Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Selangor mencapai pelaburan perindustrian bernilai RM 6.76b, jumlah projek perindustrian yang tertinggi (278 projects) dan jumlah peluang perkerjaan yang tertinggi (lebih 20,000) di Malaysia pada 2009

Posted on Wednesday, 24-02-2010Wednesday, 24-02-2010 by -ec-

Kenyataan akhbar oleh Teresa Kok, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor pada 24 Februari 2010 di Shah Alam


Selangor mencapai pelaburan perindustrian bernilai RM 6.76b, jumlah projek perindustrian yang tertinggi (278 projects) dan jumlah peluang perkerjaan yang tertinggi (lebih 20,000) di Malaysia pada 2009

Data terkini MIDA (Malaysia Industrial Development Authority) mengenai pelaburan di Malaysia bagi tahun 2009 mengikut negeri menunjukkan bahawa negeri Selangor telah mencapai jumlah pelaburan perindustrian yang diluluskan sebanyak RM 6.76 billion bagi tahun 2009.

Jumlah ini jauh melebihi jangkaan RM 4 billion yang disasarkan bagi Selangor bagi tahun 2009 memandangkan kegawatan ekonomi sedunia.

Jumlah projek perindustrian yang tertinggi

Selangor juga telah mencapai jumlah projek perindustrian yang diluluskan yang tertinggi di Malaysia dengan 278 projects, iaitu 36.3% daripada jumlah seluruh Malaysia. Selangor diikuti oleh Johor di tempat kedua dengan 150 projek dan Pulau Pinang di tempat ketiga dengan 104 projek.

Daripada 278 projek perindustrian yang diluluskan di Selangor, 182 merupakan projek baru manakala baki 96 merupakan projek yang diperkembangkan.

Jumlah peluang pekerjaan yang tertinggi

Tambahan lagi, Selangor telah mencapai jumlah peluang pekerjaan yang dihasilkan yang tertinggi di 2009 dengan 20,753 pekerjaan.

Pelaburan tempatan yang besar

RM 4,007,064,182 atau 59.2% daripada pelaburan di Selangor terdiri daripada pelaburan asing manakala RM 2,752,526,769 or 40.8% terdiri daripada pelaburan tempatan. Ini menunjukkan bahawa pelaburan tempatan amatlah penting bagi kerajaan negeri Selangor. Pelabur tempatan masih kekal melabur di Selangor di bawah naungan kerajaan Pakatan Rakyat.

Sarawak mendahului kerana satu-satunya projek peleburan aluminum

Walaupun Sarawak mendahului setiap negeri dengan jumlah pelaburan perindustrian bernilai RM 8.451 billion, pencapaian ini disebabkan satu pelaburan gergasi di dalam projek peleburan aluminum di Bintulu yang bernilai lebih daripada USD 2 billion (lebih kurang RM7 billion).

Projek sebegini tidak sesuai bagi Selangor kerana projek ini menyebabkan banyak pencemaran alam dan memakan jumlah tenaga yang besar. Sekiranya projek peleburan aluminum tidak diambil kira, Selangor merupakan negeri dengan jumlah pelaburan yang tertinggi di Malaysia.

Selangor masih pilihan terbaik bagi pelabur

Walaupun Malaysia dan dunia masih lagi mengalami kegawatan ekonomi, bilangan projek perindustrian yang tinggi di Selangor menunjukkan bahawa ekonomi Selangor masih lagi mantap dan merupakan destinasi pelaburan yang paling menarik bagi pelabur asing dan tempatan.

Data MIDA ini jelas menunjukkan bahawa tomahan yang dilemparkan oleh sesetengah pihak bahawa pelaburan di Selangor telah menurun semenjak kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri Selangor adalah palsu dan tidak berasas.

Teresa Kok

Note: I attached the industrial investment statistics for Selangor for 2009 provided by MIDA with my press statement as supporting evidence.You may download the PDF of these tables here: Industrial investment statistics for Selangor for 2009 24 Feb 2010.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁促请隆市政局在武吉加里尔、大城堡及旧巴生路展开全面基础设施研究
  • KENYATAAN AKHBAR YB TERESA KOK (AHLI PARLIMEN SEPUTEH) PADA 27 OGOS 2026
  • Joint Efforts Needed: CPO KL, Mayor, and PTGWPKL Director Urged to Clamp Down on Illegal Parking Fee Collection on Kuala Lumpur State Land
  • MEDIA STATEMENT: THE TAMAN DESA PHASE 1 NEIGHBOURHOOD CONTROL SCHEME ISSUE (17 August 2026)
  • KENYATAAN MENGENAI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA FASA 1
  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme