Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Ucapan Penggulungan DUN Sgor Mengenai Pelaburan di Selangor & Rombakan Exco Sgor

Posted on Monday, 13-07-2009Monday, 13-07-2009 by Teresa

UCAPAN PENGGULUNGAN OLEH YB TERESA KOK, EXCO PELABURAN, PERINDUSTRIAN & PERDAGANGAN KEPADA ISU YANG DIBANGKITKAN PADA 13 JULAI 2009 DI DUN SELANGOR
Saya ingin jawab isu-isu yang dibangkitkan oleh YB Sungai Panjang yang amat prihatin terhadap pelaburan di Selangor. Saya rasa hairan dengan kenyataan sungai panjang mengenai pelaburan yang masuk ke selangor – kerana ucapan beliau menunjukkan bahawa beliau tidak membuat ‘home work’ dan ucapannya memang menyelewengkan dewan.

FAKTA MENGENAI PELABURAN DI SELANGOR

YB Sungai panjang kata selangor selalu mendapat kedudukan No 1 dari segi pelaburan perindustrian di seluruh Malaysia di bawah kepemimpinannya, tetapi beliau mendakwa pelaburan di Negeri Selangor telahpun turun ke No: 3 sekarang. Jawapan saya adalah:
i) Mengikut statistik daripada MIDA, Selangor di bawah kepemimpinan Sungai Panjang hanya pernah mendapat kedudukan No: 1 dari segi pelaburan perindustrian pada tahun 2001, 2004 dan 2005, iaitu 3 kali sahaja. Dalam tempoh pentadbiran Sungai Panjang, pelaburan di Selangor malah pernah jatuh kepada kedudukan nombor 4 pada tahun 2006.

Untuk maklumat YB sekalian, pelaburan perindustrian yang dinikmati di Selangor pada tahun lepas, iaitu 2008 merupakan rekod yang paling tinggi dalam sejarah Selangor, iaitu RM11.8 bilion. Walaupun sebahagian daripada pelaburan yang masuk ke Selangor adalah usaha Kerajaan BN yang lepas, tetapi kebanyakan pelaburan domestik dan asing juga masuk ke Selangor selepas Pakatan Rakyat menerajui tampuk kepemimpinan Negeri Selangor. Ini menunjukkan keyakinan pelabur asing dan pelabur tempatan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

ii) Selain itu, kenyataan Sungai Panjang bahawa angka pelaburan di Selangor telah jatuh ke No: 3 di Negara kita adalah salah. Mengikut angka pelaburan perindustrian terbaru MIDA, jumlah pelaburan perindustrian yang diperolehi oleh Negeri Selangor dalam tempoh Januari ke Mei pada tahun ini ialah RM1,735,348,368 (1 bilion 735 juta 348 ribu dan 3 ratus 68 ringgit), kedudukan kita sekarang berada di tempat No 2 di seluruh Malaysia. Negeri yang mendapat pelaburan yang paling banyak ialah Johor dengan jumlah pelaburan sebanyak RM2,428,990,951 (2 bilion 428 juta 990 ribu 9 ratus dan 51 ringgit).

iii) Untuk makluman Sungai Panjang dan ahli-ahli yang berhormat, jumlah pelaburan yang diperolehi oleh Malaysia secara keseluruhan setakat bulan Mei ialah RM9,016,818,725 (RM9 bilion 16 juta dan 818 ribu dan 7 ratus 25 ringgit).

Sekiranya YB Sungai Panjang ingin mengkritik Kerajaan Pakatan tentang kejatuhan pelaburan, maka beliau juga harus melemparkan kritikan terhadap Kerajaan pusat Barisan Nasional juga kerana pelaburan asing dan pelaburan tempatan di seluruh negara telahpun turun disebabkan kegawatan ekonomi dunia.

Walau bagaimanapun, saya juga ingin memberitahu dewan yang mulia ini bahawa semakin ramai pelabur asing datang ke pejabat SSIC untuk menanya peluang pelaburan di Selangor pada kebelakangan ini, saya optimistic angka pelaburan perindustrian kita akan naik lagi dalam bulan-bulan yang akan datang. Saya menyeru YB Sungai Panjang boleh menyemak fakta beliau sebelum melempar kritikan tentang pelaburan di Selangor.

STRATEGI PENARIKAN PELABURAN SELANGOR HARUSLAH BERUBAH MENGIKUT PERUBAHAN IKLIM EKONOMI DUNIA
YB Sg Panjang mencadangkan kerajaan harus mengadakan misi pelaburan dan perdagangan yang bertumpu ke negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat, dan bukannya Negara China.

Di sini saya ingin mengingatkan Sungai Panjang bahawa strategi mempelawa kemasukan pelaburan asing haruslah berubah dari masa ke masa bergantung kepada iklim pelaburan dan ekonomi dunia. Dalam waktu Amerika Syarikat dan Negara-negara Eropah tengah menghadapi kegawatan ekonomi dunia di mana ramai pemimpin kerajaan di negara-negara barat ini telahpun meminta Negara China untuk membeli bon-bon di Negara mereka masing-masing, khususnya Amerika Syarikat, maka adalah penting bagi Malaysia dan Negeri Selangor untuk mengatur semula strategi penarikan pelaburan kita.

MISI PROMOSI PELABURAN OLEH MIDA & MATRADE LEBIH FOKUS KEPADA NEGARA-NEGARA ASIA
Untuk makluman Sungai Panjang dan ahli-ahli berhormat di dewan ini, MIDA dan MATRADE pernah menganjurkan 9 misi promosi perdagangan dan perindustrian Malaysia ke luar Negara pada tahun 2008, di antara destinasi rombongan misi ini, 2 misi pergi ke Amerika Syarikat dan 1 misi ke Eropah, 1 misi ke Negara-negara Timur Tengah, 5 misi ke Negara-negara Asia termasuk Negara China. Destinasi misi pelaburan yang dipilih oleh MIDA dan MATRADE ini menunjukkan bahawa Kementerian Perdagangan dan Perindustrian di kerajaan pusat juga telah mengubah strategi penarikan pelaburan mereka dan memberi lebih tumpuan di Negara-negara rantau Asia.

Di antara lawatan anjuran MIDA dan MATRADE, pegawai SSIC pernah menyertai 2 lawatan MIDA ke Jepun pada tahun 2008, iaitu lawatan ke Osaka & Yokohama pada 5 – 10 Julai 2008 dan lawatan Special Project on Food Processing Industry and Halal Industry (Osaka) pada 7 – 16 Oktober 2008.

NEGARA CHINA MENGGALAKKAN SYARIKATNYA UNTUK MELABUR KE LUAR NEGERI

Di sini, saya ingin memberitahu Sungai Panjang dan ahli-ahli berhormat di dewan ini, Kerajaan Negara China telah mengeluarkan dasar yang menggalakkan syarikat-syarikat besar di China untuk melabur di luar Negara China, dan kerajaan China malah menubuhkan biro khas di setiap provinsi dan kerajaan tempatan untuk membantu syarikat-syarikat di China untuk melabur di luar Negara China.

Syarikat-syarikat China telahpun melabur di banyak negara-negara sedang membangun seperti di Negara-negara di Benua Afrika, di Amerika Selatan dan di negara-negara di ASEAN seperti di Vietnam, Indonesia, Kambodia, Thailand dan sebagainya. Saya difahamkan bahawa Kerajaan China juga telah membuka 19 buah kawasan perindustrian di luar negara China di dunia.

Selain itu, syarikat-syarikat China juga mula melabur di Negeri Sabah, Sarawak, Johor dengan pelaburan yang bernilai berjuta-juta ringgit kebelakangan ini, tetapi kesalnya tidak banyak syarikat Negara China yang melabur di Selangor. Itulah sebabnya kami ingin mempromosi peluang pelaburan di Selangor kepada pegawai kanan kerajaan dan peniaga-peniaga syarikat besar di China melalui misi galakan pelaburan kita, dengan harapan syarikat-syarikat Negara China yang ingin melabur di luar China tersebut juga boleh melabur di Negeri Selangor.

KOMEN MENGENAI KRITIKAN ADUN TERHADAP KERAJAAN PAKATAN
Tuan Speaker, di sini saya ingin mencadangkan sekiranya ADUN-ADUN kita, samada daripada BN ataupun Pakatan Rakyat mempunyai apa-apa soalan dan isu yang mereka tidak puas hati dan tidak faham, saya ingin minta berbincang dengan exco. Pintu pejabat exco kami sentiasa terbuka untuk semua. Kita harus mengelakkan perselisihan faham di antara kita diperbesar dan dieksploitasi oleh parti lawan kita dan juga media.

Mengikut kajian yang dibuat oleh NTV7 mengenai kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang disiarkan dalam Berita NTV7 pada pukul 8 pada 10 Julai, Jumaat yang lepas, 77% penonton berkata mereka tidak setuju dengan cadangan rombakan barisan exco di Selangor kerana mereka puas hati dengan prestasi Kerajaan Selangor di bawah kepemimpinan YAB Menteri Besar kita.
Jadi saya berharap isu ini tidak akan ditimbulkan lagi, dan saya berharap kita boleh bekerjasama dengan sejiwa dan sepakat untuk membangunkan Negeri Selangor.

TERESA KOK

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme