Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Teresa cadang Ng Yen Yen dirujuk ke Jawatankuasa Hak & Kebebasan – Harakah Daily

Posted on Thursday, 01-07-2010 by -ec-

Teresa cadang Ng Yen Yen dirujuk ke JK Hak & Kebebasan
Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 1 Julai: Menteri Pelancongan Dr. Ng Yen Yen bakal dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen ekoran mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan berhubung kos pembinaan Astaka Pavilion Malaysia di Ekspo Sedunia Shanghai, Mei lalu.

Usul ini akan dikemukakan oleh  Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, Dr. Ng (DAP) ekoran kenyataannya semalam yang berkata, sebanyak RM20 juta digunakan untuk menampung kos keseluruhan pameran tersebut.

Sedangkan, katanya lagi, Dr. Ng pada jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Batu Gajar Fong Po Kuan pada 15 Jun berkata, kos keseluruhan pameran mega itu adalah RM35 juta.

“Di mana yang betul, dalam tempoh dua minggu, kita mendapati seorang Menteri mengeluarkan angka perbezaan sebegini,” tegas beliau tengah hari tadi di lobi Parlimen.

Dalam pada itu, beliau turut menyuarakan rasa kecewa dengan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia kerana mengetepikan usul yang dibuatnya semalam.

Katanya, menggunakan Peraturan Mesyuarat 36(12), sepatutnya beliau diberikan hak untuk merujuk Dr. Ng pada jawatankuasa berwajib.

“Saya bercakap ada asas dan fakta, saya tidak berniat menghina Dewan Rakyat yang mulia apabila merujuk Menteri itu pada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen,” beliau bertegas.

Turut bercakap pada sidang media yang sama, Chong Chieng Jen (Ahli Parlimen Kuching/DAP) dan Wong Ho Leng (Ahli Parlimen Sibu/DAP) . – Harakah Daily

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • Semarak Hari Belia Negara Peringkat Kawasan Seputeh (15 Mei 2025)
  • Blessed Mother’s Day to My Mother and to all the Mothers in the World
  • Mother’s Day Distribute Flowers to all the Mothers (11 May 2025)
  • Kejadian Tanah Runtuh di Sri Petaling berlaku pada 23 April 2025 dan Tindakan seterusnya
  • Sambutan Hari Ibu X Dapur Seputeh (10 Mei 2025)
  • Happy Mother’s Day 母亲节快乐
  • Kejadian Tanah Runtuh di Jalan Sri Petaling 5 berlaku pada 23 April 2025
  • Hari Terbuka Pelan Tindakan KL 2040
  • Sidang Parlimen Khas berkenan tindakan Amerika Syarikat mengenakan tarif timbal balas ke atas semua import ke negara tersebut dan kesannya ke atas ekonomi Malaysia
  • Jamuan Raya Aidilfitri Taman LTAT Bukit Jalil (3 Mei 2025)
  • Melawat Nurul Dahyatul, mangsa simbah asid yang menjalani pemasangan Tissue Expander di HKL
  • Rest In Peace- Papa Francisco
  • Program Celik AI secara atas talian dengan kerjasama Pepper Labs dan Microsoft
  • Pelancaran Pemakaian Lencana Bendera pada Pakaian Seragam Murid (21 April 2025)
  • Lawatan Tapak Berkenaan Limpahan Air Lumpur ke rumah di Jalan Jiran 12, Taman Gembira (21 Apr 2025)

Article Archives

© 2025 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme