Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Jawapan Bertulis daripada KDN: Bilangan Banduan Akhir yang dibebaskan setakat 30 Sept 2025

Posted on Wednesday, 31-12-2025 by Editorial Team

PUAN TERESA KOK SUH SIM [SEPUTEH] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilangan banduan akhir (mengikut pecahan kewarganegaraan, jantina, umur dan jenis kesalahan) yang telah dibebaskan setakat 30 September 2025 sejak hukuman mati mandatori dihapuskan sejak 7 November 2023.

JAWAPAN BERTULIS DARIPADA KDN

Tuan Yang di-Pertua,

Berdasarkan rekod Jabatan Penjara Malaysia sehingga 30 September 2025, jumlah banduan yang telah dibebaskan hasil daripada pemansuhan hukuman mati mandatori yang mula berkuat kuasa pada November adalah sebanyak 976 orang banduan.

Daripada jumlah tersebut, seramai 568 orang banduan adalah banduan warganegara manakala seramai 408 adalah banduan bukan warganegara. Berdasarkan pecahan mengikut jantina, seramai 889 orang adalah banduan lelaki manakala 87 orang banduan adalah wanita.

Pecahan mengikut umur bagi banduan yang telah dibebaskan, adalah seperti berikut:

(i) 15 orang berada dalam lingkungan umur 20 hingga 30 tahun;
(ii) 275 orang dalam lingkungan umur 31 hingga 40 tahun;
(iii) 412 orang dalam lingkungan umur 41 hingga 50 tahun;
(iv) 51 orang dalam lingkungan umur 61 hingga 70 tahun; dan
(v) 9 orang berada dalam lingkungan umur 71 hingga 80 tahun.

Sementara itu, pecahan mengikut kesalahan bagi banduan yang telah dibebaskan, adalah seperti berikut:

(i) 244 orang banduan telah disabitkan dengan kesalahan di bawah seskyen 302 Kanun Keseksaan;
(ii) 716 orang di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya;
(iii) 13 orang di bawah Akta Senjata Api; dan
(iv) 3 orang di bawah Akta Culik.

Sekian, terima kasih.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石
  • Press statement by Teresa Kok, MP for Seputeh on 12 March 2026: An RCI Is the Test of Madani’s Commitment to Transparency
  • KENYATAAN MEDIA OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH (12 MAC 2026): RCI Adalah Ujian Komitmen Kerajaan Madani Terhadap Ketelusan
  • 郭素沁呼吁反贪会调查前经济部长助理蔡镇燊的方式 应避免陷“舆论公审”

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme