It is a real relief for me to be able to deliver my budget speech in Parliament at about 8pm tonight 🙂
You know, it is quite taxing for me to play my role in both Parliament and Selangor State Government during the Parliament sitting. However, I always try my best to wear the two hats do the best for the people.
This morning, after meeting with an investor for breakfast, I was at a hair saloon that is run by my supporter to “do up my hair” (to dye, straighten and cut the fringe of my hair). I spent 4 hours in the saloon, and I managed to type and organise 4 pages of my budget speech. Isn’t this great!
Later, I arrived in Parliament and worked for another one hour plus on my speech. At about 6.30pm, I took a break. Thereafter I had a chat with my former “sparring” BN MP, Ronald Kiandee who is now Deputy Speaker of Parliament. I requested him to allow me to deliver my speech before 9pm tonight as I will be busy with the state government matters from tomorrow, he agreed and he allowed me to do so.
Below is my speech that I “cooked” in the hair saloon:
Ucapan Perbahasan Bajet 2010 Oleh Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh Pada 3 November 2009 di Dewan Rakyat
Datuk yang diPertua, memandangkan saya hanya diberi 20 minit untuk berucap dalam perbahasan bajet 2010, saya ingin terus menumpu kepada isu-isu yang dekat pada hati saya.
1.Pembangunan Teknologi Hijau: Feed-in Tariff Adalah Penting
Datuk yang diPertua, di antara cadangan yang dibentangkan dalam ucapan bajet Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, saya amat bersetuju dengan cadangan kerajaan yang memberi penggalakan dan insentif kepada pelabur teknologi hijau, kerana penggunaan teknologi hijau merupakan ‘trend” atau hala tuju kebanyakan negara di dunia ini sebagai langkah untuk menghadapi krisis tenaga.
Walau bagaimanapun, hanya mewujudkan dana RM1.5 bilion bagi pinjaman syarikat pengeluar teknologi hijau adalah tidak mencukupi, apa yang penting ialah bagi kerajaan untuk mewujudkan satu dana demi menggalakkan penggunaan teknologi hijau dan teknologi yang menggunakan tenaga yang diperbaharui (renewable energy) oleh rakyat Malaysia secara besar-besaran, khususnya “feed-in tariff” (FiT).
Datuk yang diPertua, pada tahun-tahun kebelakangan ini, beberapa syarikat solar dari negara Barat telah melabur berbilion-bilion ringgit untuk menubuhkan kilang fotovoltaic solar di Malaysia. Walau bagaimanapun, produk yang dihasilkan oleh kilang-kilang ini adalah untuk dieksport ke luar negeri tetapi keluaran kilang-kilang ini tidak digunakan oleh penduduk di Malaysia. Sebenarnya, negara kita yang mempunyai sinaran matahari yang kuat memang paling sesuai untuk membangunkan teknologi tenaga solar. Sekiranya kerajaan memberi insentif kepada pelabur asing bidang tenaga diperbaharui dan solar melalui “feed-in tariff”, seperti apa yang diamalkan di negara-negara maju, maka kita sememangnya dapat menarik lebih pelabur asing yang sudi memindah teknologi untuk menubuhkan kilang solar di sini.
Memandangkan simpanan petroleum di Malaysia hanya boleh tahan selama 10 hingga 15 tahun lagi, maka adalah penting bagi kita untuk membangunkan teknologi tenaga yang boleh diperbaharui secara besar-besaran untuk menghadapi cabaran kekurangan petroleum pada masa depan.
Penjana Eletrik Nuklear Bercanggah Dengan Dasar Pembangunan Teknologi Hijau
Datuk yang diPertua, apa yang saya tidak faham ialah, kerajaan kelihatan gagal fokus dalam usaha pembangunan teknologi hijau, kerana kita masih dengar kenyataan kerajaan yang menunjukkan minat untuk mendirikan penjanak kuasa tenaga nuclear, yang mana amat bercanggah dengan dasar untuk membangunkan teknologi hijau.
Walaupun kos eletrik daripada penjanak kuasa nuclear adalah rendah, tetapi sekiranya kita membandingkan kos penjanaan kuasa melalui teknologi solar dan teknologi nuclear, kita akan mendapati bahawa kos pelaburan dalam kedua-dua teknologi ini adalah lebih kurang sama, tetapi dalam jangka panjang, kita akan mendapati pembangunan teknologi solar dan tenaga diperbaharui boleh menghasilkan lebih peluang ekonomi kepada rakyat Malaysia berbanding dengan penjanak kuasa nuklear.
Loji penjanak kuasa nuklear yang melibatkan perbelanjaan yang berpuluh billion ringgit bukan sahaja melibatkan risiko yang tinggi yang memberi kesan negatif dari segi kesihatan, persekitaran, kewangan dan keselamatan negara kepada rakyat Malaysia, ia sebenarnya tidak dapat membuahkan lebih peluang pekerjaan dan peluang ekonomi kepada rakyat-jelata.
Jadi, demi mencapai matlamat ekonomi yang mampan (sustainable economy) dan persekitaran yang mampan (sustainable environment), adalah penting bagi kerajaan untuk memberi lebih galakan dan insentif untuk menerokai penggunaan tenaga boleh diperbaharui yang kurang bahaya kepada manusia, selain daripada solar, kita juga harus menggalakan penggunaan tenaga angin, ombak, geothermal dan biomass.
2. Kerajaan Harus Menambah-baik Infrastruktur di Taman Perindustrian
Datuk yang diPertua, pelaburan terus langsung (FDI) adalah amat penting kepada Malaysia sekiranya kita ingin menjadikan Malaysia sebagai negara maju. Langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menghapuskan kuota bumiputera dalam syarikat yang bersenarai dalam bursa saham Malaysia dialu-alukan oleh komuniti perniagaan, tetapi ini adalah tidak mencukupi, kerajaan seharusnya memberi lebih perhatian kepada pelabur yang membawa masuk pelaburan dan mendirikan kilang di kawasan perindustrian di seluruh negara kita.
Sekiranya kita membandingkan keadaan kawasan perindustrian di Malaysia dengan kawasan perindustrian di Taiwan, China, Singapura, Thailand dan sebagainya, kita akan mendapati bahawa infrastruktur di kawasan perindustrian negara-negara yang berjaya menarik masuk pelaburan ini adalah jauh lebih baik daripada Malaysia. Selain itu, para pelabur ini juga dijaga baik oleh pihak kerajaan di negara-negara tersebut.
Di Selangor, kerajaan negeri Selangor telah menubuhkan Industrial Park Management Committee (IPMC) di banyak kawasan perindustrian untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh para pengilang. IPMC juga membolehkan para pengilang untuk mengadakan hubungan yang lebih rapat dengan pegawai kerajaan tempatan dan pegawai daripada syarikat utility melalui mesyuarat tetap dalam IPMC.
Walau bagaimanapun, banyak kerajaan tempatan di Selangor tidak mempunyai dana yang cukup untuk menambah-baikkan infrastruktur di taman perindustrian di Selangor. Ini menyebabkan banyak kawasan perindustrian menghadapi masalah seperti lubang di jalan raya, lampu jalan yang tidak bernyala, parit-longkang yang pecah dan malah banjir di kawasan perindustrian.
Kerajaan pusat haruslah sedar bahawa para pengilang menyumbang banyak cukai kepada kerajaan pusat, mereka juga merupakan penjana ekonomi Malaysia yang utama, jadi, adalah wajar bagi Kerajaan pusat untuk menjaga kepentingan mereka dengan menyediakan persekitaran yang mesra kepada mereka, termasuk kawasan perindustrian di negeri Kerajaan Pakatan Rakyat.
3. Masalah Kekurangan Pekerja Menjejaskan Usaha Menarik Pelabur
Datuk yang diPertua, salah satu masalah yang merunsingkan para pelabur di Semenanjung Malaysia ialah masalah kekurangan tenaga kerja. Keadaan ini bertambah rumit apabila kementerian sumber manusia mengenakan syarat-syarat yang ketat untuk menghadkan kemasukan pekerja asing ke Malaysia. Dasar baru yang dilaksanakan oleh Kementerian Sumber Manusia ini sebenarnya telah menjejaskan sektor pembuatan dan pengilangan di negara kita, kerana negara kita memang tidak mempunyai pekerja yang mencukupi, khususnya di negeri di Pantai Barat di Semenanjung Malaysia.
Menteri Sumber Manusia menyarankan para pengilang untuk menaikkan gaji pekerja sebagai langkah untuk menarik pekerja tempatan untuk bekerja dengan mereka dalam jawapan lisan yang diberi oleh beliau kepada soalan saya.
Di sini, saya ingin memberitahu Menteri Sumber Manusia bahawa para pengilang di Selangor, khususnya pelabur asing memang tidak mengeksploitasi pekerja mereka. Saya ingin memberi satu contoh, sebuah kilang eletronik dari Jepun ingin menubuhkan kilangnya di Bangi, jumlah gaji yang ditawarkan kepada pekerja tempatan ialah RM1,400, iaitu gaji yang munasabah. Kilang tersebut memerlukan 800 pekerja dalam peringkat awal dan mereka perlu 2000 pekerja dalam fasa akhir. Kerajaan Negeri Selangor cuba membantu pelabur Jepun ini untuk mencari pekerja tempatan, kami memanggil satu perjumpaan di antara ketua kampong, ahli majlis kerajaan tempatan dan gurubesar sekolah dengan pihak pelabur asing, tetapi kesalnya, segala usaha ini tidak mendatangkan hasil dan kita memang gagal membekal 800 pekerja tempatan kepada pelabur ini sehingga hari ini.
Saya berpendapat Kementerian Sumber Manusia menjalankan dasar pembekuan pekerja asing secara terburu-buru, tanpa berkoordinasi dengan pihak MIDA (Malaysian Industrial Development Authority), Kesatuan Pengilang Malaysia ataupun FMM dan malah persatuan usahawan IKS.
Kementerian Sumber Manusia memang telah gagal mengiktiraf fakta bahawa warga Malaysia, khususnya mereka dari pantai barat di Semenanjung Malaysia memang tidak suka bekerja dalam kilang, dan ramai pekerja Malaysia memang mempunyai masalah sikap bekerja. Untuk makluman Kementerian Sumber Manusia, database kementerian mengenai penganggur memang tidak tepat dan kementerian kelihatan tidak memperbaharui database nya, ramai penganggur yang berdaftar dengan pihak kementerian sebenarnya telah mendapat kerja dan kebanyakan mereka tidak hadir temuramah apabila dipanggil oleh pihak pengilang.
Saya menyeru pihak Kementerian Sumber Manusia mengadakan kajian yang lebih menyeluruh terhadap keadaan peluang pekerjaan di setiap negeri sebelum melancarkan apa-apa dasar berkenaan dengan pekerja pada masa yang akan datang.
4. Latihan Sumber Manusia Dalam Bidang Teknologi Tenaga Diperbaharui dan Perkhidmatan Penjagaan Perubatan Adalah Penting
Datuk yang diPertua, peningkatan kemahiran sumber manusia di negara kita merupakan satu usaha yang amat penting sekiranya kita ingin menarik lebih pelabur asing ke negara kita.
Saya bersetuju peruntukan yang diberi dalam menaiktaraf kemahiran sumber manusia yang terkandung dalam bajet ini, dan saya juga sokong cadangan kerajaan untuk mengiktiraf Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 4 dan ke atas supaya setaraf dengan aliran akademik, kerana menurut kajian, hanya 20% daripada jumlah penduduk di Malaysia yang berkelayakan masuk ke universiti atau kolej. Jesteru itu, adalah penting bagi kerajaan untuk membangunkan 80% penduduk yang tidak upaya masuk ke menara gading.
Saya setuju dengan cadangan kerajaan untuk memberi insentif kepada pelabur dalam pelancongan kesihatan yang termaktub dalam bajet ini, walau bagaimanapun, adalah penting bagi institut latihan sumber manusia yang ditaja oleh kerajaan untuk mengadakan lebih kursus yang berkaitan dengan perkhidmatan penjagaan perubatan ataupun “medical care”, supaya lebih warga Malaysia yang terlatih untuk berkhidmat dalam bidang pelancongan kesihatan.
Selain itu, saya juga cadangkan institut latihan kemahiran sumber manusia ini mengadakan kursus berkenaan dengan kemahiran teknologi solar ataupun teknologi tenaga yang diperbaharui memandangkan bidang ini merupakan hala tuju negara kita.
5. Pemberian Pemastautin Tetap Kepada Warga Asing Yang Mempunyai Kemahiran dan Menyumbang Kepada Ekonomi Negara Adalah Wajar
Datuk yang diPertua, saya menyambut baik tentang kerajaan akan mempercepatkan penganugerahan status pemastautin tetap kepada warga asing yang memberi sumbangan ekonomi dan sumbangan kemahiran kepada negara kita.
Selama ini, kerajaan selalu menganggap kerakyatan Malaysia sebagai satu “hadiah” yang jarang diberikan kepada orang asing. Tibalah masanya bagi kita untuk mengubah fikiran ini kerana kita berada dalam era globalisasi yang melibatkan persaingan yang sengit di antara negara-negara di dunia ini. Globalisasi juga bermaksud bahawa masyarakat di seluruh dunia ini akan menjadi masyarakat majmuk. Jesteru itu, saya menyokong cadangan kerajaan untuk memberi taraf pemastautin tetap (PR) kepada orang asing yang berbakat dan berkemahiran tinggi, kerana ini memang merupakan dasar yang telah lama dilaksanakan oleh banyak negara maju.
Syarat Dalam Kelulusan Pemastautin Tetap Adalah Tidak Munasabah
Sehubungan dengan itu, saya ingin menyeru kerajaan untuk mengkaji semula syarat-syarat yang dikenakan pada pemohon pemastautin tetap. Seorang pemastautin tetap dari negara asing menunjukkan surat kelulusan permohonan pemastautin tetap kepada saya di mana surat itu melarang beliau untuk menganggotai apa-apa parti politik, dan beliau juga tidak dibenarkan untuk menyertai mana-mana pertubuhan yang mengkritik atau menentang kerajaan. Syarat ini adalah amat tidak munasabah dan bertentangan dengan hak asasi manusia. Syarat yang termaktub dalam surat kelulusan kewarganegaraan ini sebenarnya memberi imej negara yang buruk kepada orang asing dan masyarakat antarabangsa.
6. Masalah Berkenaan Dengan Halal Development Corporation (HDC)
Datuk yang diPertua, saya setuju tentang cadangan kerajaan yang meletakkan Halal Development Corporation (HDC) di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian. Pemindahan tersebut akan memudahkan usaha Kementerian untuk menarik pelaburan dalam industri halal.
Namun begitu, saya ingin menyampaikan kekecewaan saya terhadap sikap yang ditunjukkan oleh pemimpin HDC juga. Saya telah cuba membuat temujanji dengan pemimpin utama HDC sejak saya pulang daripada misi pelaburan ke Shenyang, Negeri China pada 1 Ogos tahun ini kerana saya ingin mendengar penjelasan daripada mereka tentang aduan pelabur produk halal di Shenyang, China, tetapi saya hanya dapat peluang untuk berjumpa dengan CEO HDC pada 24 November tahun ini.
Pihak kerajaan tempatan dan syarikat yang berminat untuk melabur dalam industri halal di Shenyang melaporkan kepada saya bahawa pemimpin HDC telah berjanji untuk datang ke Shenyang pada tahun lepas untuk membincangkan kursus pengurusan makanan halal dan usaha sama di antara pihak Shenyang dengan Malaysia. Pihak Shenyang amat mementingkan kerjasama ini dan mereka telah membuat semua persediaan untuk memberi sambutan red carpet kepada pemimpin HDC, tetapi kesalnya, pemimpin HDC tersebut tidak hadir langsung dalam mesyuarat yang ditetapkan tersebut. Perkara ini memang telah menjatuhkan namabaik Malaysia di Shenyang dan di Negara China. Saya berharap pihak MIDA dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian boleh mengambil berat tentang sungutan pelabur asing yang berminat untuk melabur dalam bidang industri halal dan mengkaji semula peranan HDC tersebut.
7. PDRM Gagal Untuk Menangani Peningkatan Jenayah
Datuk yang diPertua, kadar jenayah yang tinggi di Malaysia telah menjadi satu perkara yang amat diprihatin oleh rakyat-jelata di Malaysia, dan ia telahpun menjadi satu halangan bagi pelabur asing untuk masuk melabur di Malaysia.
Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Kementerian Dalam Negeri dalam laman webnya pada Julai tahun ini, 97% orang merasa tidak selamat disebabkan oleh kadar jenayah yang tinggi. Hanya 1% yang jawab bahawa mereka merasa selamat dan 2% jawab “tidak pasti”. Respons ini jelas menunjukkan bahawa rakyat Malaysia memang berasa tidak selamat di negara kita sendiri.
Ramai rakyat Malaysia memang berpegang pandangan yang sama dengan saya, iaitu kita tidak tahu kenapakah jawatan Ketua Polis Negara yang mempunyai rekod yang tidak memuaskan di samping gagal menangani kadar jenayah yang melambung naik disambungkan jawatannya satu tahun lagi.
Di sini, saya ingin mengambil satu contoh mengenai laporan polis yang dibuat oleh saya berkenaan mesej ugutan mati dalam blog saya pada 1 Oktober tahun ini. Saya tidak tahu apa yang telah dilakukan oleh polis selama ini kerana saya tidak menerima apa-apa maklumbalas daripada pihak polis.
Sehubungan dengan ini, YB Rodziah Ismail, ADUN Batu Tiga yang pernah menghadapi ugutan rogol dalam satu perjumpaan dengan penduduk di Shah Alam yang membantah pemindahan kuil Hindu. Beliau telah membuat laporan polis tentang ugutan rogol tersebut dan beliau malah mempunyai kelip video yang boleh dijadikan bukti, tetapi kesalnya, laporan polis beliau juga tidak diambil tindakan oleh pihak polis.
Apakah ini menunjukkan bahawa laporan polis tidak diambil berat oleh pihak polis? Sekiranya laporan polis wakil rakyat seperti kami yang menghadapi ugutan mati dan ugutan rogol tidak dipeduli oleh pihak polis, macam manakah dengan laporan polis yang dibuat oleh orang ramai? Bagaimanakah Ketua Polis Negara sanggup menurunkan kadar jenayah 20% dalam satu tahun sebagaimana yang dijanji oleh beliau selepas kontraknya disambungkan satu tahun pada beberapa bulan yang lepas?
8. Parlimen Harus Menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Tentang Pembelian Senjata dan Peralatan Peperangan Kementerian Pertahanan
Datuk yang diPertua, dalam persidangan parlimen kali ini, soalan pertanyaan lisan saya telah ditolak oleh YB Tuan Yang Dipertua.
Soalan lisan saya tersebut adalah menanya Menteri Pertahanan untuk menyatakan kos dan jenis peralatan peperangan atau senjata yang dibeli oleh Kementerian sejak 5 tahun yang lepas, dan minta Kementerian menerangkan jumlah kos kapal selam yang dibeli oleh Kerajaan dan ciri-ciri unik kapal selam tersebut berbanding dengan model kapal selam negara jiran di rantau Asia.
Alasan penolakan YB Tuan yang diPertua ke atas soalan lisan saya ialah bahawa ini adalah perkara rahsia.
Bagi saya, alasan ini tidak boleh diterima langsung kerana pembelian peralatan perang, senjata dan kapal selam melibatkan berjuta-juta ringgit wang cukai rakyat. Maklumat ini tidak harus disembunyikan. Rakyat mempunyai hak untuk tahu bagaimana wang cukai mereka dibelanjakan.
Parlimen di banyak negara maju memang mempunyai jawatankuasa pilihan khas yang khusus dalam pembelian peralatan peperangan dan senjata, jawatankuasa pilihan khas tersebut memberi peluang kepada Ahli Parlimen untuk menyertai pembuatan keputusan pembelian senjata untuk memastikan senjata yang dibeli itu adalah munasabah dan transaksi itu dijalankan secara telus.
Saya mencadangkan supaya Parlimen Malaysia juga menubuhkan jawatankuasa pilihan khas berkenaan dengan pembelian senjata dan peralatan perang supaya para Ahli Parlimen kita boleh memantau samada segala pembelian dalam Kementerian Pertahanan.
Teresa Kok
very long but good argument
“saya amat bersetuju dengan cadangan kerajaan” that itself shows the objectivity in you, unless BN folks who according to Najib during Sharir Samad’s case where he declared BN MPs cannot vote in accordance with his conscience hence by extension, if a rakyat disagree with the PM, his MP has to tell the voter to shut up and be quiet.
I am now working in a foreign country where international talents come and go freely. I can observe first hand the diversity, depth of resource and the multiplier effect
UMNO, in order to preserve its political dominance, will not be able to cope with this environment, a key ingredient in really creating high value jobs that Najib spoke of in his budget speech.
YB Teresa,
I totally agreed with you on issued no 3. Masalah Kekurangan Pekerja Menjejaskan Usaha Menarik Pelabur.
Actually most of the electronics factory in Malaysia especially central of M’sia is not enough workers.Mosts of the factory unable to compete or enough output as they plan.I know that they are giving a reasonable salary for factory operator BUT as I know most of the Malaysian don’t want work in the factory as they complain no freedom,got shift or boring.
I think salary is not the main issues here,the main issue here is we Malaysian are LAZY to work especially the younger ppl.I think become Mat Rempit is their wish.
I think our government should educate the people,if money can solve the problem,then that is not a problem,right.
Another issue on item no.7. PDRM Gagal Untuk Menangani Peningkatan Jenayah
Tell the TRUTH,we rakyat TOTALLY NO CONFIDENCE to our PDRM.PDRM only will protect the rich ppl not ppl like us.I been staying in my place for 20 years,can said I nvr see police around.I only see when Chinese New Year,when somebody play with fireworks.Our police is so RAJIN to go around,that’s all I know.
Somemore,Malaysia Police Force only follow our High Posts Governement ppl around.1 menteri go from 1 place,they will follow and atleats 4 traffic police around and not included some other special police force at behind following them.
This what our rakyat think about our PDRM…
We are staying in BolehLand
“I spent 4 hours in the saloon, and I managed to type and organise 4 pages of my budget speech. Isn’t this great!”
You are very funny YB!
Old men said, as you work hard, you won’t die of hunger in Malaysia! Yes! Definitely easy to find job in Malaysia, but the matter here is, how much is the salary? In the job market today, all kind of bosses are so smart, they always keeping the same one word on lips “The economy is very bad now, everything slow down, we can’t afford too high salary, but hope you can bear with us…”. Everybody know to find excuses, included you and me, even small kids, as well the less educated general worker. “Why I must work hard, have to get scold by bosses, to compete with the foreign workers, and, to earn as low as RM800 in a month? If I daring, why I must work in the factory or hypermarket?” Dear all, these are the reasons why these days so many criminal cases had happened around the corner. My colleague at Old Klang Road names Intan just got robbed months ago, the 2 bastard grab away her handphone and use those ‘Rambo’ kind of survival knife cut her neck before they ran away! The clinic doctor told us that cut almost got her artery tube! MEN! She is just a girl, why must do this to her? You see, how horrible when someone jobless or suffer in poor! I totally not agree that government bring in more and more foreign workers, what will happened to us later? We all go out and rob? I believe in a WISE SYSTEM! The government can strictly compulsory that every healthy Malaysian, who had finished education must apply at lease one job! “Whoever jobless must come to the job registration office every week, our government want your explanation or else we will get you a job.” Take serious action please, but not just by phone call and later habis cerita… Please government! Do something for our society to ensure our better living to the future, safety and free from the criminal, as we are always proud to be Malaysian, not to be MALASian!
What about a Dr Porntip look? Without saying a word..you’d get all the BN MPs and the speakers on a knot!! And the speaker cannot shut your constant reminder by shutting up your mike can he?