The people of Kg Bersatu presented memo to the Menteri Besar of Selangor. The content of their memo is as follow:
=================================================
14 Mangsa Skandal Penipuan Tanah di Kg Bersatu, Puchong
23 Februari 2008
Daripada
Ho Wai Fun
No Kad Pengenalan: 630818-10-6968
Alamat: 31, Jalan Prima 3/6, Taman Puchong Prima. 47100 Puchong.
Tel: 016-978 6588
Kepada
YAB Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo
Menteri Besar Selangor.
Dengan Tangan
YAB Datuk Seri,
Memorandum Meminta YAB Melucutkan Pencalonan 2 Calon DUN di Puchong
Merujuk kepada perkara di atas, saya bagi pihak 14 tuan rumah yang bersedia mengambil tindakan untuk mempertahankan hak kami terhadap rumah kami yang dirobohkan di Kg Bersatu, Puchong pada Ogos 2005, ingin membentangkan kepada YAB tentang masalah yang dihadapi oleh kami yang disebabkan oleh dua orang bekas ADUN BN di Puchon g, iaitu Dato’ Hj. Mohamad Satim Diman, bekas ADUN bagi Seri Serdang dan Dr Kow Dr. Kow Cheong Wei, ADUN bagi Kinrara.
Latar belakang masalah kami adalah seperti berikut:
Tarikh Peristiwa
Mei 2005 –> 48 rumahtangga di Kg Bersatu terima surat yang dikeluarkan oleh Pejabat Daerah/Tanah Petaling yang mengatakan bahawa rumah kami terlibat dalam program penempatan semula setinggan Kg Tun Razak.
Penduduk di 48 rumah yang terlibat pun menandatangi surat persetujuan untuk mengosongkan tapak. Para tuanpunya rumah dijanjikan sekeping tanah kediaman di Puchong Prima sebagai pampasan. (Lampiran 1)
Perjanjian ini ditandatangani setelah kami diugut oleh En. So Ah Kau @ So Meng Chong (Arthur So, beliau adalah Pengerusi MCA Cawangan Kg Bersatu / de facto Ketua Kempung). Beliau berkata jika kami tidak berpindah, kami tidak akan diberi apa-apa pampasan selepas rumah dirobohkan.
Ramai penduduk di 48 rumah kediaman ini pun terpaksa menandatangani perjanjian tersebut di bawah ugutan ini. Walau bagaimanapun, 2 tuanpunya rumah enggan menandatangani perjanjian ini, mereka adalah:
i) Shanmugam a/l Munisamy (No kad pengenalan: 530226-10-5285, Alamat asal: S101, Lorong 2, Kg Bersatu);
ii) Cheong Wai Kwok (No kad pengenalan: 560508-10-6291, Alamat asal: S621, Lorong 9, Kg Bersatu).
Julai 2005 –> Penduduk daripada 48 rumah terlibat minta Dr. Kow Cheong Wai (ADUN Kinrara) untuk menangguhkan pengosongan rumah. Beliau bersetuju untuk membantu kami untuk memohon penangguhan 2 tahun lagi, tetapi janjinya tidak ditunaikan.
Ogos 2005 –> Ketua Cawangan MCA Kg Bersatu, En. So Ah Kau @ So Meng Chong (Arthur So) memberi kami tempoh seminggu untuk berpindah. Beliau berkata rumah kami akan dirobohkan sekiranya kami tidak berpindah. Seminggu kemudian, bekalan elektrik dan air rumah kami dipotong.
Mei 2007 –> Penduduk daripada 40 unit rumah ini menerima geran hak milik sementara tanah pampasan. (Lampiran 2)
Ketidakpuasan kami sebagai 48 tuan rumah yang rumah dirobohkan ialah:
1) Rumah kami dirobohkan atas nama Kg Tun Razak padahal rumah kami berada di Kg. Bersatu. Ini dibuktikan oleh alamat kami yang tercetak dalam bil cukai taksiran (cukai pintu) selama ini, di mana alamat kami selama ini adalah Kg Bersatu, dan bukannya Kg Tun Razak. (Lampiran 3)
Kami masih menerima bil cukai taksiran daripada MPSJ sehingga hari ini dan alamat yang termaktub dalam bil cukai taksiran MPSJ ini adalah Kg Bersatu. Ini menunjukkan dalam rekod MPSJ, alamat rumah lama kami ialah Kg Bersatu, dan rumah kami tidak pernah dirobohkan dalam data MPSJ. Apakah ini menunjukkan 48 rumah kami ini telah dirobohkan secara tidak sah?
2) Selepas kami menandatangani perjanjian dengan syarikat pamaju Jenbina Sdn Bhd, kami baru diberitahu bahawa Kerajaan Selangor telah meluluskan penstrukturan Kg Bersatu di mana semua tuan rumah di Kg.Bersatu akan diberi geran pada Mac 2005. Walau bagaimanapun, Pengerusi Cawangan MCA Kg Bersatu Arthur So, ADUN Dr Kow Cheong Wai dan ADUN Dato Hj Satim Diman tidak memaklumkan kami semasa kami diminta untuk berpindah dan menandatangi perjanjian dengan Jenbina dalam tahun 2005. Mereka telah menyalah-bimbing kami untuk berpindah dari tapak asal kami.
Apa yang menghairankan kami ialah, di ruang tanah rumah lama kami di Kg Bersatu selepas kami berpindah, terwujudnya 6 lot tanah diberi geran, iaitu No PT 77047, PT 77048, PT 77049, PR 77050, PT 77051 dan PT 77052. Kenapakah lot tanah yang bergeran yang baru boleh dikeluarkan oleh Pejabat Daerah/ Tanah Petaling di tapak yang kami pernah bermastautin? Kenapakah 6 lot tanah bergeran tersebut dimiliki oleh pemegang yang baru dan bukannya di bawah nama tuanpunya rumah yang asal di tapak berkenaan? Bukankah ini merupakan penipuan bagi pihak authority berkenaan? (Lampiran 4)
3) Bagi 2 tuanpunya rumah (Shanmugam a/l Munisamy dan Cheong Wai Kwok) yang tidak menandatangani surat perjanjian dengan Jenbina, mereka tidak diberi pampasan tanah oleh Jenbina Sdn Bhd. Walau bagaimanapun, mengikut surat yang difakskan oleh Pejabat Daerah/ Tanah kepada peguam 14 tuanpunya rumah yang rumah mereka dirobohkan, iaitu Richard Tee & Co, Shanmugam a/l Muniasamy diberi tanah PT46625 dan Cheong Wai Kwok diberi tanah PT 46671 di Puchong Prima. (Lampiran 5)
Apabila kami membuat carian (search) di Pejabat Daerah/Tanah Selangor, kami mendapati PT46671 sebenarnya dipegang oleh So Way Xiang (No Kad Pengenalan: 830930-10-5937). Alamat So Way Xiang ialah S699, Lorong 8, Kg Bersatu, Batu 13, Puchong. 47100 Puchong. Alamat ini langsung tidak wujud dalam Kg Bersatu. Selain itu, So Way Xiang ialah anak kepada Arthur So, Ketua Cawangan MCA Kg Bersatu. Ini menunjukkan bahawa Arthur So telah menyalahgunakan kuasanya untuk mengambil-alih lot tanah pampasan yang sepatutnya diberi kepada Cheong Wai Kwok untuk anaknya sendiri. (Lampiran 6)
4) Sebelum penstrukturan Kg Bersatu diadakan, kampong kami hanya mempunyai 192 unit rumah sahaja. Kami tidak faham kenapakah terwujudnya 235 unit rumah dalam pelan juru ukur Kg Bersatu selepas penstrukturan diadakan? Penambahan 43 unit geran rumah ini juga bermaksud sesetengah rumah dipaksa untuk diperkecilkan saiznya demi pengwujudan 43 unit yang baru. Apa yang anih ialah, sebelum pelan juru ukur ini diwartakan, kami mendapati kesemua 43 unit geran ini telah mempunyai pemilik baru semasa kami membuat carian di Pejabat Daerah/ Tanah Petaling. Soalannya ialah, siapakah yang memberi kuasa kepada pihak tertentu untuk meluluskan geran kepada 43 unit pemilik baru ini? Apakah kriteria pemberian geran kepada semua pemilik baru geran di Kg Bersatu ini? (Rujuk kepada pelan asal Kg Bersatu dan pelan baru Kg Bersatu di bawah syarikat Jurukur Teguh)
5) Dalam surat perjanjian yang dimeterai oleh 48 tuanpunya rumah dengan Jenbina Sdn Bhd yang bertarikh 13 Mei 2005, surat itu menyatakan bahawa lot-lot kediaman yang dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur akan diberikan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh Akujanji ditandatangani (rujuk Lampiran 1). Tetapi kesalnya, tanah lot pampasan tersebut masih belum diserahkan kepada kami sehingga hari ini. Selain itu, tapak kediaman lama kami di Kg Bersatu telah terbiar dan ia tidak digunakan oleh pamaju Jenbina Sdn Bhd untuk membina pembetungan untuk projek pembangunan di Kg Tun Razak sebagaimana yang dijanjikan.
Saya dan 47 tuan rumah yang lain yang di Kg Bersatu yang dipaksa berpindah merasa kami telah ditipu dan disalah-bimbing oleh dua orang bekas ADUN di Puchong tersebut. Kami amat marah dengan sikap kedua-dua mereka yang menyimpan maklumat tentang keputusan kerajaan Negeri Selangor untuk memberi geran kepada semua tuan punya rumah di Kg Bersatu dan memujuk kami berpindah dalam tahun 2005?
Memandangkan kedua-dua mereka akan bertanding dalam Pilihan Raya 2008 ini, memandangkan YAB Dato’ Seri telah berjanji kepada orang ramai bahawa kerajaan BN akan melantik orang yang bersih rekodnya untuk menjadi calon BN di Negeri Selangor, jadi saya bagi pihak 14 tuan rumah di Kg Bersatu ingin meminta Dato’ Seri untuk mempertimbangkan semula pencalonan mereka dalam Pilihan Raya 2008, kerana kami berpendapat kedua-dua mereka tidak layak untuk menjadi wakil rakyat kami di Puchong.
Kami amat sudi bertemu Dato’ Seri dan memberi kenyataan yang lebih lanjut tentang masalah yang berlaku di Kg Bersatu, Puchong ini.
Sekian, terima kasih.
_______________________
Ho Wai Fun
1 thought on “Mangsa Penipuan Tanah di Kg Bersatu Minta Menteri Besar Selangor Menafikan 2 Bekas ADUN Untuk Menjadi Calon DUN BN di Puchong”
Comments are closed.