Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Bantuan bagi mangsa kebakaran di Kampung Tengah Batu 13, Puchong

Posted on Tuesday, 15-09-2009Tuesday, 15-09-2009 by -ec-

Beberapa hari yang lalu, saya mendapat berita bahawa berlaku kebakaran di Kampung Tengah Batu 13 (kawasan DUN Kinrara), dan rumah salah seorang penduduk di situ telah habis terbakar. Lantas saya segera menghubungi beberapa organisasi untuk menghulurkan bantuan kepada mereka.

DSC04863 small

Pada pagi ini, saya berkesempatan bertemu dengan penduduk yang berkenaan di lokasi kebakaran tersebut, bersama dengan beberapa orang pegawai Majlis Daerah Petaling, ahli majlis MPSJ dan Pastor Timothy Low dari Eagle Point Church, Puchong Jaya.

DSC04851 small

Saya telah mendapati bahawa hampir semua harta si penduduk telah habis terbakar termasuk peralatan rumah, peralatan berniaga, buku sekolah anak, pakaian sekolah anak dan segala pakaian, termasuk pakaian raya mereka.

DSC04858 small

Untuk meringankan beban mereka, saya telah mempersembahkan cek sebanyak RM2500 kepada penduduk dan juga cek RM1000 kepada jirannya yang telah mengalami kerosakan rumah akibat dari kebakaran tersebut. Wang ini daripada peruntukan DUN Kinrara saya.

Pegawai Majlis Daerah Petaling yang hadir bersama juga telah membawa berita baik bahawa Majlis Daerah Petaling akan memperuntukkan RM30,000 dari bajet Unit Perancangan Ekonomi Negeri Selangor untuk membina semula rumah mereka selepas hari raya nanti.

Pastor Timothy Low dari Eagle Point Church, Puchong Jaya (yang memakai kemeja hijau di atas) juga telah menyumbangkan RM2000 dan banyak barang keperluan seharian kepada penduduk yang berkenaan, ehsan daripada gerejanya.

DSC04850 small

(Pastor Timothy Low yang berkemeja hijau, Gary Chong Pembantu Khas DUN Kinrara yang berkemeja hitam, Puan Norhesni Bt Ismail yang memakai baju kuning ahli majlis MPSJ)

Saya amat berterima kasih kepada Majlis Daerah Petaling, ahli majlis MPSJ dan Eagle Point Church kerana begitu cepat respon untuk membantu mangsa kebakaran ini.

Saya telah berjanji kepada penduduk bahawa saya akan melawat mereka sekali lagi apabila rumah baru mereka siap dibina.

6 thoughts on “Bantuan bagi mangsa kebakaran di Kampung Tengah Batu 13, Puchong”

  1. Rahimah othman says:
    Wednesday, 16-09-2009 at 11: 01.27

    Saya amat terharu atas pertolongan YB yang pantas..harap Tuhan sentiasa di pihak YB walaupun macam-macam orang BN cuba buat fitnah. Saya sentiasa sokong YB..Saya juga orang Puchong.

  2. anak johor says:
    Thursday, 17-09-2009 at 14: 29.31

    Ni semua misi(katolik dan protestan) utk memurtadkan umat islam dgn menyogok bantuan..kepada umat islam,hati2 dgn taktik halus kafir kristian (katolik dan protestan)..

    KRISTIANISASI SEDANG PESAT BERLAKU DI MALAYSIA!!!NAUZUBILLAH!

    (Moderator’s note: another no-brainer)

  3. anak johor says:
    Thursday, 17-09-2009 at 14: 31.08

    Dikhuatiti keadaan di indonesia akan berlaku di malaysia..dah berjuta-juta orang indonesia yg berjaya dimurtadkan..

  4. Zara Zuleika says:
    Thursday, 17-09-2009 at 15: 23.01

    Utk makluman YB, kita org Islam tidak boleh menerima wang/derma dari org berlainan agama kerana kita tidak tahu halal haram punca wang/derma itu.

    sesiapa org islam yg menyengih je terima duit dari org kafir tu, maknanya dia bodoh mcm lembu = khalid ibrahim.

    bodoh. kecik2 taknak mampos, besar2 jual agama Islam pd org kafir. harkkk Ptuiiihh!!!

    (Teresa’s note: this comment has been let through unedited so that the public can bear witness to the mentality of cybertroopers with certain agendas. The church’s help to the family is genuine without any ulterior motives. Pastor Timothy knew about the fire victims thru me, and he quickly acted on it. This is a gift of love that’s practised by all religions.)

  5. HHIZAM says:
    Monday, 21-09-2009 at 02: 42.58

    Salam sejahtera…

    Untuk perhatian YB, sepatutnya YB lebih sensitif dalam hal2 ini. Kami tahu, pihak gereja amat prihatin dan banyak duit.

    Lebih baik pihak YB pikirkan cara lain untuk membantu.

    Contohnya usahakan pertolongan dari Pusat Urus Zakat atau Jabatan Kebajikan Masyarakat.

    Jelas sekali, YB tahu tp sengaja.

    Jangan terlalu sombong, kerana kesombongan itu amat memilukan diri sendiri.

    Cuma sekadar pesanan. Rahimah Othman, go ahead. He3x.

    SEBALIK BATU

  6. lady says:
    Thursday, 24-09-2009 at 10: 09.10

    betul sebagai org islam kita memg tidak digalakkan menerima bantuan sewenang-wenangnya dr agama lain kerana ditakuti sumber tersebut dr sumber yg haram. kita wajib mendahulukan bantuan dr saudara seagama dahulu jika tiada barulah boleh menerima bantuan dr agama lain. Dlm kes ni rasenyer memg xde masalah nak dapat sumbangan dr zakat selanor kan!!

Comments are closed.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁促请隆市政局在武吉加里尔、大城堡及旧巴生路展开全面基础设施研究
  • KENYATAAN AKHBAR YB TERESA KOK (AHLI PARLIMEN SEPUTEH) PADA 27 OGOS 2026
  • Joint Efforts Needed: CPO KL, Mayor, and PTGWPKL Director Urged to Clamp Down on Illegal Parking Fee Collection on Kuala Lumpur State Land
  • MEDIA STATEMENT: THE TAMAN DESA PHASE 1 NEIGHBOURHOOD CONTROL SCHEME ISSUE (17 August 2026)
  • KENYATAAN MENGENAI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA FASA 1
  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme