Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

09/09/09: Hari yang bersejarah dengan penubuhan cawangan DAP Melayu pertama di Selangor (English translation in the previous post)

Posted on Friday, 11-09-2009Sunday, 13-09-2009 by -ec-

(Tajuk catatan blog ini telah dikemaskinikan dengan tambahan perkataan “di Selangor”. Terima kasih kepada komen Jason Loh atas pembetulan ini.)

We support DAP1

09/09/09 ialah hari yang penuh bersejarah dengan pembentukan cawangan DAP kami yang terbaru di Kg Lembaga Kinrara, yang merupakan cawangan Melayu pertama di Selangor, dengan 50 ahli yang berdaftar dan kian meningkat.

DSC04696 small
Untuk memperingati detik bersejarah ini, pemimpin cawangan ini secara simboliknya menyerahkan 50 borang keahlian yang diisi kepada saya.
Speech by Chairman of DAP Cawangan Lembah Kinrara
Memperkenalkan pemimpin DAP Cawangan Kampung Lembah Kinrara, Haron Abdul Wahab.

Speech by member Saiful Alimin

Wakil ahli baru, Saiful Alimin  Mohd Mokhtar telah berucap, “Penubuhan cawangan ini ialah satu pemulaan yang baik…Memasuki DAP bukanlah keputusan yang mudah bagi orang Melayu, kerana DAP dianggap sebagai parti sosialis, dan orang Melayu beranggapan bahawa sosialis bererti komunis. Tetapi sebenarnya, sosialis adalah sistem politik yang paling hampir dengan Islam. Ia merupakan sistem yang tidak membenarkan ketidakadilan. Di mana semua perubahan adalah untuk kebaikan, bukan untuk ketidakadilan.”

councilor

Saudara Azli Idris, ahli Majlis Daerah Kuala Selangor berucap, “Saylah satu-satunya ahli majlis DAP di Kuala Selangor. Saya berterima kasih kepada DAP Selangor kerana membenarkan Melayu sertai DAP kerana mereka tidak anti-Melayu, tidak anti-Islam tetapi menuntut keadilan. Apabila saya pergi majlis di Kuala Selangor, saya pakai songkok dan orang bertanya, ‘Ini ahli majlis parti mana? PAS? PKR? Tapi saya jawab DAP dengan bangga… Saya berharap lebih rama orang Melayu akan tampi ke hadapan dan sokong DAP, terutamanya  Pakatan Rakyat supaya di dalam pilihanraya akan datang, kita akan rampas balik kerajaan daripada Barisan Nasional”

Tony Pua

Tony Pua Ahli Parlimen PJ Utara dan DAP National Publicity Secretary berucap, “Jangan fikir anda masuk DAP anda akan dipinggirkan. Sebaliknya, saya percaya orang Melayu akan  mendapat bahagian yang lebih khusus, lebih khas dalam DAP. Ahli melayu kita tak sampai 10%. kita nak pertingkatkan lagi. Kalau ada orang melayu yang masuk dan berkaliber, yang pandai, yang intellektual, kita terus bagi pangkat yang besar untuk memimpin parti.

“Kita semua kenal Tunku Aziz, seorang ‘towering Malaysian’. Pengarah Commonwealth dan Presiden Transparency International,” tambahnya lagi.

“Bila dia masuk, dia terus dilantik menjadi Naib Pengerusi DAP. Kalau ada pemimpin Melayu yang kuat, bersungguh-sungguh, berkebolehan, dia akan dapat menjadi Setiausaha Agung. Kita nak dia menjadi pemimpin kita. Itulah falsafah parti DAP… Saya harap cawangan ini akan menjadi satu cawangan model bagi seluruh Malaysia.”

Time for buka puasa

Untuk merayakan peristiwa gembira ini, kami mengadakan majlis berbuka puasa bersama penduduk setempat Kampung Lembah Kinrara yang dianjurkan oleh pusat khidmat DUN Kinrara saya.

Line dancing group from the padang next door joined in the festivities.

Kumpulan ‘line dancing’ Fit Moi yang secara kebetulan sedang mengadakan latihan tarian dan senaman mereka di padang awam Jalan Belatok di sebelah kami datang untuk menyampaikan salam jadi saya pun menjemput mereka untuk menyertai majlis berbuka puasa kami. Aktiviti mereka yang ceria dan membangunkan komuniti setempat di dalam kawasan perumahan amat bagus dan saya amat menggalakkan aktiviti sebegini.

Untuk memperingati detik bersejarah ini, pemimpin cawangan ini secara simboliknya menyerahkan 50 borang keahlian yang diisi kepada saya.Memperkenalkan pemimpin DAP Cawangan Kampung Lembah Kinrara, Haron Abdul Wahab.

1 thought on “09/09/09: Hari yang bersejarah dengan penubuhan cawangan DAP Melayu pertama di Selangor (English translation in the previous post)”

  1. winfee says:
    Friday, 11-09-2009 at 16: 54.32

    keep this up, the majority of the malay are also the victim of UP NOR selective persecution and benificiaries (the quota system only benefits the ruling up nor cronies but not the general malays. The normal malays are still poor and discrimninate by up nor. Even now in Pg these normal malay contractor r very happy. they got contract without bribing, without passing part of their revenue for bee and building fund. keep this up, get more of these poor people to join us to fight for fairness, equality and transparency.

Comments are closed.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme