5% dan selebihnya lain-lain kaum seramai 105,990 atau 7%.

Pecahan kelulusan mengikut negeri asal pelajar sehingga 30 April 2010 adalah seperti berikut:

Negeri – Bilangan Pelajar
Johor – 247,699
Perak – 169,913
Kelantan – 158,770
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur – 151,884
Selangor – 145,096
Kedah – 121,754
Pahang – 91,878
Sabah – 89,965
Pulau Pinang – 88,274
Sarawak – 88,226
Negeri Sembilan – 63,320
Melaka – 57,133
Perlis – 17,932
Terengganu – 14,293
Wilayah Persekutuan Labuan – 1,522
Wilayan Persekutuan Putrajaya – 992

Tuan Yang di-Pertua,

Berhubung kemudahan pembiayaan pendidikan PTPTN kepada pelajar yang menggunakan sijil UEC, PTPTN akan mempertimbangkan pembiayaan pendidikan bagi pelajar-pelajar IPTS yang tidak mempunyai SPM sebaliknya memiliki kelulusan UEC. Pelajar-pelajar yang terlibat adalah dibenar memohon pembiayaan pendidikan mengikut kaedah yang dipersetujui antara PTPTN dan IPTS masing-masing. Sebagai permulaan, pada masa ini PTPTN sedang dalam tindakan memberikan taklimat kepada semua pelajar yang terlibat mengikut IPT masing-masing berkaitan dengan tatacara dan kaedah sebelum permohonan secara atas talian dibuat oleh pelajar. Berdasarkan data yang diperoleh daripada semua IPTS yang terlibat, dijangkakan jumlah pelajar yang akan memohon adalah seramai 488 orang.

3 thoughts on “Jawapan Menteri Pengajian Tinggi Mengenai Jumlah Pembiayaan Kepada Peminjam PTPTN Mengikut Kaum & Negeri”

  1. Mohd says:
    Thursday, 15-07-2010 at 10: 53.59

    Unfairness was showed to the race breakdown. If that so, the tax payer should be fair, too!

  2. hasilox says:
    Thursday, 15-07-2010 at 16: 32.49

    I love this nuclear formula

    http://www.ptptn.gov.my/web/english/loans/formula

    Is this the reason why people don’t pay back? Don’t understand how to pay? lol

  3. DK says:
    Thursday, 15-07-2010 at 21: 09.15

    I took PTPTN loan to fund my studies in a local private university. As far as I know, most of those that I know got their PTPTN applications approved regardless of their race and even household income. I was lucky that my loan got converted into scholarship based on my CGPA. So even though I was denied a chance to enter local university after my SPM, at least PTPTN gave me a second chance 🙂

Comments are closed.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁呼吁反贪会调查前经济部长助理蔡镇燊的方式 应避免陷“舆论公审”
  • MACC is urged to restore public confidence and review its manner of investigating James Chai
  • Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa memulihkan keyakinan awam dan menilai semula cara siasatan terhadap James Chai Jin Shern
  • Parlimen: Soalan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkenaan statistik perkahwinan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun bagi 2023,2024 dan 2025
  • Parlimen: Soalan kepada Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkenaan jumlah pendaftaran yang diterima oleh Lembaga Jurukur Tanah
  • Parlimen: Soalan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkenaan rumah perlindungan bagi mangsa keganasan rumah tangga
  • Ucapan Kamar Khas: Apakah Respons dan Halatuju Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Terhadap Syor PAC Terhadap Pemberimilikan Tanah Kerajaan di Kuala Lumpur (2 Mac 2026)
  • Ucapan Teresa Kok (Seputeh) Dalam Perbahasan Penyata Jawatankuasa Pilihan Kesihatan: Pemantapan Dasar Pemakanan dan Intervensi Nutrisi di Malaysia Pada 25 Februari 2026
  • Kes Pecah Kereta di Taman Persekutuan Bukit Kiara
  • “Gema 1MDB: Satu Lagi Pasukan Petugas yang Ditakdirkan untuk Gagal?” (14 Feb 2026)
  • “Echoes of 1MDB: Another Task Force Destined to Fail?” (14 Feb 2026)
  • 郭素沁:嘉玛若再违庭令,将采取法律行动
  • [Media Statement] Response to Recent Remarks by Datuk Jamal Yunos
  • [Kenyataan Media] Respons terhadap Kenyataan Terkini Datuk Jamal Yunos
  • [PARLIMEN] Adakah Kementerian akan menyemak dan menghapuskan keperluan kelulusan suami bukan warganegara dalam permohonan kewarganegaraan anak-anak di bawah Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan demi memastikan ibu Malaysia mempunyai hak yang sama untuk memohon kewarganegaraan bagi anak yang dilahir di luar negara.

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme