Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Soalan Parlimen Mengenai Peraturan Terkandung Di Dalam Building&Common Property Act 2007.

Posted on Tuesday, 23-06-2009 by DAP Seputeh

PERTANYAAN: LISAN
TARIKH: 23 JUN 2009 (SELASA)

SOALAN :
Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan bilakah Kementerian akan membentangkan peraturan (regulations) yang sepatutnya terkandung di dalam Building and Common Property (Maintenance & Management Act 2007). Apakah Pesuruhjaya Bangunan (Commission Of Buildings) boleh mendakwa pemaju yang enggan mengikut arahannya berdasarkan Seksyen 17(7) dalam akta tersebut.

JAWAPAN :
Tuan Yang Di-Pertua.

Terima kasih diucapkan kepada Ahli Yang Berhormat atas soalan ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang menyediakan empat peraturan-peraturan (regulations) di bawah Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyelenggaraan dan Pengurusan 2007 (Akta 663). Di samping itu, KPKT juga sedang meneliti dan mengkaji peraturan-peraturan lain yang perlu dibuat bagi mempastikan Akta 663 dapat dikuatkuasakan dengan berkesan.

Selaras dengan Seksyen 42(1) Akta 663, Menteri perlulah mendapat persetujuan daripada Pihak Berkuasa Negeri terlebih dahulu sebelum peraturan-peraturan ini diwartakan dan dikuatkuasakan. Walau bagaimanapun, peraturan-peraturan ini tidak perlu dibentangkan dalam dewan ini.

Seksyen 17(7) Akta 663 memperuntukkan kesalahan bagi mana-mana pemaju yang gagal untuk mematuhi Seksyen 17 Akta 663 tersebut iaitu peruntukan mengenai tanggungjawab pemaju terhadap Akaun Penyelenggaraan Bangunan. Jika disabitkan kesalahan, pemaju boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM 100,000 dan juga denda tidak melebihi RM 1,000 bagi tiap-tiap hari yang kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.

Dalam hal ini, apa-apa kesalahan di bawah Akta 663 akan didakwa oleh Pendakwa Raya atau Timbalan Pendakwa Raya atau mana-mana orang yang diberikuasa oleh Pendakwa Raya termasuklah Pesuruhjaya Bangunan.

1 thought on “Soalan Parlimen Mengenai Peraturan Terkandung Di Dalam Building&Common Property Act 2007.”

  1. lee wee tak says:
    Saturday, 27-06-2009 at 16: 09.57

    how many donkey years have Malaysia been having condominiums, apartments, service apartments, multi-level shopping / commercial complexes?

    why can’t we have the laws and regulations plus the enforcement resources in before the landscape in parts of Malaysia have been populated by all these buildings?

    a visit to these community living facilities in Singapore and Hong Kong will make you wonder

    instead of having that waste of money 1Malaysia dance and song where reluctant students are yanked to Dataran Merdeka this morning, we should focus on cultivating civic mindedness of Malaysians. we are moving backwards compared to the 1970’s and 1980’s where our streets are not as dirty as now

Comments are closed.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石
  • Press statement by Teresa Kok, MP for Seputeh on 12 March 2026: An RCI Is the Test of Madani’s Commitment to Transparency

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme