Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Soalan Parlimen Mengenai Peranan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan Cawangan Khas

Posted on Monday, 29-06-2009 by DAP Seputeh

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB TERESA KOK SUH SIM

TARIKH : 29 JUN 2009 (Isnin)

SOALAN NO. : 109

SOALAN :
Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilangan anggota polis dalam Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan Cawangan Khas di PDRM. Memandangkan negara kita bukan berada dalam keadaan huru-hara ataupun pemberontakan, kenapakah PDRM tidak menggunakan anggota di kedua-dua unit ini untuk menangani kenaikan kes jenayah.

Jawapan:

Tuan Yang Dipertua,
Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhomat yang mengemukakan pertanyaan.

Jumlah anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) adalah seramai 2279 orang manakala jumlah anggota Cawangan Khas adalah seramai 5135 orang di seluruh negara.

FRU sentiasa diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi menangani sebarang kemungkinan ancaman terhadap keselamatan dan ketenteraan awam pada bila-bila masa.Walau bagaimanapun, pasukan ini juga turut digunakan untuk menjalankan tugas-tugas pencegahan jenayah tertakluk kepada permohonan daripada pihak kontinjen atau atas arahan Pengurusan Tertinggi PDRM dari semasa ke semasa.

Bagi Cawangan Khas pula, tugasan pencegahan jenayah adalah sebahagian daripada tugas hakiki pasukan.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • Semarak Hari Belia Negara Peringkat Kawasan Seputeh (15 Mei 2025)
  • Blessed Mother’s Day to My Mother and to all the Mothers in the World
  • Mother’s Day Distribute Flowers to all the Mothers (11 May 2025)
  • Kejadian Tanah Runtuh di Sri Petaling berlaku pada 23 April 2025 dan Tindakan seterusnya
  • Sambutan Hari Ibu X Dapur Seputeh (10 Mei 2025)
  • Happy Mother’s Day 母亲节快乐
  • Kejadian Tanah Runtuh di Jalan Sri Petaling 5 berlaku pada 23 April 2025
  • Hari Terbuka Pelan Tindakan KL 2040
  • Sidang Parlimen Khas berkenan tindakan Amerika Syarikat mengenakan tarif timbal balas ke atas semua import ke negara tersebut dan kesannya ke atas ekonomi Malaysia
  • Jamuan Raya Aidilfitri Taman LTAT Bukit Jalil (3 Mei 2025)
  • Melawat Nurul Dahyatul, mangsa simbah asid yang menjalani pemasangan Tissue Expander di HKL
  • Rest In Peace- Papa Francisco
  • Program Celik AI secara atas talian dengan kerjasama Pepper Labs dan Microsoft
  • Pelancaran Pemakaian Lencana Bendera pada Pakaian Seragam Murid (21 April 2025)
  • Lawatan Tapak Berkenaan Limpahan Air Lumpur ke rumah di Jalan Jiran 12, Taman Gembira (21 Apr 2025)

Article Archives

© 2025 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme