Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Soalan/Jawapan Dewan Negeri: Pertanyaan Mulut Mengenai Pelaburan Di Negeri Selangor

Posted on Tuesday, 13-04-2010Wednesday, 14-04-2010 by DAP Seputeh

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. DATO’ SUBAHAN BIN KAMAL (TAMAN TEMPLER)

Tarikh: 13 April 2010 (Selasa)

Dalam kenyataan akhbar YB EXCO Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Selangor pada 25 Februari 2010, beliau mengatakan bahawa data terkini Malaysia Industrial Development Authority (MIDA) bagi tahun 2009 mengikut negeri, mencatatkan Selangor sebagai negeri tertinggi di Semenanjung yang meluluskan projek perindustrian dengan nilai RM 6.76 bilion dimana RM 4.0 bilion adalah dari pelaburan asing

Bertanya kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar :

a) Dari jumlah 182 projek baru yang diluluskan, berapa banyakkah pelaburan ini yang telah sebenarnya diusahakan di peringkat awal ketika Kerajaan Barisan Nasional memerintah sebelum pengambil-alihan Kerajaan oleh Pakatan Rakyat?

b) Berapa banyakkah dari jumlah pelaburan baru ini yang telah diusahakan sendiri oleh Kerajaan Pakatan Rakyat setelah mengambil alih pemerintahan Negeri Selangor mulai April 2008?

c) Nyatakan pecahan pelaburan asing mengikut sektor yang telah diluluskan dalam tempoh 2008 – 2009?

JAWAPAN:

a. 182 projek baru yang diterima pada tahun 2009 adalah hasil usaha promosi yang dilakukan oleh pihak agensi penggalakkan pelaburan seperti MIDA, SSIC Berhad dan agensi-agensi yang berkaitan.

b. Bagi tempoh April 2008 sehingga Disember 2009 sebanyak 244 projek baru telah diluluskan di Negeri Selangor dengan nilai pelaburan berjumlah RM 10,143,606,134. Daripada jumlah ini sebanyak RM 2,552,395,088 adalah daripada pelaburan tempatan dan sebanyak RM 7,591,211,046 daripada pelaburan asing. Sebanyak 27,259 potensi peluang pekerjaan telah diwujudkan.

c. Pecahan pelaburan asing mengikut sektor yang telah diluluskan dalam tempoh 2008 – 2009 adalah seperti berikut;-

Dun _Apr-2010_-YB Dato’ Subahan kamal-pelabura

Adalah susah bagi kita untuk menentukan sesuatu pelaburan adalah usaha daripada pihak BN ataupun Pakatan Rakyat. Kebanyakan pelabur yang membuat keputusan untuk melabur pernah menghubungi MIDA. Hubungan MIDA dengan Kerajaan Negeri Slangor dan SSIC Berhad adalah mesra dahulu, sekarang dan selama-lamanya. Jadi susah juga bagi MIDA untuk menentukan samada sesuatu pelaburan adalah usaha daripada BN ataupun Pakatan Rakyat, kerana selalunya pelaburan ke Malaysia dan Selangor adalah bergantung kepada iklim ekonomi dunia dan juga dasar dan insentif kerajaan. Mereka tidak peduli pihak mana yang memegang teraju kepemimpinan Negeri Selangor.

Walau bagaimanapun, dengan tertubuhnya sistem Industrial Park Management Committee (IPMC) di banyak kawasan perindustrian sejak tahun 2008, dengan adanya Unit Pelaburan yang menjaga kepentingan pelabur di setiap PBT, dan dengan adanya dialog berkala dengan pelbagai persatuan peniaga, pelabur tempatan dan pelabur asing, memang banyak pihak berpendapat bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat adalah jauh lebih mesra dengan pelabur berbanding dengan Kerajaan di bawah Barisan Nasional. Saya percaya itu sebabnya kita merupakan negeri yang mendapat bilangan projek pelaburan yang tertinggi dan peluang pekerjaan yang paling banyak di seluruh negara pada tahun lepas.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme