Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Foreign Ministry explains how the MP for Rompin can be Ambassador to USA and serve his constituency at same time

Posted on Monday, 22-03-2010Monday, 22-03-2010 by -ec-


Last Monday, me with Jamaluddin Jarjis, the MP for Rompin and also Malaysian Ambassador to the USA for first day of Parlimen this year.

What do you think of the Foreign Ministry’s response below that appointing the MP for Rompin as the Ambassador to USA does not compromise his ability to serve and represent his constituents in Rompin?

Pemberitahuan Pertanyaan bagi Jawab Lisan Dewan Rakyat Malaysia

Pertanyaan: Jawab Lisan

Daripada: YB Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh)

Tarikh: 22 Mac 2010

Soalan (60): YB PUAN TERESA KOK SUH SIM [SEPUTEH] meminta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan kriteria perlantikan duta Malaysia ke luar negara khususnya, duta ke Amerika Syarikat. Sila nyatakan bagaimana YB Rompin menjalankan tugasnya sebagai Duta Malaysia menjalankan tugasnya sebagai Duta Malaysia ke Amerika Syarikat di samping melaksanakan tanggongjawab (sic) beliau sebagai Ahli Parlimen Rompin.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat Seputeh di atas soalan yang dikemukakan.

2. Secara amnya, kriteria dan ciri-ciri utama bagi calon-calon yang dilantik sebagai Ketua Perwakilan Malaysia yang bertaraf Duta Besar atau Pesurujaya Tinggi terdiri daripada individu yang berkelayakan tinggi dan memiliki ‘merits’ (dengan izin) dari segi pengetahuan serta pengalaman yang luas dalam bidang diplomasi dan hubungan antarabangsa. Calon-calon yang dilantik adalah terdiri daripada pegawai awam kanan yang telah berkhidmat di Sektor Luar Negeri dengan cemerlang, bagi tempoh sekurang-kurangnya 20 tahun dan telah menjalani pelbagai pendedahan dan latihan yang berterusan di dalam dan di luar negara.

3. Kerajaan boleh melantik mengikut budi bicara, di mana timbul keperluan, Duta Besar atau Pesuruhjaya Tinggi yang terdiri dari kalangan ahli politik, ahli perniagaan dan bekas pegawai tinggi Kerajaan, secara lantikan politik atau ‘political appointee’ dengan izin. Pelantikan mengambil kira aspek merit, dengan izin calon-calon yang berkemampuan untuk meningkatkan lagi hubungan diplomasi di antara Malaysia dengan negara tuan rumah.

4. Pelantikan Ahli Parlimen sebagai Duta Besar atau Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di luar negeri tidak menjejaskan tanggungjawab mereka sebagai Wakil Rakyat. Kepentingan rakyat akan sentiasa dijaga oleh wakil-wakil di kawasan Wakil Rakyat tersebut. Wakil-wakil kawasan berkenaan akan membawa isu-isu berbangkit kepada Wakil Rakyat untuk dibincangkan dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Sebagai contoh, Yang Berhormat Ahli Parlimen Rompin akan pulang untuk melawat kawasan dari semasa ke semasa atas perbelanjaan sendiri, dalam menjalankan tanggungjawab beliau sebagai Ahli Parlimen Rompin. Beliau juga senantiasa berhubung, berbincang dan menyelesaikan isu-isu berkaitan kawasan beliau, dengan adanya dan bantuan sistem teknologi komunikasi dan maklumat yang baik.

6. (sic) Manakala sebagai Duta Besar Malaysia ke Washington (DC) pula, beliau bertanggungjawab mempromosikan Malaysia berdasarkan pengalaman luas beliasu di dalam bidang politik, kefahaman dalam bidang perdagangan antarabangsa dan berkebolehan untuk melihat pasaran pelaburan baru. Selain daripada itu, Yang Berhoarmat Ahli Parlimen Rompin berkemampuan untuk menarik bakal-bakal pelabur antarabangsa daripada Amerika Syarikat untuk melabur di Malaysia. Ini adalah sejajar dengan hasrat Malaysia untuk menjadikan Amerika Syarikat sebagai rakan dagangan utama negara.

Sekian, terima kasih.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁促请隆市政局在武吉加里尔、大城堡及旧巴生路展开全面基础设施研究
  • KENYATAAN AKHBAR YB TERESA KOK (AHLI PARLIMEN SEPUTEH) PADA 27 OGOS 2026
  • Joint Efforts Needed: CPO KL, Mayor, and PTGWPKL Director Urged to Clamp Down on Illegal Parking Fee Collection on Kuala Lumpur State Land
  • MEDIA STATEMENT: THE TAMAN DESA PHASE 1 NEIGHBOURHOOD CONTROL SCHEME ISSUE (17 August 2026)
  • KENYATAAN MENGENAI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA FASA 1
  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme