KENYATAAN MEDIA Oleh YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor 8 APRIL 2008
Projek Ternakan Babi Moden di Selangor
Kerajaan Negeri Selangor berharap pihak yang begitu prihatin tentang kelulusan Projek Modern Pig Farming di Selangor memeriksa fakta mereka terlebih dahulu. Projek di Ladang Tumbuk, Mukim Batu Kuala Langat ini telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri dibawah Barisan Nasional dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipimpin YB Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo pada 30 Januari 2008 yang lalu.
Dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 2 April 2008, Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor yang baru merasakan wajar meneruskan projek tersebut dengan memantapkan lagi proses pelaksanaan memandangkan kawasan tersebut sememangnya sudah menjadi tapak ladang babi utama di negeri Selangor dan ia memenuhi piawaian kualiti yang tinggi selaras dengan kehendak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Kerajaan Negeri Selangor.
Sebarang bahan buangan dari ladang tersebut akan diguna semula dalam bentuk biogas untuk menjanakan elektrik, air untuk pembersihan ladang serta penanaman makanan untuk babi yang diternak. Justeru, tiada bahan buangan yang akan menjadi sisa dan keluar dari kawasan ladang tersebut.
Kerajaan Negeri Selangor yang baru di bawah Pakatan Rakyat antara Keadilan, PAS dan DAP berhasrat menyelesaikan masalah perniagaan, sosial dan budaya masyarakat pelbagai kaum dengan meluluskan projek ini dan melaksanakan dengan adil dan saksama dengan mengambilkira keharmonian hidup berbilang kaum di Selangor.
Isu Kampung Baru
16,637 hak milik telah diberikan kepada penduduk Kampung Baru di Negeri Selangor. Langkah ini dilaksanakan bersama beberapa insentif bagi menggalakkan mereka memperoleh hak milik. Tanah-tanah yang belum mendapat hak milik merupakan tanah yang berada di dalam rizab pantai yang mana sememangnya dasar kerajaan negeri untuk tidak memberi hak milik pada mana-mana pihak.
Pada masa yang sama, timbul masalah kilang tanpa lesen yang beroperasi di kawasan kampung baru. Kerajaan Negeri hanya akan memberikan hak milik untuk kegunaan kediaman dan bukannya industri atau perniagaan, dan berusaha mencari penyelesaian untuk kilang-kilang tanpa lesen di
Pertindihan Pemberimilikan
Isu pertindihan pemberimilikan ini kebanyakannya berpunca dari masalah rekod tanah. Kebanyakannya berlaku di kawasan bandar atau separa bandar seperti Daerah Petaling dan Gombak. Sebanyak 21 hakmilik di negeri Selangor berada dalam siasatan polis dan mahkamah pada waktu ini, dengan keluasan yang dianggarkan sekitar 7 ekar.
Rizab Hutan
Sejumlah 241,568 hektar di negeri Selangor diklasifikasikan sebagai rizab hutan. Jumlah keluasan negeri Selangor ialah 796,084 hektar. Rekod Pejabat Tanah dan Galian mendapati sejumlah 4,325.5 hektar yang telah dibatalkan statusnya antara 2000-2007. Pihak kerajaan negeri sudahpun mengarahkan semua Pejabat Tanah dan Daerah di Selangor untuk mendapatkan senarai pihak yang memperoleh rizab tersebut dan siasatan mendalam akan dijalankan bagi memastikan tindakan tidak bertanggungjawab ini akan dapat diatasi segera.
Sekretariat Akhbar
Pejabat Menteri Besar Selangor
Hi YB, I have long been a fan of yours and a loyal supporter. Have already sent an e-mail to YB at [email protected] regarding an invitation for a function. Hope to hear from you soon. And keep up the good work YB!
Regards,
Caryn
Salam YB Teresa,
Saya mencadangkan supaya MB Selangor, Tan Sri Khalid beserta exco yang terbabit menemui penduduk setempat di Sepang dan mengadakan sesi penerangan dan perbincangan bersama mereka untuk menerangkan tentang perlaksaan ladang babi ini. Bagi saya sebagai seorang profesional, saya melihat memang ada kewajarannya diadakan hanya satu ladang babi sahaja di Selangor sebagai one-stop centre dan dilengkapi dengan teknologi canggih untuk memastikan masalah bahan kumbahan babi ini tidak lagi mencemari sistem pengaliran di kawasan setempat. Walau bagaimanapun, isu babi ini agak sensitif terutamanya bagi orang Melayu dan perkara ini pasti akan dijadikan propaganda oleh BN untuk pilihanraya akan datang untuk menghentam PAKATAN RAKYAT terutamanya PAS. Penyelesaian paling baik bagi saya adalah untuk bertemu secara langsung dengan penduduk dan MB serta exco Selangor mendengar secara langsung daripada penduduk dan bukannya melalui orang tengah ataupun media. Janganlah jadi seperti kerajaan Selangor yang lepas yang langsung tidak turun padang dan mendengar rintihan rakyat. Rintihan rakyat walaupun seorang pasti akan mempengaruhi undi untuk pilihanraya akan datang. Berkhidmatlah untuk rakyat keseluruhannya.
Wassalam
The BN are or were negotiating with integrated pig farm developers in most states. They wanted it, they were negotiating not only to approve it but to take an equity stake in them (read the state not the M.P’s, although I am sure some of that would get “diverted”).
The facilities were to have total recycling of all wastes and re processing fo the solids into fertilisers, nutrients and gases for the power generation with the latest technology, even air conditioning to increase growth.
Pig farms do not smell in other countries if operated properly and do not polute water and air if fully recycled, only when corners are cut and the bird call of business here “cheap cheap” is used to buy the equipments and “graft graft” to allow lower standards.
The same technology is being proposed for chicken and fish farms too, both can and do polute more (ask any one that has lived near chicken farms).
It is something that our group is associated in with the recycling technology and some of our partners are muslim so you can see that it is only the hard core interpretation that is screaming in protest.
People practice and interperet their religion in private, or they should.
It is only when the hollier than thou try to enforce their views that you have all the problems.
Islam is not alone in this ask the Christians about the years, centuries of wars and persecutions of one sect against the other sects of Christianity.
In the end we are all reading the same book (yes even muslims) but with different understandings and additions e.g. the Koran which uses the Old Testiment as its basis, hence the different , mostly peacefull sects, Catholic, Chruch of England,Baptist,Presbyterian etc etc.
Most of the conflict is not about any of the books, it is about the power to control and the interpretation is slanted by little people wanting to control others,. Hence the use of relion.
Everyone has the right to practice the relgion of choice, thier own way, with respect of others views.
I have told just as many Christians to go away when they try to tell me what I should or should not do and how to live.
I do have a question associated with that Teresa, how come the new Halal Certification Group (a monopoly) is directly under the P.M.and is it mainly run by westeners?
Is it because of the S.I.L.’s project?
Must be as they all report to K.J.
Pakatan Rakyat kan menutamakan rakyat.habis kenapa tak jaga sentimen rakyat?kenapa nak teruskan jugak perjanjian jika benar dilakukan oleh barisan nasional sebelum ini?ini menunjukkan pakatan rakyat juga sama dengan barisan nasional.tidak menjaga sentimen rakyat.atau pakatan rakyat ada share didalam projek itu?maklum la dah ada kuasa.Perjanjian air boleh hendak dikaji semula inikan pulak hal macam ini?ini bermakna,pakatan rakyat menyokong semua tindakan BN walaupun perkara itu menjadi sentimen rakyat.Saya mula goyah dengan pakatan rakyat walaupun saya tidak berpihak kepada mana-mana pihak.kalu projek ini dijalankan oleh barisan nasional,saya rasa hari ini kita MUNGKIN DAPAT LIHAT yb DI JALAN RAYA berdemonstrasi.MUNGKIN?
Dear YB,
I am thinking of a possible sabotage here. The PM mentioned that BN lost the cyber war inthe GE so the next logical step os for them to move into cyberspace.
Toyo and Rustam have started their blogs but I rememer last year, Malaysia Today’s RPK mentioned that cybertroopers were sent to put up racist and inflamatory remarks to provoke people (or sandiwara among themselves)
It will give a reason for authorities to move in if situation goes out of control
Please exert caution. Ban some obvious comments or for some, just put a caption “potential cybertrooper” to caution readers.
Nice to see Malay readers visiting here. Apa khabar saudara-saudari. Riduan sounds/read like a reasonable person but Taming sari, tolong judge PR dari segi sumbangan dalam tempoh 5 tahun. Jaga hak Cina dan India tak bermakna mengugat hak melayu. BN dah di beri 50 tahun, 5 tahun 10 tahun pun tak bagi PR? PR pun perlu masa belajar dan saya rasa Perak dan Selangor telah nampak kesan. Yang lambat tengok perubahan ada pada Kedah pula.
TamingSari,
You claim you are speaking on behalf of the Rakyat.
What gives you the right to do so?
TamingSARI,
Speaking for yourself and speaking on behalf of the people living in the project area is a huge difference.
np mesti di buat d Tumbuk .di situ mejoriti penduduk melayu .Bagi orang melayu dan islam babi itu haram .kenapa tidak dibuat di kawasan yang terpencil .
Kalau isu ini berlaku di Sabah atau Sarawak tentu tak ada orang dapat buat ISU!
Saya melancong di Sabah bulan March,2008. Saya dapati,
Islam ke bukan Islam ke, semua makan di bawah satu bumbung! tak kira halal tak halal!
Saya pulak tanya mereka :”tak kisah ke kalau dalam satu kerdai ada makanan halal dan tak halal?”
Mereka pulak jawap : “LAH… saya tak makan lah!”
tanya lagi:” tak mengapa ke kalau makan sama sama bawah satu bumbung?”
jawap : “Kita tak mengapa asalkan kita tak makan sudahlah!”
Memang saya tak faham, KENAPA SAMA-SAMA BANGSA MALAYSIA TAPI west and east Malaysia tak sama fikiran!
Saya rasa hanya West Malaysia saja adanya Masjid, tokong, church boleh bersebelahan bersama-sama di satu jalan. (KK sabah ada)
Hanya pertama kali Muslim (Sabah juga) rela hati proposed kami boleh melancong tokong!
Tolong pergi Sabah melancong atau tanya kawan kawan Sabah atau Sarawak… Tanya bagaimana cara hidup yang bersejahtera…
Sekian Terima Kasih,
Salam TamingSARI,
Saya rasa saudara terlalu mengikut emosi. Masalah dengan kita selalunya bertindak di atas sentimen dan bukan fakta yang sebenar. Fakta sebenarnya adalah tidak menjadi masalah untuk membuka ladang babi untuk keperluan bukan Islam dan perkara ini dibenarkan oleh Islam hatta di Kelantan sekalipun dengan bilangan bukan Islam kurang daripada 10%, ladang babi walaupun kecil dibenarkan dibuka untuk memenuhi keperluan bukan Islam. Jika anda tidak percaya, anda boleh pergi sendiri ke Kelantan. Untuk makluman saudara saya juga rakyat Kelantan. Malahan di Kelantan dibenarkan menjual daging babi di kawasan bukan Islam dengan terbuka tanpa ada masalah kepada orang-orang Islam lainnya.
Isu utama berkenaan dengan ladang babi ini adalah bagaimana memastikan ladang ini tidak mencemari sistem saliran dan sungai-sungai kita dan seterusnya menyebabkan boleh berlakunya wabak. Isu ini dapat diatasi dengan mengimplementasi tadbir urus yang cekap dan berkesan dan teknologi maju yang bersesuaian seperti mana yang diamalkan dinegara-negara maju lainnya.
Masalah kepada kita (penyokong PR) adalah BN memainkan logik bahawa jika ada ladang babi, pasti akan ada masalah saliran dan wabak akan datang berdasarkan pengalaman mereka yang lepas. Sekarang adalah tugas MB, Exco2 Selangor dan penyokong2 PR untuk mendidik rakyat bahawa masalah tersebut berlaku dahulu kerana tadbir urus kerajaan BN yang lepas yang tidak efisien dan kurangnya kebolehan mereka dalam memahami method atau teknologi terkini bagi mengatasi masalah ladang babi kerana lantikan bukan berdasarkan kebolehan tapi kerana kroni. Terangkan fakta sebenar bagaimana teknologi yang akan digunakan oleh kerajaan Selangor bagi memastikan ladang babi tersebut bersih dan kerajaan perlu yakinkan rakyat tentang perkara ini.
Jika rakyat Selangor dapat diyakinkan, saya yakin pada masa hadapan apabila PR memerintah negeri2 lain, maka isu ini tidak akan menjadi masalah lagi jika kerajaan PR mahu membuka centralised-ladang babi di negeri2 lain untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
Pandangan seorang jurutera
Wassalam
lee wee tak,
why do u have to point out malays in your post.dont be 2 x 5 racist ok and be civil.im sure u are not one, are you?
KEPADA YANG BERHORMAT,
MEMANG SENANG BERCAKAP KUMPULKAN SECARA SETEMPAT, DENGAN TEKNOLOGI TERKINI….TAPI SUSAH NAK MELAKSANAKAN..
PENGUATKUASAAN CARA MENGENDALIKAN KHINZIR AMAT RAPUH..
1)KEADAAN SEKARANG TERDAPAT LAMBAKAN BARANGAN YANG TIDAK HALAL TANPA PENETAHUAN PENGGUNA HASIL BEKALAN YANG BANYAK..APATAH LAGI BAJET YANG SEBEGITU BESAR..
2)PENGANGKUTAN KHINZIR KETEMPAT JUALAN ADALAH SECARA TERBUKA, MENYUSAHKAN PENGGUNA LAIN YANG BERMOTOSIKAL DAN PEJALAN KAKI…
3)WALAUPUN ADA TEMPAT PENGENDALIAN BERPUSAT, TIDAK MUSTAHIL AKAN WUJUD TEMPAT MENTERNAK LAIN SEPERTI CENDAWAN TUMBUH
MENIFESTO YANG DIJANJIKAN PAKATAN RAKYAT ADALAH UNTUK SEMUA KAUM..TETAPI MENTERNAK KHINZIR HANYA MENGUNTUNGKAN SEBELAH PIHAK SAHAJA, MENGAPA TIDAK DIUSULKAN MENTERNAK BINATANG LAIN YANG BOLEH DIMANFAATKAN UNTUK SEMUA KAUM..
SEKIAN..
betul tu koolgeek…
Ramai orang Islam sendiri tak faham yang ISLAM tak melarang non-Muslims untuk mengusahakan ternakan babi… Inilah pemahaman ISLAM acuan UMNO.. ramai orang Islam tak faham hukum tentang babi…
kalau Lu orang tak percaya… boleh tanya Mufti apa hukumnya??… bukan nak ternak babi nak kasi orang Islam makan babi….
ISLAM amat toleran untuk menjaga hak setiap non-Muslims… Jadi tolong jangan percaya cakap orang2 melayu Islam yang nak membakar isu perkauman ini. Mereka bukan penyokong Pakatan Rakyat.. Mereka pembohong besar….
ISLAM bukan menjaga hak melayu sahaja dan ISLAM bukan agama untuk orang melayu sahaja. ISLAM untuk agama semua kaum.. ISLAM menjaga semua hak kaum2 lain dan agama2 yang lain…
hahaha. wake up n smell the coffee or teh tarik la taming sari. jika dia tak berpihak mana2, pasal isu seperti ni mesti tamingsari akan minta penjelasan dulu. tapi terus hentam je. skrang tamingsari dah goyah dengan pakatan rakyat tanpa penyelidikan yang mendalam. macam tak bijak je?
anyway good luck for pakatan rakyat to implement the agenda. good idea riduan.
Saya tidak mewakili mana-mana pihak la.Baca tulisan saya elok-elok>:)…saya hanya bagi pendapat saya.salah ker?bukan ke PR lebih terbuka dari BN?saya baru berumur 23 tahun dan fresh graduate..saya hanya melontarkan pendapat saya..tetapi nampaknya ada sesetengah individu tidak suka pendapat saya..uhuhu..dimanakah hak bersuara yang dilaung-laungkan sebelum ini?
Memang la hak kaum cina dan kaum India kena jaga jugak..saya sokong….saya pun tak nak susah dan nafikan hak kawan-kawan saya dari kaum india dan cina..saya ada ramai kawan cina dan india.(india kurang skit kawan berbanding kawan cina ).:)
Tetapi projek Babi nie buat la tempat banyak orang bukan islam(Islam dan Melayu adalah 2 entiti berbeza okey)..lagipun buat la secara pelan-pelan(slowly)..nie tak..baru berapa bulan memerintah dah buat perkara provokasi dan main sentimen rakyat terutama orang Islam..memang la kita kena bagi PR memerintah lama sikit baru kita boleh nilai..tapi nie baru satu bulan lebih berkuasa dah buat benda yang buat kebanyakkan orang marah…Masuk pertandingan larian tetapi tidak warm-up..tak sampai separuh jalan dah letih..betul tak?sepatutnya buat la benda yang lebih faedah dulu..right?Buat slow2..jaga hati rakyat selama 5 tahun dulu..
BN dulu pada awal pemerintahan dulu juga jaga kebajikan rakyat.. kebelakangan nie skit meyeleweng(bukan semua orang umno menyeleweng)…So,at least,BN dalam masa 50 tahun jaga hati rakyat gak..tak drastik(pendapat saya)..
Takkan bagi pendapat orang lain tuduh saya tak reasonable..kebebasan bersuara kan?Makkan sateee(kuasa rakyat kan?)or PR berpendapat saya tidak penting untuk tambah undi mereka?saya tidak kisah…huuhuh…
Saya respect hak kaun cina dan india..bagaimana hak orang Islam nak hukum Hudud?Untuk pengetahuan ..Hukum hudud untuk orang Islam jer dan tidak melibatkan bukan Islam…tidak menyusahkan orang bukan Islam pun bahkan melindungi orang bukan Islam..(Sila rujuk pasal Hudud ngan Ustaz2 orang Islam yang bertauliah dan berilmu..jangan tanya Ayah Pin.uuhuh…So,kalau hak orang cina untuk meternak babi besar-besaran boleh kenapa tidak Hudud?Kalau tuan-tuan,puan-puan semua tau kebaikkan hudud,pasti saudara/i mahu hudud dilaksanakan..
satu lagi..cium keris(merujuk Dato Hishamuddin)adalah adat biasa orang melayu..tidak mengancam orang bukan melayu..)..Kalu cium keris salah,gambar pegang babi juga salah..so,siapa yang bangkitkan perkara cium keris nie patut merenung kembali la..
Saya mengutuk semua pihak yang saya nampak tidak elok dan menyokong jika saya rasa betul..saya juga ada mengutuk pas dan Umno…dan saya juga ada menyokong pas dan umno pada benda yang betul..tidak tolak dan sokong mentah-mentah..ini tidak pada sesetengah pihak tengok semua salah…uuhuhuh
So,semua ini adalah pendapat saya..minta maaf jika ada orang yang terasa hati..setakat ini saja saya menyuarakan pendapat saya kerana ada suara sudah bising dengan daya punya pendapat..sedih..BN tidak bagi bersuara..pihak yang menentang BN juga tidak bagi bersuara(huhuhuuh)…
Salam hormat dan sayang untuk semua..:)
YB Teresa Kok…
Saya seorang yg melayu yg beragama islam.
Dan salah seorang pengundi yang terlebeh memangkah
PR dalam PR12 yang lepas…
Soalan saya…Adakah ini hadiah kemenangan pertama PR kepada saya??? Juga rakan rakan yang lain yang beragama Islam di Selangor.. Sepatutnya PR tidak mengikut jejak BN dalam kes yang membawa mudarat kpd ra’ayat..Bayang kan sekiranya projek
itu dilaksanakan dikawasan penempatan orang2 tionghua…atau orang Hindu …atau berhampiran dengan rumah YB…cuba YB bayang kan…
Berapa pintarnya teknologi sekalipun ianya pasti gagal..Percayalah…
Cadangan saya :~
1 ) Jauhkan projek ini dari orang2 islam.
Atau
2 ) Batalkan saja projek ini.
Benar seperti kata Dato’ Noh …
Kalau projek ini baik sudah pasti Singapura
telah lama menjalankannya…tambahan pula Cina Singapura lebih genious dari Cina Malaysia.
Dan sememangnya Cina Singapura lebih bersih dari
Cina Malaysia..
Taming sari …Awak dan saya tidak beseorangan dalam kes ini…Ada ramai Melayu , Cina & India bersama anda.
Kalau inilah hadiah yang pertama dari PR…
Lupakan saja 5 tahun akan datang…
Pada MB & PAS Selangor…Jangan terlalu bangga dgn kemenagan sementara…Menyesalnya saya jika projek ini diteruskan…
terima Kasih….
comments riduan mmg best sekali 🙂
I thought we malaysian have banned the use of ‘bab*’ — and use khinzir, suddenly i saw all over newspapers that word..hmm..
Hi ronin2008,
I don’t agree with you on the statement “Kalau projek ini baik sudah pasti Singapura telah lama menjalankannya”
This “modern pig farming” idea has been implemented in Singapore since 1970 – 1984 and the conclusion from them is
“The Singapore experience shows that it is possible to design and develop economically viable pig farming estates for intensive and highly productive pig production together with waste treatment facilities which can meet effluent standards. However, the location of the pig farming estates should be chosen carefully, taking into account availability of land and proximity to urban centres. Countries with available land distant from urban centres can successfully develop pig-farming estates that are friendly to the environment.”
The main reason, Singapore phased out pig farming was based on the fact that “the limited land and water resources that Singapore have, should be used for housing and industry”. Environmental issue (mainly odour) is only part of the reason. Beside that, the experience they gain in wasterwater treatment is now being used in many other industries.
Please do your research before making any confusing statement and please don’t see thing just from the surface and and go straight into the conclusion.
Try to read this article from LEAD (Livestock, Environment And Development) Initiative.
“http://www.virtualcentre.org/en/library/CDlibrary/PUBS/X6105E/x6105E10.htm”
Regards
“83gti
lee wee tak,
why do u have to point out malays in your post.dont be 2 x 5 racist ok and be civil.im sure u are not one, are you?”
My statement,
“Nice to see Malay readers visiting here”
if it is racist, yes…but why can’t I greet my Malay sahabat?
Before GE, hardly any Malays read this blog. Nice to know that they are getting to know and judge Teresa. They are entitled to their own opiion
Salam Sejahtera semua.
Moga Tuhan memberi kekuatan, kebaikan dan bimbingan kepada kita dan pemimpin Pakatan Rakyat sepanjang waktu.
Saya seorang muslim..pendukung Pas dan dulunya agak curiga dengan Dap. Tapi setelah cuba mendekati dan memahami Dap semenjak lima tahun kebelakangan..saya insaf dan perlu memberi peluang dan ruang kepada Dap untuk membuktikan keikhlasan dan kebaikan mereka terutamanya kepada rakyat muslim seperti saya.
Kita perlu sedar..Malaysia memerlukan kumpulan parti politik bukan BN yang kuat, stabil dan berkesan. Dalam menuntut prinsip ini…kita harus berfikir di luar kebiasaan. Perlu berani berubah, bersedia memacu perubahan dan sanggup menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku. Sebagai muslim..sudah lama saya fikirkan..hitung dari pelbagai sudut melalui perbincangan dengan teman2 seperjuangan berbeza anutan dan budaya.
Kepada Dap…saya bersedia untuk mengorbankan impian untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam…cita-cita saya sejak dari dulu lagi..kerana saya melihat ada perkara yang jauh lebih penting dari itu. Apa yang saya maksudkan adalah hasrat kita bersama membina Malaysia Baru demi masa depan anak-anak kita. Saya harap Dap perlu memahami dan menghargai pengorbanan sebahagian rakyat muslim seperti saya ini. Ini adalah pengorbanan yang paling besar pada saya demi melihat Dap bersatu dengan Pas bagai saudara kandung!! Kalau paha kiri dicubit..paha kanan akan terasa.
Kita perlu buang persepsi negatif antara kita dan berusaha untuk menonjolkan kebaikan antara kita.
Inilah yang sedang sibuk dilakukan oleh BN sepanjang waktu kerana mereka sedar dan nampak perbezaan kita yang bersifat negatif. Dengan harapan..persatuan kita akan roboh dan musnah. Tolong…saya mohon kepada pimpinan Dap. Perbanyakkanlah program bersama pimpinan Pas supaya kita dapat meraih kesepakatan dan tentunya…keuntungan besar akan menanti kita mungkin sepuluh tahun akan datang.
Isu khinzir di Selangor..saya yakin dan percaya Kerajaan Pakatan Rakyat sudah matang dan tentunya sudah pun mengambilkira semua perkara. Saya sedikit pun tidak terpengaruh dengan mainan propaganda harian Kerajaan Persekutuan. Cuma satu saya peringatkan..jangan melakukan khianat dan rasuah kerana Tuhan sentiasa melihat kita!!
Kepada teman2 bukan Islam.
Saya benar2 mengasihi dan menyayangi anda.
Belajarlah untuk menjadi manusia yang lebih berperikemanusiaan, kehambaan pada Tuhan dan saling menghormati dan menghargai sesama insan walau kita berbeza anutan dan budaya.
Kasih sayang adalah anugerah Tuhan yang paling berharga di sisi manusia…janganlah disia-siakan!!
Akhir kata..
Selamat Maju Jaya YB Teresa Kok.
Moga Tuhan melindungi anda.
Mengapa projek ini patut di laksanakan dengan secepat mungkin? Ini sebabnya:
1) Alam sekitar – Sekiranya projek ini diberhentikan, semua ladang ladang babi terbuka yang sedang beroperasi sekarang akan masih berterusan. Sisa-sisa najis akan terus di salurkan ke pantai morib. Sedangkan kita masih bergembira untuk berkelah di Morib tanpa tahu yang ia dicemari najis babi. Ikan yang di tangkap di laut morib pun makan najis babi. Lepas tu kita makan Ikan itu pulak. Lebih baik kita relocate semua kandang babi sekarang ke kandang berpusat supaya tiada lagi pencemaran.
2) Penyakit – Dari bau busuk sehingga wabak penyakit akan berterusan. JE dah berlaku. Nak tunggu sampai wabak baru bermula sebelum nak mula balik projek ini?
3) Wang yang banyak telah di belanja kerajaan BN lama untuk menyelidik sebelum meluluskannya. Kerajaan baru telah memutuskan untuk meyambung projek ini tetapi implementasi mesti betul. Mahu kah kita melihat kerajaan baru membelanja lebih banyak untuk buat analisa lagi?
4)Sila lihat explanation saya seperti di atas. Teknologi ini adala berasas kan teknologi di Jerman.
5) Wang 100juta ini akan ditanggung oleh pihak swasta. Maka tiada wang taxpayer kita pergi kesana.
Fyi ini bukan la project yang baru. Projek ini telah bermula lebih dua tahun lalu. Dan telah diluluskan BN sebelum in pada bulan Januari. Kerja tapak pun dah mula lama tapi dihentikan sementara waktu.
Kerajaan baru telah mengatakan mereka tidak akan menghentikan projek-project lama yang telah diluluskan asalkan ia baik.
Pada firasat anda, tidak kan project in memberi manfaat kepada semua kaum dari segi alam sekitar dan tiada sisa najis keluar dari kandang setempat?
1) This farm is not to grow more Pigs. This farms is meant to RELOCATE the current open farm into the centralised farm. This will ensure no more illegal open pig farm can be open in future that can further deteriorate the environment.
2) 100mil is not spent by Goverment. is it going spent by private expenditure who is going to open the farm there.
3) A cleaner environment. Now all the pig shit from the open farms is going to the Morib sea. And a lot of Muslims are bathing in Morib. Dont you want to change it? The new plant is going to recycle the waste and nothing is coming out of the plant. How come muslims are not supporting this?
4) Approved by previous BN gomen. They spent millions to send officers to visit German to understand the technology.
5) Previous BN gomen already identified the Land and ground work started long time ago and halted halfway.
My “kampung” is in Kg. Layang, Kuala Langat. Let me tell you this, the plan of Centralised farming have been mooted at least 2 years ago. Is it supposed to be using German technology and a lot of the previous Gomen actually went to German to check out the technology.
According to my uncle the location of the farm is in a Chinese Area and currently there are open farm already operating there. Also most improtantly, the land have already been identified and some groundwork have started there for quite some time ago.
The location of the land is not a the road side but actually quite deep away from the main road.
Majority of residents there are supportive of the move to centralised pig farming due to the technology used. The open pig farm near my uncle’s house will also be moved away to the centralised farm.
I dont know why the BN ppl have no principles to use this issue as a political agenda as it is a good plan and also have been mooted by them, sent many officers to German, identified the location and even started the ground work.
salam sejahtera/salam(maaf memungkiri janji kerana menulis lagi..heheh)
Nak selidik lebih dalam?kurang bijak?mungkin kurang bijak..tetapi kalau la saya seorang pemimpin sekrg yang baru menang pilihanraya,saya akan buat itu pelan-pelan..tanya pendapat rakyat..buat dalam 10-15 tahun lagi mungkin…
Lee wee tak..anda betul..apa yang kita bincangkan didalam ini bukannya racist atau saling menghina tetapi sekadar luahan pendapatmasing-masing(seperti yang dilaungkan oleh PR sebelum ini..
Pasal toleransi..ini pendapat saya..orang melayu Malaysia (bukan hendak memuji bangsa sendiri) ada baik dan buruknya..tetapi dari segi toleransi saya rasa orang melayu Malaysia adalah antara yang terbaik..(pendapat peribadi)..
(first anda boleh bayangkan 1 kaum cina didalam masyarakat melayu (andaikan 100 orang Melayu)…
Sebagai contoh anda dapat lihat bagaimana seorang cina dapat hidup didalam komuniti melayu tersebut..orang melayu tidak mengancam,atau menyisihkan seorang cina didalam komuniti melayu tersebut..seorang cina dapat bebas berniaga,bertegur sape dengan masyarakat melayu)..sekarang mungkin anda kurang dapat lihat kerana struktur masyarakat telah berubah..mungkin di kelantan/terengganu/perlis.. kita masih dapat lihat sekarang ..(tgk jer kat kedai pasar payang,Terengganu.)..Seorang cina itu juga akan dianggap sebagai satu keluarga oleh orang melayu 100 orang itu asalkan,antaranya :
1)Tidak mengganggu anak dara orang melayu
2)tIDAK Menghina sultan
3)Tidak menghina agama Islam(Islam dan Melayu adalah 2 entiti berbeza)
4)Tidak melanggar adat resam orang melayu(Tidak seperti penjajah dahulu yang masuk rumah orang Melayu pakai selipar-contohnya)
Itu adalah antara bentuk toleransi yang saya dapat berikan.Bukan sahaja untuk kaum cina malah bukan warganegara seperti Bangladesh,Indonesia dan sebagainya juga bebas duduk dinegara ini selagi tidak mengancam perkara2 diatas..
Toleransi ini dapat mewujudkan suasana harmoni seperti yang kita kecapi sekarang..:)..Kaum2 lain seperti cina dan india juga menunjukkan toleransi ini,masakan tidak hanya sebelah pihak bertoleransi,kedamaian jugak tidak dapat dicapai..Mungkin ada segelintir individu yang tidak bertanggungjawab yang tidak bertoloransi(tidak mewakili komuniti)…Kita tengok negara-negara lain..paling dekat Indonesia….sebagai contoh terdekat semuanya memakai nama Indonesia tanpa kira agama dan keturunan.Right?rasanya nama Tan/Ah Chong takder kot..abaikan..
Mengenai makan/minum di kedai bukan Islam..sebenarnya boleh minum/makan dikedai non-muslim tetapi untuk berhati-hati tidak lah kami makan di kedai non muslim..bukannya sombong atau angkuh tidak makan di gerai tersebut..tetapi setengah yang kuat beragama Islam mereka pasti menggelaknya kerana untuk pengetahuan rakan bukan beragama Islam,Bukan Babi sahaja kami tidak boleh makan,tetapi kuali yang digunakan untuk memasak babi juagk diambil kira..adakah babi itu dimasak denagn kuali yang berasingan?Bukan sahaja babi haram,arak,binatang yang tidak disembelih jugak tidak boleh dimakan..saudara/i bukan beragama Islam,kalau saudara/i semua prihatin,ada kes pengusaha mee yang meletakkan daging babi disebelah (bercampur aduk)didalam tempat yang sama..sebenarnya benda seperti ini lah kami elakkan..bukannya tidak mahu makan makan masakan saudara/i semua..saya pun terliur dengan masakn cina..saya pernah makan masakan cina muslim..:)..sedap woiii…nyam2…burp..:)
Mengenai ada yang beragama Islam makan benda yang tak halal..saya ambil pengalaman saya berada di Indonesia la..Saya boleh katakan Islam di Indonesia adalah paling teruk(bukan semuanya),berdasarkan pengalaman la..kalau minum arak tue terang-terangan..kahwin campur antara Islam-Hindu,ISLAM-buddha(ini adalah dilarang sebernarnya)..tetapi saudara/i boleh lihat penganut Islam antara terbaik didunia ialah di Malaysia(sekadar pendapat dan pandangan)..Mengenai ada beragama Islam yang minum arak,pelihara babi sebenarnya mereka ini tidak mengamalkan ajaran Islam yang sebenarnya).Saya pasti ini bukan sahaja berlaku didalam komuniti muslim,tetapi juga komuniti bukan muslim yang melanggar peraturan masing-masing(contohnya:saya rasa agama Buddha juga tidak bagi minum arak-tetapi ada yang minum kan?betulkan jika saya silap)..
So,marilah kita saling bertoleransi..jika perkara yang menyebabkan sensitiviti masyarakat kalau boleh elakkan…so,saya harapkan projek ternakan babi ini dielakkan…
salam kasih untuk semua 😉
ya betul..babi adalah untuk orang bukan Islam,Arak jugak bukan untuk orang Islam,tetapi kenapa PAS nak tutup kilang arak?untuk bukan Islam gak kan..:)..
Salam kepada semua,
Saya meminta maaf jika TamingSARI dan rakan-rakan lain terasa dengan pendapat saya. Saya cuba untuk memberikan pendapat yang seimbang, tepat dengan fakta dan tidak emosional. Saya tegaskan di sini, pendapat saya terdedah kepada kesilapan dan anda semua terbuka untuk mengkritik pendapat saya. Inilah antara nikmat dan pelajaran yang saya nikmati dan belajar sebagai rakyat Kelantan kerana Tuan Guru Nik Aziz dan pimpinan negeri tidak pernah menyekat kebebasan bersuara rakyat Kelantan. Saya percaya pimpinan PR akan bersikap seperti pimpinan kerajaan Kelantan juga untuk terbuka menerima kritikan rakyat.
Mungkin kerana TamingSARI masih setahun jagung (tapi saya tidak katakan anda tidak cukup pengalaman) jika dibandingkan dengan umur saya (dah tua rupanya aku ni…..:) ), maka terdapat unsur2 emosional di dalam tulisan beliau. Saya tidak nafikan saya juga agak emosional semasa sebaya dengan TamingSARI. Saya juga bersetuju dengan TamingSARI bahawa isu perternakan babi ini adalah satu isu yang sensitif bagi orang-orang Islam (kerana kurangnya ilmu orang-orang Islam sendiri tentang hukum Islam pada masa sekarang hasil daripada brainwash UMNO kepada orang-orang Islam bertahun-tahun lamanya). Oleh kerana itu saya mencadangkan supaya kerajaan Selangor mendidik rakyat dan bertemu secara terus dengan rakyat dan berbincang dengan mereka berkenaan masalah ini. Ini memerlukan kebijaksaan pimpinan Selangor untuk memenuhi tuntutan orang-orang Islam dan bukan Islam pada masa yang sama. Mungkin kerajaan Selangor boleh mencontohi kerajaan Kelantan dalam hal ini. Saya masih teringat dulu kerajaan BN menjadikan isu lawatan Tuan Guru Nik Aziz ke kuil Buddha di Tumpat untuk merasmikan kuil tersebut. Apa yang dilakukan oleh kerajaan Kelantan adalah mendidik rakyat bahawa lawatan itu tiada salahnya dalam Islam. Natijahnya kerajaan Kelantan masih mampu menang pilihanraya walaupun BN memainkan isu ini semasa pilihanraya. Mendidik rakyat adalah kata kunci di sini.
Berkenaan hukum hudud, saya rasa YB Teresa dan rakan2 bukan Islam perlu faham bahawa hukum hudud hanya untuk orang Islam sahaja. Contoh perlaksaan hukum agama ini seperti di UK di mana diwujudkan undang2 agama khas untuk orang-orang Yahudi untuk memenuhi tuntutan agama mereka. Buat masa ini, pendapat saya adalah mungkin hukum hudud ini boleh diimplementasi di negeri2 majoriti Muslim seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis dan diberi tempoh percubaan selama 10 tahun. Dalam tempoh ini perlulah dibuat kajian untuk penambahbaikan perlaksanaan hukum ini.
Akhirnya, untuk memerintah negara berbilang bangsa dan agama bukanlah senang. Nasihat saya, kita kenalah sanggup untuk memberi dan menerima dalam tuntutan2 kaum yang berbeza. Dengan ini barulah kita dapat hidup aman dan sejahtera.
Wassalam
Saya hairan dengan debat hangat & penuh emosi yang tercetus akibat tindakan beberapa pihak mempolitikkan projek ini. Untuk makluman semua, Selangor bukan negeri pelopor dalam peternakan khinzir secara integrasi, malah Sarawak (itupun kubu kuat BN) telahpun melaksanakan projek sedemikian sebagai usaha memindahkan ladang-ladang kecil di sekitar kawasan perbandaran. Tindakan exco Selangor (dulu & kini) meluluskan projek ini adalah untuk kepentingan awam & dijangka dapat mengurangkan masalah pencemaran alam yang dikaitkan dengan penternakan khinzir secara kecil-kecil and kuno, selaras dengan misi Kementerian Pertanian mewujudkan industri agro-pertanian yang “sustainable”. Saranan saya ialah untuk Exco melantik secepat mungkin satu badan penasihat dianggotai oleh pakar-pakar pengurusan haiwan, pemakanan haiwan, veterinar, alam sekitar, majlis daerah dsb untuk meneliti & memantau segala aspek pengurusan ladang ini supaya semua berjalan lancar dalam fasa implementasi. Pendapat, komen & kritikan daripada orang ramai juga boleh disalurkan kepada badan ini untuk memperbaiki apa-apa kelemahan (jika ada).
UMNO is seizing every opportunities to attack PR, even such plan was earlier approved by them. Even the modern pig farming is better for all rakyat.
Lets look at the current situation, we have maybe hundreds of such conventional farms discharging farm s’ waste into almost all rivers in Selangor. Rivers pollution is a real thing. It affects not only the muslims, but every one. Now, the plan is to centralized into one single location and the waste will be recycled without discharged into river. No river pollution. Is this a good thing for everyone?
There are some shallow minded raised the risk of JE/NV from pig. Is it not that chicken can be infected with H5N1/bird flu and cow with mad cow disease? The question is how we management our livestocks. Here, we have a plan of a modern farm with better waste management, handling, better feeds and with veterinary service to monitor the health of the pigs. Is it not the risk of any infection will be way lower than the current condition? If fact, all livestock should be centralized in modern facilities. Why pigs first and not chickens? This is because chicken shit is smaller than pig shit, pig shit is at least 50 times the amount of chicken shit and post greater pollution than chicken shit. That is why centralization of pigs farming is the first one selected.
Some said that centralized pig farming will lead to the growth of pig industry and exportation of pig and its against the religion (Islam). Here i like to quote from The Quran Miracles ” The prohibition of the pork was mentioned in the Holy Qur’an’s verses in four points. ALLAH (Glory is to him) says :
(He hath only forbidden you dead meat, and blood, and the flesh of swine, and that on which any other name hath been invoked besides that of Allah. But if one is forced by necessity, without wilful disobedience, nor transgressing due limits – then is he guiltless. For Allah is Oft-Forgiving Most Merciful) (The Cow’s Chapter …verse no: 173)
(Forbidden to you (your food) are: dead meat, blood, the flesh of swine, and that on wish hath been invoked the name of other than Allah; that which hath been killed by strangling, or by a violent blow, or by a headlong fall, or by being gored to death; than which hath been (partly) eaten by a wild animal; unless ye are able to slaughter it (in due form); that which is sacrificed on stone (altars); (forbidden) also is the division (of meat) by raffling with arrows: that is impiety. This day have those who reject Faith given up all hope of your religion: yet fear them not but fear me. This day have I perfected your religion for you, completed my favour upon you, and have chosen for you Islam as your religion. But if any is forced by hunger, with no inclination transgression, Allah is indeed Oft-Forgiving, Most Merciful).(The table’s Chapter…verse no: 3)
(Say: I find not in the message received by me by inspiration any (meat) forbidden to be eaten by one who wishes to eat it, unless it be dead meat, or blood poured forth, or the flesh of swine, for it is an abomination or, what is impious, (meat) on which a name has been invoked, other than Allah’s. But (even so), if a person is forced by necessity, without wilful disobedience, nor transgressing due limits, thy Lord is Oft-Forgiving, Most Merciful).(The Cattle’s Chapter…verse no: 145).)
(He has only forbidden you dead meat, and blood, and the flesh of swine, and any (food) over which the name of other than Allah has been invoked. But if one is forced by necessity, without wilful disobedience, nor transgressing due limits, then Allah is Oft-Forgiving, Most Merciful). (The Bee’s Chapter…verse no: 115)…”
The above verses are clear and simple to understand. Muslims are forbidden to eat THE FLESH OF SWINE. NO MORE AND ON LESS.
Let me share with you another one here http://travel.asiaone.com/Travel/News/Story/A1Story20080331-57109.html “Pig farms bloom in Muslim Morocco thanks to tourism”
Here we have a plan for a centralized, cleaner, environmental friendlier, confined and probably enclosed as most modern pig farms are. All will be handled by non-muslims. You will not see any other pig farm than the one at that location. Is it not better for everyone? Irrespectively of religion?
If the Muslims feel that the current condition is OK for them, then we will have to respect them and don’t change.
Saya terharu dengan ulasan tulus hati oleh penulis-penulis blog seperti Saudara Ariffsham, Amer & Riduan. Sepanjang pengalaman kerja saya, saya pernah melawat ladang-ladang khinzir di seluruh pelusuk Malaysia. Berat hati saya melihat pencemaran yang melimpah ke dalam parit, sungai & laut akibat ketidaksempurnaan dalam sistem rawatan kumbahan. Saya mengerti dilema masyarakat Melayu dan lain-lain yang hidup berdekatan akibat masalah pencemaran & bau. Sebenarnya, sejak bertahun-tahun lagi, majoriti peternak khinzir hendak berpindah ke tapak yang dikhaskan supaya perniagaan mereka tidak lagi menganggu jiran & masyarakat setempat. Terima kasih atas persefahaman & toleransi yang dipaparkan oleh saudara semua.