Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Perbahasan Peringkat Jawatankuasa: Kementerian Perladangan dan Komoditi oleh Teresa Kok (Seputeh) Pada 4 Nov 2026

Posted on Wednesday, 04-11-2026 by Editorial Team

Industri sawit merupakan antara tonggak penting ekonomi negara

Saya menyambut baik peningkatan peruntukan pembangunan kepada Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) daripada RM46.49 juta pada tahun 2026 kepada RM104.63 juta pada tahun 2027.

Saya ingin tanya macam manakah MPOB menggunakan dana Kerajaan ini pada tahun yang akan datang dan apakah projek pembangunan yang akan dilaksanakan untuk industri sawit?

Sehubungan dengan itu, saya ingin minta jawapan bertulis daripada Kementerian berkenaan dengan jumlah anggaran harga projek di bawah MPOB yang bernilai RM1,551,378,610 dalam mukasurat 227 buku Anggaran Perbelanjaan 2027.

Apakah projek-projek MPOB di bawah jumlah anggaran ini?

Saya berpandangan peningkatan peruntukan MPOB haruslah berusaha menjalankan penyelidikan tentang sawit, di samping menghulurkan bantuan kepada pekebun kecil yang masih berhadapan cabaran peningkatan kos baja, kekurangan tenaga kerja, pokok sawit tua, produktiviti rendah dan kos penanaman semula.

Pembangunan industri biodiesel dan Sustainable Aviation Fuel (SAF)

Saya difahamkan MOF telah memperuntukkan dana untuk membangunkan perlengkapan adunan biodiesel bila harga diesel di negara kita melonjak naik disebabkan oleh krisis Selat Hormuz, apakah perkembangan pembangunan perlengkapan depot adunan biodiesel tersebut, khususnya di Semenanjung dan Sabah?

Apakah persediaan kerajaan untuk mencapai aspirasi penggunaan SAF sebanyak 1 peratus pada tahun 2027 dan sasaran adunan biodiesel B30 menjelang tahun 2030?

Isu-isu industri Sawit

Sehubungan dengan itu, saya ingin tanya kementerian mengenai beberapa perkara berkaitan dengan industri sawit di bawah:

Pertama, penanaman semula dan produktiviti

Belanjawan 2027 menyediakan RM100 juta bagi pembiayaan hibrid penanaman semula dan RM200 juta melalui pinjaman mudah.

Apakah Kementerian telah menetapkan sasaran penanaman semula sawit tua, meningkatkan hasil sawit dan pendapatan pekebun kecil? Bagaimanakah keberkesanan peruntukan ini akan diukur dalam tempoh tiga hingga lima tahun?

Kedua, mekanisasi, automasi dan kecerdasan buatan

Banyak inovasi tempatan telah dibangunkan tetapi penggunaannya di ladang masih kelihatan kurang, khususnya di ladang pekebun kecil.

Apakah insentif dan galakan yang akan diberi oleh kementerian dan MPOB untuk menggalakkan penggunaan automasi di ladang, khususnya dari segi penuaian dan pengangkutan hasil, demi peningkatan produktiviti pekerja dan pengurangan kebergantungan kepada tenaga buruh.

Ketiga, pembangunan modal insan

Sektor peladangan memerlukan lebih ramai tenaga mahir tempatan, khususnya golongan muda dan wanita, dalam bidang teknikal, kejuruteraan, bioteknologi dan teknologi digital.

Saya bercadang Kementerian mewujudkan mekanisme libat urus yang lebih tersusun dengan pemain industri, pekebun kecil, penyelidik, institusi TVET dan universiti untuk mendapat maklum balas daripada pelbagai pihak untuk meningkatkan tenaga kerja mahir tempatan menjelang 2030, serta menggubal dasar yang lebih sempurna yang memanfaatkan semua pihak dalam industri sawit.

Aktiviti MPOGCF & MPOC

Akhirnya, saya ingin tanya apakah status terkini penanaman satu juta pokok di Negeri Sabah oleh industri sawit di bawah Yayasan Pemuliharaan Hijau Minyak Sawit Malaysia ataupun Malaysian Palm Oil Green Conservation Foundation (MPOGCF).

Apakah program yang telah diadakan oleh Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) dalam Tahun Melawat Malaysia 2026?

Sekian, terima kasih.

Teresa Kok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • Perbahasan Peringkat Jawatankuasa: Kementerian Perladangan dan Komoditi oleh Teresa Kok (Seputeh) Pada 4 Nov 2026
  • Ucapan Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh dalam perbahasan peringkat jawatankuasa bajet Kementerian Luar Negeri pada 3 November 2026
  • 郭素沁促增设捷运站 缓解武吉加里尔交通
  • 郭素沁促拟定金砖合作议程 要求交代马中协议落实进度
  • Ucapan Perbahasan Bajet Peringkat Jawatankuasa Jabatan Perdana Menteri Pada 2 November 2026
  • Ucapan Kamar Khas: Masalah Pelaksanaan Akta A1730: Akta Juruukur Tanah Berlesen (Pindaan) 2024
  • Ucapan Kamar Khas: Kerajaan Diminta Membatalkan Pembinaan 17 Ribu Unit Rumah di Jalan Impian Indah, Bukit Jalil (27 Okt 2026)
  • Court Judgement YB Teresa Kok VS Datuk Dr Akmal
  • UCAPAN PERBAHASAN BELANJAWAN 2027 OLEH TERESA KOK (SEPUTEH) PADA 13 OKTOBER 2026
  • Ucapan Teresa Kok (Ahli Parlimen Seputeh) dalam Perbahasan RUU Akta Makanan 1983 (8 Oktober 2026)
  • MOTAC DIMINTA MENYATAKAN PENCAPAIAN KEMENTERIAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026
  • Ucapan Teresa Kok dalam Perbahasan “Laporan Pengurusan Pelarian di Malaysia” di Dewan Rakyat pada 5 Oktober 2026
  • Rest in Peace, Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali
  • 郭素沁促请隆市政局在武吉加里尔、大城堡及旧巴生路展开全面基础设施研究
  • KENYATAAN AKHBAR YB TERESA KOK (AHLI PARLIMEN SEPUTEH) PADA 27 OGOS 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme