Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Soalan Parlimen Mengenai Dasar-dasar Berkaitan Dengan Pembangunan Teknologi Hijau

Posted on Thursday, 25-06-2009Thursday, 25-06-2009 by DAP Seputeh

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB TERESA KOK SUH SIM

TARIKH : 23 JUN 2009 (SELASA)

SOALAN NO. : 112

SOALAN :

Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan apakah rancangan Kementerian untuk membangunkan dan menggalakkan teknologi hijau di Negara kita. Apakah produk teknologi hijau yang digalakkan oleh Kementerian dan juga insentif yang diberi oleh pengilang bahan teknologi hijau tersebut.

JAWAPAN :

Tuan Yang Di-Pertua.

Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air akan memainkan peranan sebagai peneraju pembangunan sektor Teknologi Hijau Negara yang akan menggubal dan melaksanakan dasar-dasar berkaitan dengan pembangunan Teknologi Hijau. Pembangunan Teknologi Hijau ini dilihat akan meningkatkan kualiti hidup dengan menangani kesan negatif aktiviti manusia kepada alam sekitar dengan menggalakkan amalan-amalan mesra alam termasuk budaya penggunaan sumber secara optimum. Selain itu, Kementerian juga berpandangan bahawa pembangunan teknologi hijau ini juga akan memainkan peranan yang penting di dalam meningkatkan pembangunan ekonomi berasaskan Teknologi Hijau sebagai satu bidang pembangunan ekonomi yang baru.

Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, pada masa kini, Kementerian sedang dalam proses untuk memantapkan hala tuju dan mewujudkan pelan strategik bagi mencapai matlamat membangunkan sektor Teknologi Hijau Negara secara sistematik dan berdaya maju. Ini termasuklah program dan aktiviti-aktiviti pembangunan struktur organisasi sektor Teknologi Hijau serta penetapan fokus dan strategi jangka pendek, sederhana dan panjang Kementerian dalam mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Oleh yang demikian, Kementerian akan mengumumkan mengenai hala tuju Sektor Teknologi Hijau kepada semua pihak setelah ia dimuktamadkan kelak.

Tuan Yang DiPertua,

Ahli-Ahli Yang Berhormat,

Buat masa ini, salah satu produk Teknologi Hijau yang digalakkan oleh Kerajaan ialah peralatan elektrik dan bahan yang cekap tenaga. Untuk menggalakkan penggunaan produk teknologi hijau ini, Kerajaan telah menyediakan insentif-insentif seperti pengecualian cukai jualan untuk pengilang tempatan dan pengecualian duti import untuk pengimport peralatan elektrik dan bahan yang cekap tenaga yang mendapat pengesahan daripada Suruhanjaya Tenaga (ST). Kriteria Kecekapan Tenaga untuk produk-produk Teknologi Hijau yang telah ditetapkan oleh ST setakat ini meliputi peti sejuk, kipas domestic, penyaman udara domestic, motor cekap tenaga (High Efficiency Motors), televisyen, bahan penebat, lampu dan ballast untuk lampu fluorescent. Senarai peralatan ini akan ditambah baik dari masa ke semasa oleh ST.

Untuk tujuan mendapatkan pengecualian ini, pengilang dan pengimport perlu memohon untuk mendapatkan Pengecualian Cukai Jualan atau Duti Import daripada Kerajaan di mana ia akan dipertimbangkan berdasarkan kepada pematuhan terhadap tahap prestasi tenaga mimimum seperti yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, Insentif-insentif ini akan ditambahbaik dari masa ke semasa melalui cadangan-cadangan yang akan dibuat kepada Kementerian Kewangan untuk Bajet Tahunan Kerajaan

1 thought on “Soalan Parlimen Mengenai Dasar-dasar Berkaitan Dengan Pembangunan Teknologi Hijau”

  1. lee wee tak says:
    Saturday, 27-06-2009 at 16: 20.54

    not enough. giving tax incentive is just a small part

    if we want to make significant steps in this environmental areas, we need to

    1) make Malaysia a R & D hub by encouraging the best brains in the world to come in

    2) educate the public on the benefits of green technologies

    3) ensure the public embraces and employ such technologies

    1) is not really possibly because going by past experience, MSC, Cyberjaya etc would look more like a housing development project. also, we have never really fully welcome foreign talent, real meritocracy and free flow of information in Malaysia.

    as for 2) & 3), if we can’t even educate the public on keeping the streets free of litter and create enough jobs and wealth for them to afford these new technologies, a BIG FAT chance green tech would be wide spread in Malaysia

    The minister’s answer is a scant as Bai Ling’s swimwear (the malfunction ones)

Comments are closed.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁促请隆市政局在武吉加里尔、大城堡及旧巴生路展开全面基础设施研究
  • KENYATAAN AKHBAR YB TERESA KOK (AHLI PARLIMEN SEPUTEH) PADA 27 OGOS 2026
  • Joint Efforts Needed: CPO KL, Mayor, and PTGWPKL Director Urged to Clamp Down on Illegal Parking Fee Collection on Kuala Lumpur State Land
  • MEDIA STATEMENT: THE TAMAN DESA PHASE 1 NEIGHBOURHOOD CONTROL SCHEME ISSUE (17 August 2026)
  • KENYATAAN MENGENAI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA FASA 1
  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme