Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Soalan Lisan dan Bertulis Bagi Sidang Parlimen Jun – Julai 2009

Posted on Tuesday, 26-05-2009 by DAP Seputeh

 

Soalan Lisan

1) 16 Jun 2009 (Selasa)      

YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Pelajaran menyatakan bilangan anak pelarian yang belajar di sekolah rendah dan sekolah menengah di negara kita dan prosedur memasuki sekolah tempatan. Memandangkan keturunan pelarian dan orang  asing tanpa izin di negara kita ini semakin meningkat, macam manakah kerajaan menangani masalah pendidikan di kalangan keturunan orang asing tanpa izin dan pelarian tersebut? 

2) 22 Jun 2009 (Isnin)      

YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Kewangan menyatakan kenapakah Akta Eksais diletakkan di bawah bidang kuasa Majlis Daerah dan bukannya di bawah Yang Dipertua Majlis Perbandaran?  Bukankah Majlis Perbandaran mempunyai kuasa yang lebih terus ke atas isu-isu yang termaktub dalam Akta Eksais berbanding dengan Majlis Daerah?

3) 23 Jun 2009 (Selasa)  

YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyatakan apakah rancangan Kementerian untuk membangunkan dan menggalakkan teknologi hijau di negara kita. Apakah produk teknologi hijau yang digalakkan oleh kementerian dan juga insentif yang diberi oleh pengilang bahan  teknologi hijau tersebut.

4) 29 Jun 2009 (Isnin)

YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyatakan apakah rancangan TNB ke atas sambungan kabel TNB di Kg Terentang di Rawang selepas TNB telah kalah di Mahkamah dan ditegah oleh Mahkamah untuk mengikut route sambungan kabel TNB yang asal?  

5) 30 Jun 2009 (Selasa)

YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan  menyatakan berapa pemaju yang tidak mengikut keputusan dan arahan Tribunal Perumahan dan masih belum didakwa ke Mahkamah?  Berapakah pemaju dihukum oleh Mahkamah Tinggi kerana enggan mengikut keputusan Tribunal Perumahan.

6) 02 Julai 2009 (Khamis)

YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Dalam Negeri menyatakan nama bekas anggota Komunis yang dibenarkan balik ke Malaysia dan nama yang ditolak untuk pulang ke Malaysia. Sila nyatakan kriteria yang ditetapkan oleh pihak Kementerian untuk membenar dan menolak bekas anggota Komunis untuk pulang ke Malaysia.

7) 06 Julai 2009 (Isnin)

YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menyatakan apakah Kerajaan mempunyai kod etika penggunaan laman web kerajaan oleh pegawai kerajaan di pejabat mereka? Sila nyatakan laman web yang telah dilarang oleh kerajaan untuk dilawat oleh pegawai kerajaan dengan perkhidmatan internet kerajaan dan jumlah penulis laman web yang telah diambil tindakan oleh pihak kerajaan setakat ini? 

8) 07 Julai 2009 (Selasa)

YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan bilakah Kementerian akan membentangkan peraturan (regulations) yang sepatutnya terkandung di bahawa Building and Common Property (Maintenance & Management Act 2007)? Apakah Pesuruhjaya Bangunan (Commission Of  Buildings)  boleh mendakwa pemaju yang enggan mengikut arahannya berdasarkan seksyen 17(7) dalam akta tersebut?  

9) 09 Julai 2009 (Khamis)

YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan apakah kerajaan mempunyai rancangan untuk mengurangkan dan pada akhirnya mengharamkan penggunaan plastik bag seperti apa yang dilakukan oleh sesetengah negara? Apakah KPI yang ditetapkan Kementerian dari segi perlindungan alam sekitar di Malaysia?

10) 13 Julai 2009 (Isnin)

YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Dalam Negeri menyatakan bilangan anggota polis dalam Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan Cawangan Khas di PDRM? Memandangkan negara kita bukan berada dalam keadaan huru-hara ataupun pemberontakan, kenapakah PDRM tidak menggunakan anggota di kedua-dua unit ini untuk menangani kenaikan kes jenayah?

 

Soalan Bertulis 

1)      YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Dalam Negeri menyatakan bilangan orang yang ditangkap oleh polis kerana kesalahan perhimpunan tidak sah mengikut pecahan negeri dan pecahan bulanan pada tahun 2007, 2008 dan 2009. Berapakah di antara mereka yang telah didakwa ke Mahkamah atas kesalahan melanggari perhimpunan tidak sah. 

 2)      YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Dalam Negeri menyatakan bilangan pemohon di bawah program “Malaysia My Second Home” yang telah memohon untuk menjadi warga negara tetap. Apakah kriteria Kementerian untuk menimbangkan permohonan mereka untuk menjadi warga negara tetap?

 3)      YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Kewangan menyenaraikan pecahan pemegang kad kredit yang tidak membayar balik hutang kad kredit mereka mengikut pecahan quater pada tahun 2007, 2008 dan 2009.  Sila nyatakan 5 bank yang mempunyai paling banyak pemegang kad kredit yang tidak bayar balik hutang kad kredit mereka dan juga bilangan penghutang tersebut.

 4)      YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Pelajaran menyenaraikan sekolah Cina dan Tamil yang telah diberi peruntukan ataupun bantuan khas oleh kementerian pada tahun 2009.

 5)      YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Kerja Raya menyenaraikan projek pembangunan yang telah mula dijalankan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Pertama dan Kedua. 


Usul Mengikut Peraturan Mesyuarat 27.1

1)      “Bahawa dewan ini mengambil keputusan untuk membenarkan siaran langsung sidang Dewan Rakyat melalui televisyen supaya rakyat boleh menonton ucapan para ahli berhormat dan proses Dewan Rakyat membuat keputusan terhadap dasar dan undang-undang.”

2)      “Bahawa dewan ini mengambil keputusan untuk memulihkan pilihan raya kerajaan tempatan demi menjadikan perkhidmatan kerajaan tempatan di negara kita lebih berkesan di samping memulangkan hak kepada rakyat untuk memilih Datuk Bandar dan ahli Majlis Kerajaan Tempatan.

3)      “Bahawa dewan ini mengambil keputusan untuk mendesak kerajaan untuk melaksanakan kempen kitar-semula dan kempen pengurangan penggunaan plastik dengan lebih gigih demi memelihara kebersihan alam sekitar.

4)      “Bahawa dewan ini mengambil keputusan untuk mengembalikan Akta Perkhidmatan Parlimen yang telah dimansuhkan pada tahun 1993 sebagai langkah untuk menjadikan Parlimen Malaysia sebagai Parlimen Dunia Pertama. 

5)     “Bahawa dewan ini meyokong cadangan Suruhanjaya DiRaja Pembaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM dan YAB Perdana Menteri untuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas dan Salah Laku Polis (IPCMC).    

 

1 thought on “Soalan Lisan dan Bertulis Bagi Sidang Parlimen Jun – Julai 2009”

  1. KFTANG says:
    Friday, 29-05-2009 at 22: 50.05

    YB, hope both your oral and written questions in the coming session of Parliament will have the right and proper answers from the respective ministers. The ministers concerned should personally attend to your queries and questions. All the best!

Comments are closed.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme