Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Pavilion Malaysia di Expo Shanghai Gagal Menonjolkan Imej Malaysia

Posted on Wednesday, 30-06-2010 by Teresa

Ucapan Penangguhan YB Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh Pada 30 Jun 2010

Pavilion Malaysia di Expo Shanghai Gagal Menonjolkan Imej Malaysia

Expo Dunia masih berlangsung di Shanghai. Selepas Pavilion Malaysia didirikan, Menteri Perlancongan kita telah banyak buat kenyataan yang positif, dan warga Malaysia diberitahu kononnya pavilion kita dipilih sebagai 15 pavilion yang terbaik di Expo Dunia tersebut.  Tetapi bagi ramai warga Malaysia yang pernah pergi ke Expo Dunia kali ini, mereka  berkongsi pandangan yang sama dengan saya, iaitu Pavilion Malaysia cantik dari segi rekabentuk luarannya, tetapi agak kosong dari segi dalamannya. Maksudnya Pavilion Malaysia ini memang telah gagal menonjolkan imej dan namabaik Malaysia di dalam expo dunia ini, dan kita malah kalah kepada pavilion negara jiran kita di rantau ASEAN.   

Datuk yang diPertua, saya diberitahu bahawa terdapatnya banyak kecacatan dalam bangunan Pavilion Malaysia. Ini termasuk: 1) Selalu berlaku pemotongan aliran eletrik ataupun `black- out´ di dalam pavilion tersebut; 2) Terdapatnya masalah kebocoran bumbung di mana bangunan itu selalu dimasukki air atau banjir kecil apabila berlakunya hujan lebat; 3) Pavilion Malaysia hanya mempunyai satu tangga bagi pelawat untuk naik dan turun ke tingkat satu sahaja, ´design´seperti ini menyebabkan tangga tersebut selalu sesak dan menjejaskan aliran trafik pelawat pavilion tersebut; 4)  Makanan yang dijual di Pavilion Malaysia memang tidak membayangkan makanan Malaysia kerana pemasak memang bukan dari Malaysia dan dia memang tidak tahu cara memasak makanan Malaysia.

Di sini, saya ingin tanya Kementerian Perlancongan, bilakah pegawai Kementerian menandatangani surat penerimaan ataupun ´handover´ daripada kontraktor? Bilakah Pavilion Malaysia mendapat sijil kelayakan ataupun ´Certificate of Fitness´ daripada Majlis Bandaraya Shanghai? Siapakah kontraktor yang membina Pavilion Malaysia yang penuh dengan kecacatan pembinaan tersebut dan apakah latar-belakang syarikat tersebut? Saya difahamkan bahawa syarikat kontraktor yang membina pavivlion tersebut merupakan sebuah syarikat yang menjual ubat dan bukannya syarikat kontraktor yang mahir dalam bidang pembinaan, apakah ini benar? Apakah Kementerian pernah meminta tender daripada syarikat kontraktor untuk membina Pavilion Malaysia, dan apakah jumlah kos perbelanjaan pembinaan Pavilion Malaysia tersebut dan berapakah ´variation order´setakat ini?

Saya melawat lebih kurang 20 pavilion di Expo Dunia di Shanghai tersebut. Banyak pavilion di negara asing, termasuk negara jiran kita berjaya menggunakan pavilion mereka untuk menyampaikan sejarah, budaya, imej, dasar, produk pengeluaran dan tempat perlancongan di negara mereka masing-masing kepada para pelawat. Tetapi kesalnya, selain daripada kecacatan dari segi pembinaan tersebut, pihak Kementerian Perlancongan telah menjadikan Pavilion Malaysia sebagai pameran MIDA ataupun MALTRADE yang bertujuan untuk mempromosikan jualan produk Malaysia, tetapi gagal menggunakan Pavillion ini untuk menerangkan sejarah, dasar, imej dan keunikan Malaysia di dunia, sebagaimana dilakukan oleh pavilion negara jiran kita di ASEAN, seperti Pavilion Negeri Thai, Indonesia dan Singapura yang mana telah menunjukkan sejarah, budaya dan teknologi mereka melalui multi-media dan teknologi baru.

Akhirnya, saya juga merasa kecewa di mana pihak pengurusan Pavilion Malaysia telah gagal membantu para VIP dan wakil rakyat yang melawat Expo Dunia Shanghai untuk mendapat kemudahan tanpa beratur untuk melawat Pavilion negara lain. Di banyak pavilion negara asing yang saya pergi, pihak pengurusan pavilion asing ini berkata mereka hanya perlu satu surat ataupun email daripada Pavilion Malaysia dan kami pun tidak perlu beratur, tetapi apabila kami tanya pihak Pavilion Malaysia, kami tidak diberi kemudahan seperti ini. Saya berharap pihak pengurusan Pavilion Malaysia boleh sedar mereka memainkan peranan kedutaan Malaysia dalam forum dunia ini, dan mereka ada tanggungjawab untuk membantu wakil rakyat tanpa kira perbezaan parti politik.

Teresa Kok

3 thoughts on “Pavilion Malaysia di Expo Shanghai Gagal Menonjolkan Imej Malaysia”

  1. Carol says:
    Wednesday, 30-06-2010 at 21: 48.18

    YB… thats the problem with you opposition MPs… all just talk and complain. Show photos and proof of what you are accusing.
    Got leak… show.
    Got lousy food… show!
    Got dodgy contractor… prove!
    Talk Talk Talk, all Hearsay… Raykat are getting fed up of your nonsense talk. Show proof and people may believe you.

    (Teresa’s note): Here you go –> http://teresakok.com/2010/07/02/i-challenge-ng-yen-yen-to-try-my-way/ 😉

  2. Ir. Khairul says:
    Saturday, 03-07-2010 at 01: 55.31

    Teresa,

    I agreed with Carol, we all a professional know all the root cause, we been there the pavilion but the public and folks do not buy you without proof on his eyes and mouth.

    (Teresa’s note): Here you go –> http://teresakok.com/2010/07/02/i-challenge-ng-yen-yen-to-try-my-way/ 😉

  3. kl_boy says:
    Saturday, 03-07-2010 at 17: 27.32

    hahahahaha….carol / Ir Khairul, care to argue back please???

Comments are closed.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme