Pada Sabtu yang lalu, saya telah ke Flat PPR (Program Perumahan Rakyat) di Salak Selatan untuk merayakan Deepavali, Perayaan Tanglung dan Hari Raya Aidilfitri bersama penduduk di situ.
Kami juga telah mengagihkan beg-beg yang berisi makanan keperluan harian kepada penduduk yang memerlukannya.
Aktiviti komuniti sebegini memang bagus untuk memupuk perpaduan dan semangat kejiranan antara penduduk, tanpa mengira kaum atau kepercayaan.