Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Soalan Lisan dan Soalan Bertulis Bagi Sidang Parlimen Mac – April 2010

Posted on Wednesday, 17-02-2010 by Teresa Media

SOALAN LISAN

1)      YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Kewangan menyatakan pelaburan asing terus (foreign direct investment/FDI) yang masuk ke Malaysia pada tahun 2007, 2008, 2009 dan kuarter pertama 2010 mengikut negara. Sila nyatakan juga dana yang alir keluar dari Malaysia pada tahun 2007, 2008, 2009 dan kuarter pertama 2010. (5 April 2010)

2)      YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Perdana Menteri menyatakan kriteria perlantikan duta Malaysia ke luar negara, khususnya duta ke Amerika Syarikat. Sila nyatakan bagaimanakah YB Rompin menjalankan tugasnya sebagai Duta Malaysia ke Amerika Syarikat di samping melaksanakan tanggungjawab beliau sebagai Ahli Parlimen Rompin? (22 Mac 2010)

3)      YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Pengangkutan menyatakan harga yang ditetapkan oleh Kementerian dalam kursus pembelajaran memandu. Apakah langkah yang diambil oleh kementerian untuk mencegah rasuah dalam pemeriksaan memandu dan juga institut pengajaran memandu yang sengaja menaikkan yuran pembelajaran memandu? (23 Mac 2010)

4)      YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan bilakah kementerian akan mengeluarkan rang undang-undang bagi penternak burung walit di negara kita memandangkan industri penternakan burung walit telah semakin berkembang? Apakah kementerian mempunyai apa-apa garispanduan yang mengawal-selia penternakan burung walit sebelum rang undang-undang ini dikeluarkan?   (25 Mac 2010)

5)      YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Kesihatan menyatakan apakah syarat yang dikenakan oleh Kementerian ke atas pelajar perubatan warga Malaysia yang tamat pengajian mereka di luar negeri, khususnya dari negara China dan Rusia? Apakah langkah yang diambil oleh kementerian untuk membantu graduan perubatan yang belajar di universiti atau kolej di luar negara yang tidak diiktiraf oleh Kementerian? (30 Mac 2010)

6)      YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Perdana Menteri menyatakan syarikat yang dilantik oleh Kerajaan untuk melancarkan kempen “1-Malaysia” dan jumlah kos terlibat dalam seluruh kempen tersebut. Sila nyatakan maksud sebenar “1 Malaysia” dan kesannya ke atas UMNO dan komponen parti BN selepas kempen ini dilancarkan. (29 Mac 2010)

7)      YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Dalam Negeri menyatakan samada Kementerian memberi arahan kepada PDRM Selangor untuk merosakkan pentas yang dibina oleh Kerajaan Negeri Selangor di Batu Caves demi program sambutan Thaipusam? Apakah sebab tindakan PDRM tersebut dan tindakan yang diambil oleh pihak Kementerian ke atas pegawai polis yang merosakkan keamanan dan atmosfera perayaan Thaipusam tersebut? (1 April 2010)

8)      YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Perdana Menteri menyatakan apakah rasional Kerajaan BN sengaja mengadakan program sambutan Hari Thaipusam dan Tahun Baru Cina pada hari dan waktu yang sama di Negeri Selangor? Kenapakah pihak penganjur BN enggan mengikut garis panduan penganjuran program dengan tidak memohon permit daripada Majlis Kerajaan Tempatan di Selangor? (18 Mac 2010)

9)      YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Perdana Menteri menyatakan sebab SUHAKAM menubuhkan Jawatankuasa Pemilihan (selection committee) tanpa berunding dengan pihak badan bukan kerajaan (NGO) memandangkan akta SUHAKAM menyatakan bahawa 3 orang ahli NGO seharusnya dilantik dalam Jawatankuasa Pemilihan tersebut? Sila nyatakan kenapakah Jawatankuasa Pemilihan ditubuhkan tanpa mengikut kehendak akta dan kriteria yang diambil oleh SUHAKAM dari segi pemilihan atau perlantikan anggota SUHAKAM yang terdiri daripada NGO. (6 April 2010)

10)   YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan kenapakah laporan kajian ke atas 30% penyertaan wanita dalam pembuatan keputusan yang telah siap lama masih belum diumumkan kepada Ahli Parlimen, badan bukan kerajaan dan publik? Apakah sebab kelewatan pengeluaran laporan tersebut dan apakah pelan tindakan kementerian untuk mencapai sasaran tersebut? (16 Mac 2010)

SOALAN BERTULIS

1)     YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Dalam Negeri menerangkan:

i) Pecahan pendatang tanpa izin mengikut kewarganegaraan dan jantina yang ditahan dalam pusat tahanan pendatang tanpa izin di Malaysia daripada tahun 2000, 2000, 2001, 2002, 2003, 2004, 2005, 2006, 2007, 2008, 2009.

ii) Di antara angka tersebut, sila nyatakan tahanan yang telah dihantar balik ke negara asal bagi tahun-tahun yang dinyatakan mengikut kewarganegaraan dan jantina?

2)     YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Dalam Negeri memberi pecahan bilangan laporan polis berkenaan kes jenayah yang berkaitan dengan keganasan seks (rogol, liwat, sumbang/incest) sejak tahun 2005 sehingga 2009. Sila nyatakan berapa kes di mana pesalah ditangkap dan berapa pesalah telah didakwa ke mahkamah?

3)     YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:  i) pecahan pendatang asing tanpa izin yang mati semasa ditahan di pusat tahanan pendatang tanpa izin di Malaysia mengikut jantina, umur dan kewarganegaraan mereka sejak tahun 2000 sehingga tahun 2009.

ii) Berapa di antara mereka mati kerana mengidapi penyakit Leptospirosis dan penyakit manakah yang menyumbang paling banyak kematian pendatang tanpa izin di dalam pusat tahanan?

4)     YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Dalam Negeri menyatakan bilangan warga Malaysia yang bermastautin melebihi tempoh (over stay) di luar negara? Sila beri pecahan negara yang mereka duduk dan jumlah yang didakwa ataupun dihantar balik oleh pihak imegresen negara asing akibat bermastautin melebih tempoh yang sah?

5)     YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Dalam Negeri menyatakan perbezaan di antara Penjara dan Pusat Tahanan Pendatang Tanpa Izin dari segi akses perkhidmatan kesihatan, kebersihan, makanana, pakaian, dan sebagainya?  Apakah langkah yang diambil oleh kementerian untuk menangani masalah kematian dalam Penjara dan pusat Tahanan Pendatang Tanpa Izin?

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme