Semalam, Pusat Khidmat Kinrara saya telah menganjurkan satu program Periksa Badan Percuma dan Derma Darah di Dewan Serbaguna MPSJ Taman Kinrara Seksyen 1 bagi penduduk setempat.
Pemeriksaan badan dan derma darah bermula seawal 8 pagi. Seramai 168 orang telah menjalani pemeriksaan darah, badan mata dan kadar glukosa dalam darah secara percuma.
Pusat Perubatan Pantai turut membantu dalam menyediakan alatan dan bantuan sokongan untuk mengendalikan program derma darah tersebut.
Saya juga mengambil kesempatan untuk menguji darah saya di Dewan Serbaguna MPSJ Seksyen 1.
Seorang warga emas sedang menjalani pemeriksaan mata.
Kakitangan Pusat Perubatan Pantai sedang mengambil darah daripada seorang penderma.
Dr. Selva (berbaju merah) yang mempunyai klinik di Puchong bertugas sebagai doktor yang memeriksa.
Seramai 13 orang telah menderma darah pada hari itu. Terima kasih kepada semua kerana menjayakan program ini.