Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Who decides the price of driving license courses?

Posted on Thursday, 25-03-2010 by -ec-

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN     :     JAWAB LISAN

DARIPADA         :     YB PUAN TERESA KOK SUH SIM (SEPUTEH)

TARIKH         :     23 MAC 2010 (SELASA)

SOALAN : No. 8

YB. PUAN TERESA KOK SUH SIM (SEPUTEH) minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan harga yang ditetapkan oleh Kementerian dalam kursus pembelajaran memandu. Apakah langkah yang diambil oleh Kementerian untuk mencegah dalam pemeriksaan memandu dan juga institute pengajaran memandu yang sengaja menaikkan yuran pembelajaran memandu.

JAWAPAN :

Tuan Yang DiPertua,
Kerajaan tidak mengawal kadar yuran belajar memandu yang dikenakan oleh Institut Memandu kecuali kadar bayaran belajar dan kadar lessen memandu motosikal Kelas B2. Kerajaan berpendapat bahawa pendekatan market force pada peringkat ini iaitu tanpa penetapan harga ke atas bayaran latihan di Institut Memandu akan mewujudkan persaingan yang sihat di antara Institut Memandu dan kadar bayaran latihan belajar memandu menjadi lebih kompetitif. Ia juga memberi peluang kepada calon-calon pemandu untuk memilih Institut Memandu yang menawarkan harga yang berpatutan bagi mengikut latihan pemanduan. Walau bagaimanapun, semua Institut Memandu telah disyaratkan mempamerkan kadar bayaran yang dikenakan untuk mendapatkan lessen memandu.

Kerajaan juga dari semasa ke semasa membuat naziran dan pemantauan ke atas operasi Institut Memandu bagi mempastikan peraturan yang ditetapkan dipatuhi sepenuhnya. Kegagalan mematuhi peratuan seperti tidak mempamerkan kadar bayaran yang dikenakan boleh menyebabkan permit Institut Memandu berkenaan digantung atau dibatalkan. Di samping itu, JPJ juga menjalankan pemantauan secara mingguan dan ad-hoc bagi kes-kes yang ada aduan untuk menangani isu-isu penyelewengan dan rasuah.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme