Kenyataan Media
Tunku Abdul Aziz, Naib Pengerusi DAP
14 September 2009
Shahrizat, hentikan kenyataan mengapi-apikan perkauman
Parti Tindakan Demokratik (DAP) kesal dengan pembohongan Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang mendakwa kononnya DAP memperalatkan orang Melayu.
Shahrizat mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas itu kerana beliau sebenarnya takut melihat sambutan orang Melayu terhadap DAP, terutamanya dengan penubuhan cawangan DAP yang dipimpin oleh orang Melayu yang pertama di Selangor.
Ini adalah bukti di mana UMNO semakin bimbang kehilangan sokongan orang Melayu. Baru wujud satu sahaja cawangan DAP yang majoritinya orang Melayu di Selangor, UMNO sudah pun ketakutan.
Cawangan DAP yang mempunyai majoriti orang Melayu itu telah ditubuhkan di Kampung Lembah Kinrara minggu lalu. Menurut pengasasnya, Haron Abdul Wahab, orang Melayu di kawasan itu memilih DAP kerana yakin dengan prinsip parti
yang memperjuangkan nasib semua kaum di negara ini. Mereka sedar DAP membantu rakyat tanpa memilih bulu.
Menurut satu laporan akhbar semalam, Shahrizat telah dipetik sebagai berkata bahawa DAP tidak pernah memperjuangkan hak dan kepentingan orang Melayu tetapi sebaliknya hanya mengutamakan kepentingan kaum lain.
Shahrizat tidak berkata yang benar kerana dia tahu orang Melayu telah menerima DAP dan sedar DAP tidak anti-Islam dan tidak anti-Melayu, malah berjuang mempertahankan dan melindungi hak semua kaum dan agama.
Orang Melayu sudah sedar bahawa kepimpinan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang bukan sahaja menjamin hak-hak orang Melayu dan Islam, malah menggalakkan lagi perkembangan syiar Islam di negeri itu.
Walaupun tidak sampai dua tahun pentadbiran Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Lim Guan Eng di Pulau Pinang, rakyat di negeri itu khususnya orang Melayu telah pun menerima sumbangan ikhlas dari prinsip Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT). Antaranya adalah pengiktirafan tinggi kepada pelajar-pelajar Melayu cemerlang, termasuk untuk para penghafal Quran atau Huffaz, dan peruntukan RM1.5 juta setiap tahun kepada sekolah-sekolah agama rakyat.
Malah kita tidak boleh lupa bagaimana Lim Guan Eng menjadi mangsa konspirasi politik sehingga beliau dimasukkan ke penjara semata-mata kerana mempertahankan hak dan maruah seorang gadis Melayu yang menjadi mangsa pencabulan.
Malah di mana sahaja DAP bergiat aktif, orang Melayu dan umat Islam tidak pernah diketepikan, malah sama-sama dibantu dengan kaum-kaum lain yang mengalami kesusahan. Semua usaha ini tidak pernah dihebahkan oleh UMNO dan media arus perdana miliknya yang hanya mahu meneruskan agenda perkauman bagi menjamin kuasa kekal di tangan mereka yang tidak bersih, rasuah dan menyalahgunakan kuasa.
Sepatutnya Shahrizat menghormati hak asasi rakyat Malaysia untuk memilih mana-mana pertubuhan politik dan berhenti dari bermain dengan isu perkauman yang boleh mencetuskan syak wasangka antara rakyat.
Sepatutnya juga, sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, beliau perlu menumpukan kepada protfolionya untuk memastikan golongan yang memerlukan benar-benar mendapat perlindungan.
Sehingga hari ini, Shahrizat telah berdiam diri dengan isu tuduhan kes rogol yang berlaku terhadap gadis Penan di Sarawak, dan isu ancaman rogol oleh samseng-samseng UMNO terhadap Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor Rodziah Ismail sewaktu majlis dialog pemindahan kuil Seksyen19 pada 5 September lalu.
Shahrizat sepatutnya berkhidmat dengan lebih gigih dan jujur untuk membuktikan perlantikannya semula sebagai Menteri adalah tidak sia-sia, setelah beliau sendiri ditolak oleh rakyat dalam pilihan raya umum 2008.
DAP sedia menghulurkan salam persahabatan untuk membantu beliau dalam menangani mana-mana isu yang melibatkan kezaliman dan ketidakadilan terhadap wanita, keluarga dan masyarakat. Yang penting, Shahrizat mesti hentikan sikap mengapi-apikan perkauman kerana ia bukan sahaja zalim tetapi boleh menghancurkan perpaduan antara rakyat pelbagai kaum dan agama.
Betul ke semua nie…kalau betul kenapalah pemimpin kita macam nie…macam macam kedengaran…taubatlah wahai sharizat…
Tuanku / YB Teresa,
Bila UMNO saperti peminpin DS Shahrizat tak ada modal, biasanya merika menggali lubang sendiri. Tunggu junam sahaja.
syabas, penjilat DAP. Syabas, syabas
Tunku/YB Teresa,
Inilah adalah cara-cara mereka mencari sokongan rakyat. Rakyat Malaysia sekarang kebanyakan sudah pandai untuk membuat pernilaian kalau dibanding dgn zaman 80 dan 90an. Rakyat bukan senang diperalatkan sekarang. Jika mereka masih menggunakan tektik yg sama, mereka akan menerima ajaran yg lebih teruk berbanding dgn 308.
Shahrizat juga boleh join DAP kerana UMNO tu racism dan corrupt. Kebanyakan pemimpin tertingginya dan rakan kongsinya perompak besar negara, lihatlah bagaimana kes PKFZ peompak-perompak UMNO dan MCA menyamun wang rakyat tanpa rasa bersalah,…umngok-umngok pun terus berkata hidup melayu..hidup melayu, si toyol terjun dengan mahligainya..umngok kata biarkan..biarkan, hai..malang sungguh nasib melayu diperbodohkan oleh si jawa, si bugis..dan ah long nya.
Well… well…. majoriti of Barisan Nasional MPs tak ada otak! therefore they hv no common sense!
I Salute Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz and Chief Minister of Penang Lim Guan Eng
God Bless
Fairdinkum ,
perhaps she should have a few bottles down
before making erratic comments.
malaysian menunggu pemimpin yg jujur tak kira bangsa sbb kita semua malaysian
UMNO tidak ada ‘modal’ lagi untuk menawan hati rakyat kecuali dengan retorik perkauman. Pemerintahan UMNO BN menampakkan nilai ringgit menjunam, harga barang naik, perkhidmatan pengangkutan naik, ‘gajah putih’ naik, tapi gaji tak naik. Kerajaan BN berbangga dengan projek-perojeknya yang berberlanja berbilion-bilion ringgit seperti KLIA, KLCC dan Putrajaya, padahal gaji kebanyakan rakyatnya di bawah RM500.00.
Apa salahnya hendak masuk parti mana pun. Walau apa pun kita semua adalah rakyat Malaysia dan tinggal di Malaysia. Mengapa mengata parti itu perkauman. Ini tidak baik dan buruk sangka. Kita mesti rasional dan yang betul tetap betul yang salah tetap salah. Kita bebas untuk memilih jalan kita sendiri bukan ikut telunjuk orang lain. Jika kita kata parti itu perkauman, mereka pun boleh kata demikian kepada kita. Konsep 1Malaysia ialah jangan buruk sangka terhadap orang lain dan sepatutnya kerjasama dan tolong menolong bukan mencari musuh dan mengerohkan keadaan. Jangan sokong seseorang itu membuta tuli walau pun mereka pemimpin tertinggi atau pemerintah yang berkuasa kerana bukan semua orang sentiasa perfect. Lihatlah dan fikirkanlah secara rasional dan hendaklah buat kajian yang terperinci. Sekian terima kasih.
Apa salahnya hendak masuk parti mana pun asalkan di Malaysia. Kita sebagai rakyat Malaysia hendak sokong parti mana pun adalah bebas mengikut cita rasa kita sendiri. Kita sepatutnya tidak boleh mengata parti itu perkauman kerana mereka pun boleh kata demikian kepada kita. Manakah konsep 1Malaysia yang dilaungkan itu kerana 1Malaysia adalah untuk menyatukan rakyat Malaysia yang berbagai kaum dan keturunan etnik bukan untuk bermusuhan dan memecah belahkan rakyat Malaysia. Kita jangan syak wasangka di antara satu dengan lain melainkan kita syak wasangka kepada orang yang akan melakukan jenayah dan mencederakan orang lain. Sepatutnya kita mesti bebaik-baik dan kerjasama di antara satu dengan lain walau apa parti pun dan siapa yang disokong. Ini adalah untuk kebaikkan semua dan mendokong 1Malaysia. Ambillah iktibar dari negara lain yang tidak aman tenteram. Lihat sahajalah negara America Syarikat (USA) sejarah silamnya telah mengalami perang saudara yang mengorbankan ribuan rakyat. Sekarang ini mereka gah maju dan diperintah secara Federal dan pemimpinnya lebih terbuka dan telus memerintah serta pemilihan wakil rakyatnya telus. Sepatutnya kita di Malaysia mencontohi apa yang terbaik bukan mengikut acuan sendiri yang tidak baik. Sekian terima kasih.
Sharizat,TOLONGLAH jangan cakap lagi rektorik kosong untuk menangi support melayu padahal kamu tak buat apa untuk negara dan rakyat–kesimpulannya kamu kalah teruk ditangan seorang muda dan tiada pengalaman.At least your ex-boss Rafidah ada terbang keluar negara berkali-kali untuk perkerjaan rasmi negara tapi kamu hanya clik dengan semua jutawan yg duduk dibangsar enjoy.Kita dah tahu dah,so please go and do something really useful to the nation bukan hanya umno umno sja.
SYAITAN-UMNO AKAN TERUS CUBA MEMECAH-BELAHKAN RAKYAT MALAYSIA BERBAGAI KAUM.
JANGAN TERPERDAYA. KAMI SEMUA COOL… RELAKS…
KITA TENGOK APA LAGI YANG SYAITAN-UMNO NI BOLEH BUAT…
KAMI RAKYAT MALAYSIA SEHATI.
KAMI RAKYAT MALAYSIA SEJIWA.
MATLAMAT — KUBURKAN UMNO.
4RAKYAT
Biasalah dah memerintah lebih 50 tahun tak ada hati nak lepas,skrg makin terancam buatlah semua kerja terkutuk cakap yg bukan-bukan.Apa Umno buat utk org melayu semua.Hanya segelintir yang jadi kaya-raya yg lain masih merempat,nak rotan pasal minum arak semua drama nak lawan pas tunjuk siapa lebih islam.Mengapa dulu-dulu tak buat kalau sabtu malam pergi bangsar,duty free jb berlori-lori melayu islam boleh ditangkap dan berminggu-minggu kena rotan.Kalau berani negeri-negeri bawah BN hentikan jualan arak di 7-11 dan haramkan minum arak dikhalayak ramai tunjukkan siapa lebih Islam.
selamat menyambut hari raya kepada semua!
take care, teresa. and watch out for that crazy indon dog, khir toyol!!!
the only one thing i hope selangor government can do is to nail down the balls of this crazy dog!!!
Anakkuala,
Tahniah anda menang 1 st prize tapi bukan hadiah cabutan. Anda menang sebagai orang yang paling banyak menjilat ass UMNONO. Mungkin botox back door senat salah seorang darinya.Tahniah tahniah dan tahniah lagi.
Jilat lah anda ass Umnono sebebelum anda dijilat oleh ulat dia alam kubur.
Is Sharibotox a Malay Muslim women? How can she talk about racial during this holy and fasting month.
The Lembah Pantai Who lose to young Izzah is talking big.
She is the women protecter?Than y she never utter a word when The Umnono Rempits threat YB Roziah that they will rape her in public.
Is Rodziah is not a women or Sharizat is not one.Only voice for UBN women? Hah Sharizat!Shame on you.
Memang betul si Kok ni memperalatkan orang Melayu kerana orang Melayu terutamanya PASBERG mudah diperalatkan kerana tamak kuasa sehingga agama bukan lagi perjuangan PASBERG.TAKEBEER!
Tengok gelagat saudara di atas saya ni, sebenarnya orang Melayu yang menyertai UMNO SAN MIGUEL MAHATHIR yang tamak kuasa… Janganlah guna nama orang lain (Shamsul Iskandar) untuk maki Kok.