Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Jawapan Parlimen Mengenai Menggubal Rang Undang-undang Bagi Penternak Burung Walit

Posted on Tuesday, 06-04-2010Tuesday, 06-04-2010 by DAP Seputeh

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA 

PERTANYAAN  :LISAN 

TARIKH             :25 MAC 2010 (KHAMIS) 

DARIPADA        :Y.B. PUAN TERESA KOK SUH SIM (SEPUTEH) 

SOALAN (48):- 

  Y.B. PUAN TERESA KOK SUH SIM (SEPUTEH) minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan bilakah kementerian akan menggubal rang undang-undang bagi penternak burung walit di Negara kita memandangkan industri penternakan burung walit telah semakin berkembang. Apakah Kementerian mempunyai apa-apa garis panduan yang mengawal selia penternakan burung walit sebelum rang undang-undang ini dikeluarkan 

 JAWAPAN:-

 Tuan Yang Dipertua,

 Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, adalah dimaklumkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 1 April 2009 telah bersetuju suapaya Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) di bawah Kementeriaan Pertaniaan dan Asas Tani akan bertindak sebagai agensi peneraju pembangunan industri sarang burung walit Negara. Oleh itu segala Akta dan garis panduan mengenai penternakan dan pengawalan industri sarang burung walit akan dikeluarkan oleh kementerian berkenaan. Walau bagaimanapun, KPKT ada mengeluarkan garis panduan permohonan lesen premis perusahaan sarang burung walit untuk digunakan oleh semua PBT sebagai rujukan/ panduan dalam proses memberi kelulusan lesen premis bangunan terutama di kawasan Bandar. 

Untuk makluman, satu Garis Panduan Industri Walit Negara (IGP) sedang disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinary (JPV), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) yang mana akan diguna pakai oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Kementerian ini telah memberi input berkaitan aspek perancangan dan pengawalan guna tanah dalam penyediaan garis panduan tersebut bagi memastikan aktiviti penternakan burung walit dijalankan secar teratur. Di antara perkara yang digariskan di dalam garis panduan tersebut adalah berkaitan dengan kawalan operasi di mana penternakan burung walit tidak dibenarkan dijalankan di dalam kawasan pusat tumpuan utama aktiviti bandar. 

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan 
Mac 2010

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石
  • Press statement by Teresa Kok, MP for Seputeh on 12 March 2026: An RCI Is the Test of Madani’s Commitment to Transparency

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme