Pada dua hari yang lalu, Menteri Besar, EXCO-EXCO dan saya meraikan majlis menuai padi di jelapang padi Simpang 5, Sungai Besar, Sabak Bernam. Sultan Sharafuddin mencemar duli berangkat untuk melihat perkembangan penanaman padi di Selangor.
Berita baik bagi semua ialah hasil tanaman padi di Selangor pada 2009 telah meningkat hingga 22% kerana penggunaan teknologi moden dan cara penanaman yang sistematik. Peningkatan hasil padi merupakan salah satu daripada enam fokus pakej perangsang ekonomi Selangor.
Padi keluaran kawasan ini dikatakan paling bagus kualitinya di seluruh Selangor. Menurut ADUN Sekinchan Ng Suue Lim, tanah di kawasan ini mempunyai tahap pH yang rendah, iaitu terlampau berasid dan terlampau berasid tidak baik bagi penanaman padi yang sihat. Oleh itu, sedikit kapur dicampurkan ke dalam tanah agar asid itu dapat dineutralkan sedikit.
Tuanku meninjau proses penanaman padi.
Majlis santapan bersama Tuanku.
Penduduk setempat juga dijemput untuk makan bersama.
Kumpulan kompang dan gendang yang menyambut kedatangan Tuanku Sultan Sharafuddin.
Tuanku melihat pameran proses penanaman padi.
Bersama Dr Rani Othman, ADUN Meru.