Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

My Speech On Transport Ministry

Posted on Tuesday, 27-11-2007Wednesday, 28-11-2007 by Teresa

Ucapan YB Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh Pada 27 November 2007 Dalam Perbahasan Peringkat Jawatankuasa Kementerian Pengangkutan

Butiran: 060000 Pengangkutan Darat

Scam E-KESIHATAN
Datuk pengerusi,

Saya ingin bangkitkan kes berkenaan dengan e-Kesihatan.

Pada 3 September 2007, Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) memeterai perjanjian dengan Supreme System Sdn Bhd untuk melancarkan E-Kesihatan online pada 1 Oktober 2007. Syarikat ini akan mengenakan bayaran RM80 ke atas pemandu semua kenderaan komersial untuk mengadakan pemeriksaan badan. Program diumumkan oleh YB Menteri Pengangkutan tanpa menghirau bantahan kuat daripada banyak pihak.

Pada 16 September 2007, Timbalan Ketua Pengarah JPJ Haji Solah Hassan berkata JPJ telah mendapat persetujuan daripada Kementerian Kesihatan untuk melaksanakan skim ini., tetapi anehnya pengumuman ini dinafikan oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Tan Sri Dr. Ismail Merican.

Tiga hari kemudian, pada 19 September 2007 – YB Menteri Kesihatan berkata kabinet telah JPJ telah mencabuli Standard of Procedure kerana mereka tidak pernah menghantar kertas kabinet, dan tidak pernah mengadakan perundingan dengan Kementerian Kesihatan dan EPU. Kabinet kemudian menunda projek ini menyerahkan projek ini untuk kajian lebih lanjut oleh EPU.

Soalan saya ialah:
i. Pada mulanya, siapakah yang memberi kuasa kepada JPJ untuk menandatangani persetujuan dengan SUPREME SYSTEM SDN BHD untuk melaksanakan skima E-KESIHATAN tanpa mendapat kebenaran daripada kabinet?

ii. Skim ini ditolak oleh kabinet kerana JPJ tidak mengikut STANDARD OPERATION PROCEDURE. Kenapakah JPJ sengaja tidak mengikut kehendak dan prosedur kabinet?

iii. TIMBALAN KP JPJ pernah memberitahu media bahawa kementerian kesihatan, MMA dan MMC bahawa persetujuan telahpun diberi kepada JPJ untuk melancarkan E-KESIHATAN pada 1 OKTOBER 2007, tetapi kenyataan ini dinafikan oleh kesemua pihak yang disebutkan di atas. Apa yang telah berlaku dalam skim E-Kesihatan ini?

Apakah pihak kementerian telah mengambil tindakan disiplin terhadap pegawai JPJ, khususnya Timbalan Ketua Pengarah JPJ Solah Hassan yang telah memesongkan kabinet dan rakyat? Kalau ya, apakah tindakan yang telah diambil? Kalau tidak, kenapa?

Harga Saman Yang Terlalu Tinggi

080000 Keselamatan Jalan Raya

Saman pelanggaran jalan raya RM300. Harga saman adalah terlalu tinggi – tidak patut, saman trafik yang tinggi ini pun secara tidak langsung menggalakkan rasuah. Apakah kementerian pengangkutan telah menjalankan kajian bahawa saman yang berharga tinggi boleh merendahkan kes kemalangan jalan raya dan menjadikan pemandu kita lebih bertanggungjawab?

Saya bercadang supaya kerajaan menegakkan papan tanda untuk memberitahu pemandu kereta bahawa mereka dipantau oleh kamera, seperti apa yang dilakukan di banyak negara maju. Ini juga merupakan tanda sopan dan ‘civilise’ daripada pihak kerajaan.

Fi Ujian Memandu Kereta Terlalu Tinggi
Butiran 060400: Pengujian dan perlesenan Pemandu

Saya menerima aduan bahawa bayaran menjalani ujian memandu adalah terlalu tinggi – Kosnya hampir RM1,000 seorang. Kenapakah kos ini begitu tinggi? Apakah kementerian telah memantau tentang kos ujian pemandu yang dikenakan oleh institut pemandu ini?

Urban Transport Authority Masih Berfungsikah?

Pada tahun 2004, YB Menteri telah mengumumkan penubuhan Urban Transport Authority untuk mengkaji dan memantau keadaan trafik di Kuala Lumpur. Apakah perbadanan ini masih wujud? Apakah pencapaiannya setakat ini? Apakah Urban Transport Authority ini akan melaksanakan ‘congestion pricing’ pada tahun yang akan datang sebagaimana apa yang diumumkan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur?

Promosi KLIA

Saya ingin minta YB Menteri untuk memberitahu dewan yang mulia ini tentang keuntungan ataupun kerugian KLIA sejak ia mula dioperasi. Saya mendapati KLIA selalunya kelihatan kosong dan kurang penumpang ataupun pelancong. Apakah pihak KLIA telah mengadakan rancangan ataupun pakej promosi untuk menarik lebih syarikat penerbangan asing untuk datang ke KLIA? Apakah pihak KLIA telah mengkaji sebab-musebab sesetengah syarikat penerbangan enggan datang ataupun bersinggah di KLIA? Apakah pihak KLIA mengadakan perancangan untuk membantu syarikat-syarikat penerbangan asing ini untuk menubuh pejabat serantau ataupun membantu perkembangan perniagaan syarikat penerbangan asing sebagai langkah untuk menggalakkan syarikat penerbangan asing untuk menggunakan KLIA?

Teresa Kok

1 thought on “My Speech On Transport Ministry”

  1. lee wee tak says:
    Tuesday, 27-11-2007 at 18: 28.43

    JPJ has clearly acted ultra vires in awarding the health screening contract to a company which has no expertise in regulating medical professionals. The Health Ministry is also excluded from the decision making process.

    The result is the creation of an unnecessary parasite on the supply chain that would burden the public and enrich a few people behind this company.

    I remember the company claims that they would provide database services to JPJ. Can’t JPJ get a few diligent but unemployed graduates to maintain the database? An excel database would be sufficient.

    KLIA is a weird place. When I am in Changi airport, I see many Caucasians, Japanese who looks business-like, power players in the corporate world. In KLIA, I encounter many Indonesians and Bangladesh blue collar workers. I am not demeaning their status (as I believe most of them labour honestly) but this reflects where the high value end of business process is located.

    (note: most of regional office of MNCs are down in that little dot)

Comments are closed.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme