Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

YB Teresa Kok membuat laporan polis terhadap Artikel Palsu berunsur Fitnah (15 Jan 2026)

Posted on Thursday, 15-01-2026 by Editorial Team

Petang ini, saya dan pembantu saya telah pergi ke Balai Polis Sri Petaling untuk membuat laporan berkenaan posting-posting di media sosial berkenaan artikel yang berbaur fitnah yang bertajuk “Sijil halal untuk babi adalah wajar-Teresa Kok”

Saya terpaksa membuat laporan polis dan laporan kepada MCMC kerana artikel ini telah tular di media sosial, dan saya langsung tidak pernah membuat kenyataan ini.

Laporan polis saya adalah seperti berikut:

Pada 14 Januari 2026, saya terima beberapa mesej whatsapp daripada Kawan saya berkenaan satu artikel yang bertajuk “Sijil Halal untuk babi adalah wajar – Teresa Kok” dengan gambar foto saya. Saya difahamkan ia telah tular di media sosial.

Artikel ini adalah berunsur fitnah terhadap saya kerana saya langsung tidak pernah membuat kenyataan begini.

Setakat ini, akaun Facebook yang menyiarkan artikel fitnah dan palsu ini termasuk:

1. Muhammad Firdaus Abdullah
2. Rohani Rahman
3. Megats Panji Alams
4. Bossku Gopal
5. Rosedi Ismail
6. Othman Orhman
7. Shogun TurusEmpat
8. Kay Utd
9. Muhazam Mamat
10. Zahar Mohd
11. Manda Sara
12. Amir Hassan
13. Ahmad Shuaib Ismail
14. Mohd Redzuan Ismail
15. Nasir Jamaludin
16. Azurin Wahab
17. Anida Osman
18. Mohd Noor

Selain itu, satu akaun bernama “infra.gadget” di media sosial THREAD juga menyebarkan artikel palsu tersebut.

Artikel palsu dan berunsur fitnah ini telah mencemarkan nama baik saya dan menjadikan saya sebagai penghasut kaum dan agama yang menjejaskan keharmonian masyarakat.

Saya memohon pihak polis menjalankan siasatan terhadap kesemua pemilik akaun media sosial yang menyiarkan artikel yang berbaur hasutan ini dan mengambil tindakan undang-undang sewajarnya.

#teresakok

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • Ucapan YB Teresa Kok Dalam Konvensyen Pakatan Harapan | 17 Mei 2026
  • 郭素沁指浮罗交怡旅游业表现落后于普吉岛与峇厘岛,促吉打州政府停止“自我陶醉式数据解读”
  • JAUH KETINGGALAN DI BELAKANG PHUKET DAN BALI: KERAJAAN PAS KEDAH JANGAN SYOK SENDIRI DENGAN STATISTIK ‘SUAM-SUAM KUKU’
  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme