Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Ahli DAP Melayu menolak kenyataan Noh Omar yang mengutuk mereka tidak mengenang jasa

Posted on Wednesday, 16-09-2009Wednesday, 16-09-2009 by -ec-

NohOmar

Noh Omar, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor

Semalam, Encik Haron Abdal Wahab (berbaju ungu) pengasas cawangan DAP Kampung Lembah Kinrara,  dan ahli-ahli DAP secawangan mengadakan press conference untuk menolak sekeras-kerasnya kenyataan Noh Omar, Menteri Petanian dan Industri Asas Tani dan juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, yang mengutuk orang Melayu yang menyertai DAP sebagai orang yang tidak mengenang jasa. Kenyataan Noh Omar diterbitkan di dalam Sinar Harian beberapa hari yang lalu.

P9150189 small

Encik Haron (berbaju ungu), pengasas cawangan DAP, membantah kenyataan Noh Omar

Encik Haron memberitahu pemberita bahawa mereka bukannya tidak kenang jasa tetapi hakikatnya, sebelum pilihanraya Mac 8, 2008, dia tidak pernah melihat wakil rakyat Barisan Nasional masuk ke kampung mereka. Tetapi semenjak mereka mengundi saya menjadi ADUN Kinrara mereka, dia berkata dia dapat melihat bahawa DAP mengambil berat terhadap mereka dan selalu datang untuk membantu mereka.

DSC04849 small

Oleh itu, dia telah membuat keputusan mengasaskan DAP cawangan Kampung Lembah Kinrara.

Menurutnya, “Bukan mudah bagi orang Melayu masuk DAP, tetapi saya berjaya kutip 50 orang untuk menjadi ahli untuk mendirikan cawangan Kampung Lembah Kinrara.”

Dia juga memberitahu pemberita bahawa dia merancang untuk nak rekruit lebih ramai ahli lagi selepas raya.

P9150186 small

Ahli-ahli DAP cawangan Kampung Lembah Kinrara menunjukkan kad keahlian mereka.

Encik Ibrahim (yang duduk di sebelah kanan), seorang lagi ahli DAP cawangan tersebut, memberitahu pemberita bahawa dia telah melihat terlampau banyak propaganda Barisan Nasional yang mengutuk DAP tetapi dia dapat lihat dengan matanya sendiri bahawa saya banyak membantu di kampungnya. Oleh sebab itulah dia tidak was-was menyokong DAP sebagai seorang ahli.

Terima kasih kepada semua penduduk kawasan DUN Kinrara kerana memberi amanah kepada saya untuk mewakili anda semua.

9 thoughts on “Ahli DAP Melayu menolak kenyataan Noh Omar yang mengutuk mereka tidak mengenang jasa”

  1. Eddie Liow says:
    Wednesday, 16-09-2009 at 15: 46.55

    Wakil BN hanya pergi minum teh di cafe’ hotel 5 bintang, mana dia org mau pergi kampung yang berakhir dgn mandi peluh.

  2. 4RAKYAT says:
    Wednesday, 16-09-2009 at 17: 51.48

    minta noh omar si-racist tu pergi fly kite!!

    selamat berjuang kpd saudara2 baru dap 🙂

    4RAKYAT

  3. sue22 says:
    Wednesday, 16-09-2009 at 18: 29.07

    Orang BN lah sebenarnya yang tidak mengenang jasa rakyat yang mengundi mereka.

  4. iVan says:
    Wednesday, 16-09-2009 at 23: 30.46

    Hi YB – I have been following your progress and I am very glad that you are doing the right things for the people. Rakyat needs their wakil to walk the talk and assimilate themselves into the community to literally put “yrself into their shoes”. Kudos. Keep up the great work….

  5. 4RAKYAT says:
    Wednesday, 16-09-2009 at 23: 44.09

    no need to go on with this ‘kenang mengenang’ between rakyat and ‘leaders’.

    leaders are there to do a job. that is to take care of the country. it is the bare minimum.

    all this ‘kenang mengenang’ will only cloud the issue — service to the rakyat.

    pemimpin = digaji oleh rakyat. jadi, shut up and do your job. i dont owe my boss anything. i do my job. he pays me. i feed my family.

    4RAKYAT

  6. ylwong says:
    Thursday, 17-09-2009 at 03: 31.21

    Why I still see Abdullah’s photo in one of the above photos? Why never change to Najib de?

  7. tommycol says:
    Friday, 18-09-2009 at 19: 53.33

    Syabas & terima kasih kepada ahli-ahli cawangan DAP
    Kg LEMBAH KINRARA kerana KAMU telah menunjukan cara dan ARAH ke PERUBAHAN yang POSITIF .
    Kita tak boleh lagi menerima mentality RACIST yang akan menghancurkan kaum2 yang selama ini hidup tanpa masalah kecuali bilangan kecil yang telah diperalatkan oleh parti2 politik untuk agenda2 sendiri.
    Saya juga harap akan ada lebih rakyat yang boleh ambil langkah yang seberani kamu .SYABAS & TERUS BERJUANG BERSAMA demi RAKYAT & NEGARA .
    SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI KEPADA SEMUA .

  8. sad_klguy says:
    Saturday, 26-09-2009 at 17: 52.56

    Why they all keep saying MENGENANG BUDI punya pasal.

    Yes,we all know before that BN MAYBE is helping alot of ppl and fighting for the better economy for Malaysia but that is a HISTORY now..

    BUT nowdays the party already corrurpted,do u think we still need to supports them.

    In one day,if BN is for RAKYAT,yes we MAYBE again will vote for you.

    Mengenang Budi atau TIDAK mengenang budi is no relevant now.Now we rakyat want better MALAYSIA which is safe,better economy and most important is Harmony ( Non Racists )..

  9. Pejuang Hidup says:
    Friday, 09-10-2009 at 04: 10.45

    Salam…

    Ala.. Sokong mana pun sama gak.. Ada pernah nasik kat umah takde, ADUN mana2 parti nak tanya.. Sendiri carilah.. Aku tgk makin teruk kat Selangor nie.. Aku ingat nak pindah kat Negeri Sembilan. Baru beli tanah kat sana.. Dekat kat hutan.. kena makan harimau pun puas hati.. BN atau PR sama aje.. Dua2 sama corrupt..

Comments are closed.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石
  • Press statement by Teresa Kok, MP for Seputeh on 12 March 2026: An RCI Is the Test of Madani’s Commitment to Transparency
  • KENYATAAN MEDIA OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH (12 MAC 2026): RCI Adalah Ujian Komitmen Kerajaan Madani Terhadap Ketelusan
  • 郭素沁呼吁反贪会调查前经济部长助理蔡镇燊的方式 应避免陷“舆论公审”

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme