Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Ucapan Perbahasan Bajet Peringkat Jawatankuasa Jabatan Perdana Menteri Pada 2 November 2026

Posted on Monday, 02-11-2026 by Editorial Team

Tuan Pengerusi, kita sebagai ahli berhormat di parlimen Malaysia haruslah berasa bangga atas banyak pembaharuan yang telah dilaksanakan di parlimen kita dalam tiga tahun yang lepas.

Hubungan di antara ahli Parlimen dan NGO tempatan dan NGO antarabangsa telahpun ditambahbaikkan melalui pelbagai aktiviti APPGM dan prosiding di bawah Jawatankuasa Pilihan dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Parlimen (PAC).

Syabas kepada Speaker dan Setiausaha Dewan Rakyat dan pihak pengurusan Dewan Negara juga.

Kami merasa amat gembira untuk melihat Akta Perkhidmatan Parlimen telahpun diwartakan dan dilaksanakan dalam bulan Oktober sekarang.

Saya ingin mencadangkan MOF akan memberi lebih peruntukan kepada pihak Parlimen untuk meneruskan pelbagai reformasi yang telah dilaksanakan di Parlimen sekarang. Parlimen perlu lebih pegawai yang berpengalaman dalam pelbagai bidang.

Saya sebagai Naib Pengerusi PAC ingin memohon pihak kerajaan dan pentadbiran Parlimen menstabilkan sekretariat PAC dengan melantik lebih pegawai yang berkaliber untuk membantu urusan sekretariat PAC.

Saya juga bercadang Parlimen menubuhkan unit penggubalan undang-undang untuk membantu Ahli Parlimen dan agensi kerajaan yang ingin membawa rang undang-undang baru untuk dibentangkan di Parlimen, sebagai langkah untuk mengurangkan beban penggubalan dan pindaan undang-undang di bawah Jabatan Peguam Negara (AGC).

Kajian Semula PTKL 2040 & Bandar MADANI Bukit Jalil

Saya menyokong usaha DBKL untuk mengkaji semula zon guna tanah di bawah Pelan Tempatan KL 2040. Saya berharap usaha mengkaji semula PTKL 2040 tidak akan berlaku seperti apa yang berlaku lepas, di mana banyak cadangan perubahan yang berasas yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen dan penduduk dalam pendengaran PTKL 2040 ditolak oleh DBKL atas alasan ia bercanggah dengan Pelan Struktur KL 2040.

Kalau DBKL masih berpegang pendirian ini, maka apa-apa cadangan baru daripada wakil rakyat dan penduduk pun tidak boleh dimasukkan dalam kajian semula ini lagi, jadi usaha kajian semula PTKL 2040 pun menjadi sia-sia sahaja.

Sehubungan dengan itu, saya ingin tanya berkenaan zon guna tanah di tapak cadangan pembinaan 17,000 unit rumah Bandar Madani Bukit Jalil yang mempunyai keluasan 65 ekar.

Di bawah PTKL 2040 sekarang, tapak tersebut dibahagikan kepada 2 zon, satu ialah di Lot 37230 yang mempunyai nisbah plot 1: 3 dan satu zon ialah di Lot 103732 hingga Lot 103812 yang mana nisbah plot adalah 1 : 5.

Tetapi cadangan pembinaan 17,000 unit rumah di kedua-dua zon tanah tersebut ini akan mengubah plot nisbah ke 1 : 7.1. Sekiranya cadangan projek ini diteruskan, ia akan menjadikan kesesakan trafik di Bukit Jalil lebih serius.

Saya ingin merayu kepada DBKL supaya menurunkan nisbah plot di tapak cadangan Bandar Madani Bukiti Jalil menolak sebarang tekanan untuk “bulldoze” pembinaan 17,000 unit rumah di projek Bandar Madani Bukit Jalil tersebut.

Memandangkan terdapat 15,000 unit rumah baru di Bukit Jalil dan 6,000 unit rumah baru di bahagian Selangor telah mendapat kebenaran merancang dan dalam pembinaan, saya ingin minta YB Menteri di JPM yang mengawasi Wilayah Persekutuan dan Datuk Bandar KL memperjuangkan pembinaan satu stesen MRT di tapak cadangan Bandar Madani Bukit Jalil sebagai langkah untuk meredakan kesesakan trafik yang semakin serius di Bukit Jalil, Bandar Kinrara dan Taman Puncak Jalil.

Kajian Persempadanan Semula di Kawasan-Kawasan Parlimen Lembah Klang

Saya difahamkan Kerajaan Persekutuan telah bersetuju untuk memperuntukkan satu per tiga (1/3) kerusi kepada Wilayah Borneo.

Saya ingin mencadangkan supaya SPR juga menjalankan persempadanan semula bagi Kawasan-kawasan Parlimen di Lembah Klang, khususnya kerusi Parlimen di Negeri Selangor telah mengalami peningkatan mendadak penduduk dan pengundi yang, khususnya di kawasan Parlimen Damansara, Klang, Kapar, Bangi dan lain.

Jumlah penduduk dan pengundi di kawasan-kawasan Parlimen tersebut adalah dua kali malah tiga kali ganda berbanding dengan kawasan Parlimen yang lain.

Ini adalah amat tidak adil bagi pengundi dan wakil rakyat bagi kawasan-kawasan parlimen tersebut.

Tibalah masanya bagi SPR untuk menjalankan kajian persempadanan semula di Kawasan-kawasan parlimen yang mempunyai pengundi yang terlalu ramai.

Terima kasih.

Teresa Kok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • Ucapan Perbahasan Bajet Peringkat Jawatankuasa Jabatan Perdana Menteri Pada 2 November 2026
  • Ucapan Kamar Khas: Masalah Pelaksanaan Akta A1730: Akta Juruukur Tanah Berlesen (Pindaan) 2024
  • Ucapan Kamar Khas: Kerajaan Diminta Membatalkan Pembinaan 17 Ribu Unit Rumah di Jalan Impian Indah, Bukit Jalil (27 Okt 2026)
  • Court Judgement YB Teresa Kok VS Datuk Dr Akmal
  • UCAPAN PERBAHASAN BELANJAWAN 2027 OLEH TERESA KOK (SEPUTEH) PADA 13 OKTOBER 2026
  • Ucapan Teresa Kok (Ahli Parlimen Seputeh) dalam Perbahasan RUU Akta Makanan 1983 (8 Oktober 2026)
  • MOTAC DIMINTA MENYATAKAN PENCAPAIAN KEMENTERIAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026
  • Ucapan Teresa Kok dalam Perbahasan “Laporan Pengurusan Pelarian di Malaysia” di Dewan Rakyat pada 5 Oktober 2026
  • Rest in Peace, Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali
  • 郭素沁促请隆市政局在武吉加里尔、大城堡及旧巴生路展开全面基础设施研究
  • KENYATAAN AKHBAR YB TERESA KOK (AHLI PARLIMEN SEPUTEH) PADA 27 OGOS 2026
  • Joint Efforts Needed: CPO KL, Mayor, and PTGWPKL Director Urged to Clamp Down on Illegal Parking Fee Collection on Kuala Lumpur State Land
  • MEDIA STATEMENT: THE TAMAN DESA PHASE 1 NEIGHBOURHOOD CONTROL SCHEME ISSUE (17 August 2026)
  • KENYATAAN MENGENAI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA FASA 1
  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme