Di sidang Parlimen, saya telah meminta Perdana Menteri menyatakan sebab SUHAKAM menubuhkan Jawatankuasa Pemilihan (Select Committee) tanpa berunding dengan pihak bukan kerajaan (NGO) memandangkan Akta SUHAKAM menyatakan bahawa 3 orang ahli NGO seharusnya dilantik ke dalam Jawatankuasa Pemilihan tersebut. Nyatakan kenapakah Jawatankuasa Pemilihan ditubuhkan tanpa mengikut kehendak akta dan kriteria yang diambil oleh SUHAKAM yang terdiri daripada NGO.
Apakah pendapat anda tentang jawapan yang disampaikan oleh YB Sandakan, Timbalan Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri itu?