Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

DAP mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan melemparkan bom api “molotov cocktail”

Posted on Friday, 21-08-2009 by Teresa

DAP mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan melemparkan bom api “molotov cocktail” terhadap sebuah kenderaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC) cawangan Klang, Selangor yang berlaku pada awal pagi ini (Khamis).

Perbuatan itu adalah tindakan jenayah yang perlu diambil tindakan segera oleh pihak berkuasa. Pihak polis perlu tegas dalam usaha membanteras penjenayah ganas di negara ini.

DAP menolak sebarang bentuk keganasan termasuk perbuatan mengugut atau mengancam nyawa manusia. Sudah tentu DAP tidak memberi restu terhadap perbuatan ganas melemparkan bom api itu.

Walaupun DAP tidak bersetuju dengan beberapa tindakan MACC yang dilihat sebagai berpihak kepada kerajaan Barisan Nasional dan ada kalanya pegawai-pegawainya bersikap tidak profesional, DAP tidak akan menyokong sebarang tindakan ganas atau ugutan terhadap mana-mana agensi kerajaan.

Pada masa yang sama, DAP menggesa MACC supaya melaksanakan tugas dengan adil dan saksama untuk memastikan kewibawaannya tidak dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

MACC tidak boleh dipengaruhi atau dikuasai mana-mana pihak termasuk kerajaan dan parti politik. Ini selaras dengan visinya sebagai agensi pembanterasan rasuah yang profesional dan unggul.

DAP akan memberi sokonngan dan kerjasama penuh kepada MACC asalkan ia melaksanakan tanggungjawabnya secara telus dan adil tanpa memihak kepada sesiapa.

2 thoughts on “DAP mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan melemparkan bom api “molotov cocktail””

  1. leguan says:
    Saturday, 22-08-2009 at 08: 10.29

    All quarters should condemn the arson attack on MACC vehicle in Klang last Thursday morning. DAP has taken the right stand, even though it has been seemingly unfairly treated by the MACC. But regretably, there is a Minister who insinuated that the attack could be linked to the underworld which the Selangor DAP was accused of involving with by a PKR MP.
    There is no need for DAP to be worried. Time will tell who is in the right or who is in the wrong. A Chinese saying goes: ‘shui luo shi chu’ or in English ‘when the water recedes, the pebbbles reveal’

  2. charlie-soong says:
    Saturday, 22-08-2009 at 15: 31.06

    Not that I support violence. This is just the show staged by BN & MACC to give people the impression that they are the victim. Didn’t you see Umno’s dogs, Utusan was quick to compliment by publishing in their front page “SPRM diserang”. The day before, “SPRM tidak tunduk” was in their front page. Strangely, the dogs quite low key in the allegation about the Timbalan Pengarah of MACC who alleged to be the key person in Teoh Beng Hock’s murder case.

    The government is dirty but no one can act against them so far. When you said ‘kerjasama’ with MACC, I’m more incline to think that MACC is there to fool everyone.

Comments are closed.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁呼吁反贪会调查前经济部长助理蔡镇燊的方式 应避免陷“舆论公审”
  • MACC is urged to restore public confidence and review its manner of investigating James Chai
  • Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa memulihkan keyakinan awam dan menilai semula cara siasatan terhadap James Chai Jin Shern
  • Parlimen: Soalan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkenaan statistik perkahwinan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun bagi 2023,2024 dan 2025
  • Parlimen: Soalan kepada Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkenaan jumlah pendaftaran yang diterima oleh Lembaga Jurukur Tanah
  • Parlimen: Soalan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkenaan rumah perlindungan bagi mangsa keganasan rumah tangga
  • Ucapan Kamar Khas: Apakah Respons dan Halatuju Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Terhadap Syor PAC Terhadap Pemberimilikan Tanah Kerajaan di Kuala Lumpur (2 Mac 2026)
  • Ucapan Teresa Kok (Seputeh) Dalam Perbahasan Penyata Jawatankuasa Pilihan Kesihatan: Pemantapan Dasar Pemakanan dan Intervensi Nutrisi di Malaysia Pada 25 Februari 2026
  • Kes Pecah Kereta di Taman Persekutuan Bukit Kiara
  • “Gema 1MDB: Satu Lagi Pasukan Petugas yang Ditakdirkan untuk Gagal?” (14 Feb 2026)
  • “Echoes of 1MDB: Another Task Force Destined to Fail?” (14 Feb 2026)
  • 郭素沁:嘉玛若再违庭令,将采取法律行动
  • [Media Statement] Response to Recent Remarks by Datuk Jamal Yunos
  • [Kenyataan Media] Respons terhadap Kenyataan Terkini Datuk Jamal Yunos
  • [PARLIMEN] Adakah Kementerian akan menyemak dan menghapuskan keperluan kelulusan suami bukan warganegara dalam permohonan kewarganegaraan anak-anak di bawah Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan demi memastikan ibu Malaysia mempunyai hak yang sama untuk memohon kewarganegaraan bagi anak yang dilahir di luar negara.

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme