Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

FreeMano Campaign

Posted on Tuesday, 05-05-2009Tuesday, 05-05-2009 by

Kenyataan Jawatankuasa Membebaskan YB Manoharan & Tahanan ISA Yang
Lain Pada 5 Mei 2009 Di Shah Alam

mano6

Kenyataan YB Manoharan bahawa beliau ingin meletakkan jawatan sebagai
ADUN Kota Alam Shah atas alasan beliau tidak dapat melaksanakan
tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat kerana berada di bawah penahanan
ISA, sekali lagi menunjukkan kezaliman penahanan ISA.

Sebelum YB Manoharan ditahan di bawah ISA, beliau merupakan seorang
peguam yang berjaya dalam kerjayanya. Penahanan beliau di bawah ISA
kelihatan hanya kerana beliau menjadi peguambela kepada pemimpin
Hindraf yang di dakwa ke Mahkamah. Tindakan kerajaan ini memang tidak
munasabah dan tidak adil. Begitulah juga dengan penahanan tanpa bicara
ke atas semua tahanan yang lain.

mano3

Kemenangan YB Manoharan sebagai ADUN di Kota Alam Shah dalam Pilihan
Raya pada Mac 2008 menunjukkan orang ramai memang simpati ke atas
penahanannya di bawah ISA. Dengan kata lain, kemenangannya dalam
Pilihan Raya pada Mac 2008 adalah disebabkan oleh undi bantahan
terhadap ISA, undang-undang zalim. Penafian hak YB Manoharan untuk
mewakili kepentingan rakyat di kawasan ADUNnya merupakan satu
pencabulan hak asasi manusia.

Kami faham YB Manoharan telahpun cuba membebaskan dirinya daripada ISA
melalui saluran undang-undang. Beliau pernah memfailkan banyak kes-kes
habeas corpus ke mahkamah demi membebaskan dirinya daripada penahanan
ISA, tetapi kesemua usaha beliau telahpun dinafikan oleh Mahkamah.
Kami boleh faham betapa kecewa perasaan beliau dan juga anggota
keluarga nya.

Sejak YB Manoharan menyampaikan hasratnya untuk meletakkan jawatan
sebagai ADUN, para pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat telahpun
menyampaikan sokongan kami terhadap beliau untuk terus menyandang
jawatan ADUN nya melalui isteri beliau.

Walau bagaimanapun, kami difahamkan bahawa Lembaga Penasihat Penahanan
ISA akan bermesyuarat pada 18 dan 19 Mei 2009 untuk mengkaji semula
penahanan YB Manoharan. Oleh itu, kami ingin melancarkan kempen
membebaskan YB Manoharan dan tahanan ISA yang lain di seluruh Negeri
Selangor, khasnya di kawasan sekitar Kota Alam Shah, kawasan DUN nya.
Di dalam kempen ini, kami akan melancarkan kempen tandatangan, ceramah
dan lawatan penerangan kepada orang ramai dan sebagainya. Kempen ini
akan tamat pada 17 Mei 2009, iaitu sehari sebelum pendengaran Lembaga
Kaji Semula Penahanan ISA. Kami akan serahkan kesemua tandatangan
petisyen yang kami kumpulkan kepada YAB Perdana Menteri, YB Menteri
Dalam Negeri dan juga kepada Lembaga ini melalui YB Karpal Singh,
peguambela kepada YB Manoharan.

Rakyat dan sesiapa yang menyokong kempen ini boleh mengemukakan
bantahan dan petisyen ini melalui www.petitiononline.com/freemano.
Orang ramai dan pemimpin Pakatan Rakyat juga boleh membantu kempen ini
dengan menganjurkan aktiviti-aktiviti kecil di kawasan masing-masing
dengan turut disertai oleh NGO supaya kempen ini dapat dijalankan
dengan jayanya.
Sehubungan dengan itu, orang ramai boleh mengemukakan sebarang
cadangan atau sokongan kepada YB Manoharan melalui email:
[email protected].

Pengerusi Bersama:

YB Teresa Kok
(EXCO Kerajaan Negeri Selangor
Merangkap Wakil Parti DAP)

YB Nik Nazmi bin Nik Ahmad
(Wakil Parti PKR)

YB Khalid bin Samad
(Wakil Parti PAS)

Syed Ibrahim
(Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)

mano1

2 thoughts on “FreeMano Campaign”

  1. KFTANG says:
    Tuesday, 05-05-2009 at 18: 26.37

    The very fact that YB Manoharan was elected as ADUN for Kota Alam Shah in the March 2008 elections shows that the constituents there support and want him to serve them despite he being undemocratically and unjustly detained in Kamunting prison under the ISA. The ISA as everybody knows is a harsh piece of draconian law way past its time and tenure.

    YB Manoharan is obviously frustrated and disappointed that he cannot truly serve his constituents to the fullest physically in person, thus voicing his intention to resign as ADUN. There is no resign for him to vacate his seat as he was democratically elected. The BN government should immediately release him from ISA detention as he is certainly no threat to the security of the country which was all trumped up.

    I wholly support the campaign ‘Bebaskan YB Manoharan & semua tahanan ISA’ initiated by Pakatan Rakyat and its leaders. All the best for a freer Malaysia!

  2. leguan says:
    Friday, 08-05-2009 at 12: 40.05

    YB Manoharan is a very sensible and responsible man, by saying that he cannot serve his constituents from the Kamunting Prison and thus render him an ineffective ADUN for Kota Alam Shah. If the government finds that he is a threat to national security, then by all means charge him in a civilian court, so that he can defend his innocence. Just hope that our leaders ill come to their senses and free all detainees so that our country will be recognised by the wider world as a respected member of the world community where basic human dignity and right is upheld.

Comments are closed.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁促请隆市政局在武吉加里尔、大城堡及旧巴生路展开全面基础设施研究
  • KENYATAAN AKHBAR YB TERESA KOK (AHLI PARLIMEN SEPUTEH) PADA 27 OGOS 2026
  • Joint Efforts Needed: CPO KL, Mayor, and PTGWPKL Director Urged to Clamp Down on Illegal Parking Fee Collection on Kuala Lumpur State Land
  • MEDIA STATEMENT: THE TAMAN DESA PHASE 1 NEIGHBOURHOOD CONTROL SCHEME ISSUE (17 August 2026)
  • KENYATAAN MENGENAI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA FASA 1
  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme