Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Rumah terbuka Aidilfitri JKP Zon 4 di Subang Jaya

Posted on Thursday, 29-10-2009Wednesday, 28-10-2009 by -ec-

Dari rumah terbuka Pakatan Rakyat di Puchong Perdana, saya terus ke majlis rumah terbuka JKP (Jawatankuasa Penduduk) Zon 4 di Subang Jaya pula. Saya telah dijemput hadir oleh Ahli Majlis Zon 4 iaitu Encik Roslan Shahir Bin Datuk Mohd Shahir (PAS).  Sebagai nama singkatan, kami biasa memanggilnya Roslan SMS.

DSC05827 small

Yang berbaju kuning ialah Roslan SMS. Yang berbaju putih ialah Rajiv Rishyakaran, Ahli Majlis Subang Jaya Zon 3.

Di dalam ucapan saya, saya memuji Roslan SMS kerana sebagai Ahli Majlis dari parti PAS, dia telah menunjukkan bahawa PAS mengamalkan apa yang mereka laungkan iaitu “PAS untuk Semua”. Saya juga komen bahawa di dalam persidangan UMNO baru-baru ini, pemimpin mereka tidak ada membangkitkan “racial slur” seperti tindakan menghunus keris pada tahun-tahun yang lepas. Saya percaya bahawa pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor yang jelas adil dan tidak memihak kepada mana-mana kaum telah memaksa Barisan Nasional dan UMNO untuk menghentikan laungan perkauman mereka.

Contoh yang paling baik, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah memperkenalkan dasar “Merakyatkan Ekonomi Selangor” untuk membantu penduduk Selangor dengan program seperti Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), Mesra Usia Emas, dan Hadiah Anak Masuk Universiti dan banyak lagi.

DSC05824 small

Saya kagum dengan acara tarian pelbagai kaum yang dipersembahkan di rumah terbuka itu. Saya menyeru orang ramai supaya kita semua bersama-sama menyambut perayaan semua kaum supaya kita dapat lebih memahami dan menghayati kepercayaan, cara pemikiran dan budaya masing-masing. Barulah kita dapat memanggil diri kita sebagai orang Malaysia.

DSC05830 small

Kami juga telah memberikan duit raya kepada kanak-kanak. Cuma 300 keping “duit raya” yang telah disediakan jadi minta maaf, mereka yang datang lewat terpaksa ketinggalan.

DSC05822 small

Terima kasih kepada JKP Zon 4 atas sambutan bersama penduduk yang meriah sekali.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石
  • Press statement by Teresa Kok, MP for Seputeh on 12 March 2026: An RCI Is the Test of Madani’s Commitment to Transparency
  • KENYATAAN MEDIA OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH (12 MAC 2026): RCI Adalah Ujian Komitmen Kerajaan Madani Terhadap Ketelusan
  • 郭素沁呼吁反贪会调查前经济部长助理蔡镇燊的方式 应避免陷“舆论公审”

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme