Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Jawapan MENTERI KEWANGAN mengenai pecahan pemegang kad kredit yang tidak membayar balik hutang kad kredit

Posted on Tuesday, 14-07-2009 by DAP Seputeh

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA

Daripada: YB Teresa Kok (Seputeh)
Pertanyaan: Bertulis
Tarikh : 15/6/2009 – 30/6/2009

YB. Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan pecahan pemegang kad kredit yang tidak membayar balik hutang kad kredit mereka mengikut pecahan kuater pada tahun 2007, 2008 dan 2009. Sila nyatakan 5 bank yang mempunyai paling banyak pemegang kad kredit yang tidak membayar balik hutang kad kredit mereka dan juga bilangan penghutang tersebut.

JAWAPAN :
Tuan Yang DiPertua,

Untuk makluman Yang Berhormat, walaupun penggunaan kad kredit sebagai instrument pembayaran semakin meningkat, pinjaman melalui penggunaan kad kredit tidak berada pada tahap yang kritikal.Sehingga akhir bulan April 2009, jumlah pinjaman (outstanding loan) kad kredit hanya merangkumi 3.4% daripada jumlah pembiayaan keseluruhan institusi perbankan.

2. Daripada jumlah pinjaman kad kredit sebanyak RM 24.7 billion, 89.5% atau RM 22.1 billion adalah baki semasa, RM 2.0 billion atau 8.1% adalah baki tunggakan tidak melebihi tempoh 3 bulan dan hanya RM 0.6 billion atau 2.2% merupakan baki tertunggak melebihi tempoh 3 bulan atau dikategorikan sebagai tahap pinjaman tidak berbayar (non performing loan). Tahap pinjaman tidak berbayar kad kredit juga masih terkawal dan telah menurun pada 2.3% (akhir April 2009) berbanding dengan 16.1% pada tahun 1998 iaitu semasa krisis kewangan serantau.

3. Bagi tahun 2008, jumlah hutang tertunggak melebihi tempoh 3 bulan bagi 5 buah bank yang mencatatkan jumlah baki kredit tidak berbayar yang tertinggi adalah sebanyak RM 119.4 juta, atau 22.2% daripada jumlah keseluruhan hutang tertunggak melebihi tempoh 3 bulan bagi bank-bank tersebut. Jumlah baki kad kredit yang tidak berbayar mengikut suku tahun adalah seperti berikut:-

Jumlah Pinjaman Tidak Berbayar (NPL)
2007
Suku Tahun (RM juta):
1. 656.3 (Nisbah NPL/Jumlah Pinjaman Kad Kad Kredit : 3.3%)
2. 701.0 (Nisbah NPL/Jumlah Pinjaman Kad Kad Kredit : 3.3%)
3. 532.0 (Nisbah NPL/Jumlah Pinjaman Kad Kad Kredit : 2.4%)
4. 504.8 (Nisbah NPL/Jumlah Pinjaman Kad Kad Kredit : 2.2%)

2008
Suku Tahun (RM juta):
1. 520.1 (Nisbah NPL/Jumlah Pinjaman Kad Kad Kredit : 2.3%)
2. 496.8 (Nisbah NPL/Jumlah Pinjaman Kad Kad Kredit : 2.1%)
3. 480.4 (Nisbah NPL/Jumlah Pinjaman Kad Kad Kredit : 2.0%)
4. 538.9 (Nisbah NPL/Jumlah Pinjaman Kad Kad Kredit : 2.1%)

2009
Suku Tahun (RM juta):
1. 595.8 (Nisbah NPL/Jumlah Pinjaman Kad Kad Kredit : 2.4%)

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石
  • Press statement by Teresa Kok, MP for Seputeh on 12 March 2026: An RCI Is the Test of Madani’s Commitment to Transparency

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme