This is my speech on budget for Federal Territory which I could not finish reading because the Deputy Speaker insisted I stop. 🙁
Ucapan YB Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh Dalam Perbahasan Peringkat Jawatankuasa Kementerian Wilayah Persekutuan Pada 29 November 2007
030000 DBKL
1) Diskaun Kepada Pembeli Rumah Bumiputera di Lembah Klang
Saya menerima aduan daripada pemaju perumahan yang menghadiri mesyuarat di DBKL pada 31 Julai tahun ini. Kesemua pemaju telahpun mengikut peraturan DBKL dengan menyiarkan iklan yang menonjolkan unit yang dijual kepada bumiputera di mukasurat yang nyata di surat khabar.
Kempen menggalakkan bumiputera untuk membeli rumah-rumah pemaju perumahan di Kuala Lumpur memanglah tidak murah, selain daripada menyiarkan iklan di akhbar Aliran utama, mereka juga perlu membayar sewa ruang di kompleks beli-belah yang kos sewaa hampir dengan RM20,000. Pemaju ini selalu diminta untuk mengulangi kempen mereka apabila mereka gagal menjual unit bumiputera tersebut.
Pemaju-pemaju perumahan berpendapat, sebab mereka gagal menarik bumiputera untuk membeli rumah mereka adalah kerana lokasi perumahan mereka terletak di kawasan bandar yang mempunyai penduduk Cina kelas menengah yang padat, seperti di Salak Selatan, Sungai Besi, OUG dan sebagainya di kawasan Parlimen Seputeh, yang mana terdapat pasar yang menjual daging babi dan sekolah Cina. Jadi, walaupun pemaju perumahan berkenaan memberi diskaun sebanyak 20% kepada kaum bumiputera, mereka masih tidak akan membeli rumah di tempat-tempat ini, kerana tempat berkenaan memang jauh dan asing daripada tempat kediaman kaum bumiputera. Tetapi selalunya pihak DBKL enggan menerima penjelasan dan alasan mereka, dan menghendaki mereka mengulangi kempen menjual rumah kepada kaum bumiputera.
Bayangkan sekiranya syarat ini dikenakan ke atas pemaju perumahan kecil, jumlah unit yang dibina di sesebuah tempat ialah 40, manakala peruntukan kepada bumiputera ialah 12. Selalunya apabila pemaju telah cuba sedaya-upaya untuk mengikut peraturan DBKL untuk mempromosi unit Bumiputera, DBKL masih enggan melepaskan unit Bumiputera projek perumahan mereka untuk dijual kepada pembeli bukan bumiputera.
Dalam mesyuarat pada 31 Julai tahun ini, para pemaju amat tidak puas hati atas keputusan baru DBKL yang menghendaki pemaju memberi bayaran diskaun 7% yang sepatutnya diberi kepada pembeli rumah bumiputera kepada DBKL. Ini bermaksud dalam satu projek perumahan kecil yang mengandungi 12 unit bumiputera yang tidak dapat dijualkan, pemaju dipaksa untuk membayar RM29,400 bagi setiap unit kepada DBKL. Jadi bagi 12 unit bumiputera yang tidak dapat dijual, pemaju perumahan projek kecil tersebut terpaksa membayar RM352,800 kepada DBKL.
Pengumuman ini mendatangkan bantahan yang kuat daripada semua pemaju perumahan yang menghadiri mesyuarat tersebut. Para pemaju ini bertanya tentang rasional DBKL yang menghendaki mereka memberi diskaun kepada bumiputera yang mampu membeli rumah dengan harga RM420,000? Bukankah ini merupakan penyelewengan Dasar Ekonomi Baru?
Apakah rasional bagi pemaju dan kaum lain untuk memberi bayaran yang tinggi ke atas kos melaksanakan dasar kepunyaan rumah bagi bumiputera? Memanglah tidak adil dan rasional bagi DBKL untuk menghendaki pemaju untuk menanggung kos pengiklanan dan kempen yang tinggi untuk menganjurkan ‘roadshows’ untuk memujuk kaum Melayu untuk membeli rumah.
2) Bazaria yang dibina oleh Komuniti Bestari di Sri Petaling
Saya ingin tanya tentang apa yang telah berlaku tentang Bazaria yang dibina di tanah hijau di Bandar Baru Sri Petaling. Kenapakah pihak penganjur, iaitu Komuniti Bestari dibenarkan untuk terus membina bazaria tersebut walaupun ia tidak mendapat kelulusan daripada DBKL, seperti apa yang dijawap oleh Setiausaha Parlimen Wilayah Persekutuan kepada saya dalam sidang Dewan Rakyat di bulan Julai tahun ini.
Saya berpendapat DBKL telah mengambil pendirian yang berat sebelah dan tutup sebelah mata dalam kes ini. DBKL telah gagal mengambil tindakan untuk menghentikan projek ini walaupun ia telah mendatangkan bantahan kuat daripada Persatuan Penduduk Sri Petaling dan juga parti politik di BN dan pembangkang.
Cara DBKL menangani isu ini adalah amat berbeza dengan cara DBKL menangani pusat penjaja yang tidak mendapat kebenaran seperti di Jalan Awan Besar di OUG, di kawasan saya, di mana tanah simen yang telah dibuat itu kemudian dikorek oleh pihak Direktorat DBKL, tetapi DBKL tidak mengambil apa-apa tindakan atas kes ini.
Di sini, saya ingin mencadangkan supaya tapak Bazaria yang telah ditar secara cantik ini dibuka kepada penduduk dan peniaga di tempat itu untuk meletakkan kereta.
Saya juga ingin mencadangkan supaya DBKL menghentikan caj perletakan kereta di tempat letak kereta di belakang kedai baru di Sri Petaling.
3) Papan Tanda Projek Baru Haruslah Jelas Dilihat Oleh Orang Ramai
Saya juga mencadangkan sebelum DBKL menjalankan apa-apa projek di sesuatu tempat, seperti pengutipan wang letak kereta ataupun projek pembangunan baru, ia harus mendapat persetujuan daripada persatuan penduduk ataupun penduduk di persekitaran berkenaan.
Di sini, saya ingin membangkitkan ketidakpuasan penduduk di Shanghai Garden di Jalan Klang Lama ke atas satu cadangan projek kondominium 30 tingkat yang akan dibina di sebelah Shanghai Garden. Walaupun papan tanda yang memberitahu orang ramai tentang projek itu telahpun ditegakkan, tetapi ia ditegak di tempat yang amat sukar dilihat dan diperhatikan oleh orang ramai. Saya berharap Jabatan Perancangan DBKL boleh mengenakan syarat yang jelas dan ketat atas papan tanda pemberitahuan projek seperti ini.
4) Bahagian Penilaian Hartanah (commission of buildings) di DBKL Kekurangan Kakitangan.
Di Kuala Lumpur terdapat banyak rumah pangsa dan pangsapuri yang mempunyai masalah, samada masalah – how come only DATUK BANDAR be appointed—so many flats in KL
5) DBKL Harus Menetapkan Tempat Beribadat Bukan Islam Di Projek Perumahan Baru. Selalunya DBKL hanya menetapkan masjid untuk dibina di kawasan perumahan baru, tetapi bukannya agama bukan Islam, sehingga persatuan bukan agama Islam terpaksa menggunakan rumah teres untuk dijadikan tokong agama.
6) Tanah Runtuh Yang Berlaku Pada April Tahun 2000 di Jalan Gempita 7 di Taman Salak Selatan telah menjejaskan 3 rumah teres. 3 rumah teres tersebut masih tidak boleh diduduki orang dan menjadi terbiar atas malapetaka ini sehingga hari ini. Selepas tanah runtuh berlaku, DBKL pernah menjalankan pemeriksaan tanah (soil test) untuk mencari sebab-musebab keruntuhan tanah tersebut. Selepas itu, DBKL berjanji ia akan mengisi balik tanah di tempat tersebut supaya tuanpunya rumah berkenaan boleh membina rumah mereka semula di lot mereka berkenaan, tetapi ia
7) Direktori DBKL & Laman Web DBKL Haruslah Selalu Diperbaharui, Khususnya Selepas Rombakan Diadakan. Saya juga ingin minta pegawai DBKL, khususnya mereka yang berpangkat tinggi seperti pengarah supaya lebih mesra kepada wakil rakyat apabila kami ingin minta perjumpaan dan mesyuarat.
Kadang-kadang saya terpaksa tunggu berminggu-minggu dan berbulan-bulan untuk berjumpa dengan pegawai kanan, mereka adalah lebih susah untuk dijumpa berbanding dengan menteri kabinet.
8) Jabatan Penjaja DBKL Harus Mengubahsuai Saiz Gerai di Pasar Pagi dan Pasar Malam Dibesarkan Daripada 3 kaki x 6 kaki kepada 6 kaki x 6 kaki demi kemudahan para penjaja. Saya Cadangkan Supaya Bylaw Ditukar Bagi Lot Kedai Restoran Tepi Supaya Mereka Boleh Dimuatkan Lebih Gerai Di Dalam Kedai Restoran Mereka, Seperti Apa Yang Dilakukan di MPSJ dll.
9) Bilakah DBKL Akan Mula Menjual Unit PPR Kepada Penduduk di PPR di Kuala Lumpur Sebagaimana Yang Diumumkan Oleh DBKL dan Kerajaan, Khususnya Kepada Setinggan Projek Terbengkalai KL Linear City?
10) Stor Simpanan Barangan Tersita Direktorat Keselamatan DBKL Terhilang
Sassy MP. When I related this incident to my Chinese friends, they told me “Si Cheng” means “clock” in Hokkien.
If this is true, then Si Cheng is living up to his name. He’s really watching his “si cheng (clock)” all the time. He’s only a time keeper, never minding or comprehending the essence or importance of what is being raised or spoken by MPs. Maybe he’s just a frustrated, spoilt brat. Yes, that must be it. He must have had a bad day or night and needed to let off some steam. You were just unfortunate.
Keep it up, Sassy MP. We are all watching you.
Sassy MP,Goodness..its sad when people like you are trying to do good for the comunity and getting knocked off in that fashion…Btw…are they even listening to you while you were talking??
Im a fan of your work and thank you for your support all these years!
P.S- What is the min age for voters? Last i checked it was 21? doesnt seem to be the case anymore…ive got a story on abinesh.com and love to hear your views!
when u have a blanket policy, local peculiarities will necessitate tactical adjustments. does a malay house buyer want to stay in an environment he/she less preferred as he/she can buy a house in another location he is more comfortable in?
for the bumiputra discount, I say, it is time to consider abolishing it for houses above certain prices. If a bumi can afford a 300K / 500K condo, he/she does not need a discount anymore. This will help to keep house prices in check a bit as the cost of materials continue to increase
when the gomen say we should stop the petrol subsidy so that the joe public can understand the cost of fuel better, why not consider some consistency for the bumi discount issue?
oh btw, why not some officer in DBKL buy some of those houses and move in there?