Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Sinar Harian, “Derita 10 tahun penduduk berakhir”, 13 September 2009

Posted on Wednesday, 16-09-2009Wednesday, 16-09-2009 by -ec-

derita 10 tahun penduduk berakhir

PUCHONG – Masalah bau busuk yang menghantui kira-kira 1,500 penduduk di Pangsapuri Taman Kinrara Seksyen 2, di sini sejak 10 tahun lalu bakal berakhir apabila parit monsun yang dikatakan menjadi punca bau terbabit bakal ditutup dengan lapisan besi khas…

Ahi Dewan negeri (ADUN) Kinrara, Teresa Kok Suh Sim, ketika mengadakan tinjauan melihat kerja pemasangan penutup di parit berkenaan berkata, beliau sudah beberapa kali menerima aduan penduduk…

Menurutnya, melalui peruntukan RM1 juta yang diberi Kerajaan Negeri bagi membaiki prasarana di DUN Kinrara, sejumlah wang berkenaan digunakan bagi tujuan itu.

Keratan akhbar ini melaporkan lawatan tapak yang telah saya jalankan ke kawasan Pangsapuri Taman Kinrara pada pagi Sabtu yang lalu.

Turut melawat bersama saya ialah Gary Chong, pembantu khas saya di Pusat Khidmat DUN Kinrara dan Encik Arifuddin Kamari, jurutera dari MPSJ. Encik Gary telah bekerjasama dengan Encik Arifuddin untuk meninjau kawasan Kinrara dan mengenal pasti di mana infrastruktur perlu dibaik pulih atau pun dipertingkatkan bagi kebaikan penduduk setempat.

Kami telah membelanjakan RM160,000 dari bajet RM1 juta kami untuk menutup parit monsun yang 110m panjang, 6m lebar dan 2.5m dalam untuk mencegah bau busuk dari mengganggu kesejatheraan hidup penduduk Taman Kinrara.

Di samping itu, RM200,000 juga telah digunakan untuk menurap kembali jalan di Taman Kinrara 2 bagi kemudahan penduduk di sana dan juga kilang-kilang di situ.

Encik Mohan, setiausaha persatuan penduduk di situ memuji kerajaan Selangor kita sekarang kerana mengambil tindakan menyelesaikan masalah bau busuk itu yang telah melanda kawasan perumahan mereka selama sedekad.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石
  • Press statement by Teresa Kok, MP for Seputeh on 12 March 2026: An RCI Is the Test of Madani’s Commitment to Transparency
  • KENYATAAN MEDIA OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH (12 MAC 2026): RCI Adalah Ujian Komitmen Kerajaan Madani Terhadap Ketelusan
  • 郭素沁呼吁反贪会调查前经济部长助理蔡镇燊的方式 应避免陷“舆论公审”

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme