Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Gambar Foto di Pilihan Raya Kecil di 2 Bukit April 2009

Posted on Friday, 10-04-2009Friday, 10-04-2009 by DAP Seputeh

Bukit Selambau

Saya berada di Bukit Selambau dan Bukit Gantang selama 3 hari untuk berkempen kepada calon daripada PKR dan PAS. Di bawah sini adalah beberapa keping gambar foto.

blog1 Saya dijemput oleh pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah Rendah Cina ini untuk melawat sekolah rendah yang lama ini pada 4 April 2009. Sekolah ini baru mendapat peruntukan yang agak banyak daripada Kerajaan BN. Salah seorang anggota Lembaga Pengelola Sekolah ini berkata mereka amat berterima kasih kepada Arumugam yang meletakkan jawatan exconya, kalau tidak, sekolah itu tentu tidak akan dapat peruntukan daripada Kerajaan BN.

blog2Tengok, gerai di tepi jalan di Bukit Selambau juga gantung sepanduk yang menyokong Pakatan Rakyat. Saya melawat tuanpunya gerai itu dan mereka banyak memberi galakan kepada saya.

blog3
Gambar diambil bersama dengan kedai makan di Bukit Selambau. Wanita yang memakai cermin mata hitam yang duduk di sebelah saya ialah bekas tokoh wanita MCA yang bernama Ke Soo Wah. Beliau telah kuat berkempen untuk calon Pakatan Rakyat di masyarakat Cina dalam Pilihan Raya Mac 2008. Beliau sudi meluangkan masa bawa saya melawat kesemua tuanpunya kedai di Bukit Selambau.

Bukit Gantang blog4
Inilah ceramah saya pertama di sebuah kedai kopi di Bukit Gantang anjuran PKR pada 4 April 2009. Saya menekankan betapa pentingnya pilihanraya kecil Bukit Gantang terhadap Pakatan Rakyat yang dirampas kuasa oleh BN. Saya berkata penduduk di Bukit Gantang membuang undi bagi pihak seluruh masyarkat Perak dan ia merupakan satu referandum ke atas BN.

blog5
Saya berjumpa dengan calon Bukit Gantang Nizar dalam jamuan yang dianjurkan oleh DAP di Bukit Gantang pada 5 April 2009. Lelaki bercermin mata di sebelah saya ialah YB Dr Tan Seng Giaw.

blog6
Saya diminta oleh Ahli Parlimen PAS Kota Bahru Cikgu Rahim untuk melawat rumah ke rumah di Kuala Sepetang, sebuah kampong nelayan Cina di Bukit Gantang sehari sebelum Hari Pengundian. Kami menerima sambutan yang hangat daripada penduduk Cina di sana. Saya juga rasa hairan dan terharu untuk melihat beberapa pemuda/i yang balik dari Kuala Lumpur dan Singapura dengan tujuan untuk membuang undi kepada Nizar.

blog7
Pada malam 6 April 2009, saya berucap di satu ceramah kecil yang dianjurkan oleh Kelab Penyokong PAS di Terong di rumah seorang India.

blog8
Inilah keadaan pertunjukan/program BN yang berbahasa Cina yang diadakan di Terong di hadapan ceramah anjuran Kelab Penyokong PAS ini. Mereka sengaja memainkan musik dengan speaker yang kuat untuk mengganggu ceramah yang diadakan pada pihak kami walaupun tak ada orang pergi ke program mereka.

blog10
Tan Sri Koh Tsu Koon berada di program BN yang tidak dihadiri oleh pengundi ini. Orang Terong memang tak kasi muka, ya, ……Kasihan …… :-((

2 thoughts on “Gambar Foto di Pilihan Raya Kecil di 2 Bukit April 2009”

  1. KFTANG says:
    Friday, 10-04-2009 at 21: 23.48

    Terima kasih YB yang sudi mempamerkan gambar-gambar semasa berkempen untuk Pakatan Rakyat di pilihan-pilihan raya kecil di kawasan Parlimen Bukit Gantang (Perak) dan juga di kawasan DUN Bukit Selambau (Kedah)untuk tontonan pembaca-pembaca di blog ini.

    Atas usaha-usaha kuat dan gigih pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat (PKR, DAP dan PAS) berkempen, dapat menghasilkan kemenangan yang cemerlang di kedua-dua kawasan itu.

    Tahniah dan syabas kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (Ahli Parlimen Bukit Gantang) dan Saudara S. Manikumar (ADUN Bukit Selambau) atas kejayaan yang begitu hebat!

  2. leguan says:
    Tuesday, 21-04-2009 at 13: 15.14

    Tan Sri Koh Tsu Koon and his Parti Gerakan have alays thought that they are the conscience to BN. He is quite used to speaking to scores of supporters only. I remember in the 2004 GE his ceramahs usually attracted no more than a hundred listeners only, even at his Tanjung Bungah state contituency. Gerakan has no future remaining in BN, but a diehard such as Tsu Koon still refuses to accept the reality. He is personable, and I feel sorry for him for having to take the humiliation on behalf of the hugely unpopular BN. A good and kind person like him should not have plunged into politics in the first place. He has done a lot for Malaysians in general and Penangites in particular in the quiet way (promoting FDIs into not only Penang but also other states as well. he has excellent liasson with heads of MNCs. He is indispensable as a member of the delegation whenever PM TDM or PM AAB wanted to have official visits to China and U.S., etc, as he has excellent command in both spoken and written English and Chinese. That’s probably why PM Najib included him in his Cabinet)

Comments are closed.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁促请隆市政局在武吉加里尔、大城堡及旧巴生路展开全面基础设施研究
  • KENYATAAN AKHBAR YB TERESA KOK (AHLI PARLIMEN SEPUTEH) PADA 27 OGOS 2026
  • Joint Efforts Needed: CPO KL, Mayor, and PTGWPKL Director Urged to Clamp Down on Illegal Parking Fee Collection on Kuala Lumpur State Land
  • MEDIA STATEMENT: THE TAMAN DESA PHASE 1 NEIGHBOURHOOD CONTROL SCHEME ISSUE (17 August 2026)
  • KENYATAAN MENGENAI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA FASA 1
  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme