Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

MAKLUM BALAS BERTULIS DARI KEMENTERIAN PENDIDIKAN BAGI PENGGULUNGAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2026 PERINGKAT DASAR PADA MESYUARAT KETIGA PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2025 DEWAN RAKYAT

Posted on Sunday, 07-12-2025 by Editorial Team

Kebebasan memilih Sekolah Untuk Anak

1. Ahli Yang Berhormat Seputeh, ada membangkitkan berhubung kecenderungan ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah swasta. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kemasukan kanak-kanak ke sekolah adalah berdasarkan pilihan ibu bapa atau penjaga. Ibu bapa mempunyai kebebasan untuk menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah tertentu. Pilihan ibu bapa terhadap sekolah yang sesuai untuk anak-anak mereka dipengaruhi oleh pelbagai faktor, termasuklah keupayaan kewangan dan perancangan pendidikan jangka panjang.

2. Kepelbagaian pilihan institusi pendidikan yang menawarkan pendidikan formal ini merupakan satu bentuk pendemokrasian pendidikan yang diamalkan di Malaysia bagi memastikan murid mendapat pendidikan yang terbaik mengikut pilihan dan keperluan ibu bapa. Walau bagaimanapun, ibu bapa perlu memastikan bahawa anak-anak dihantar untuk mengikuti pendidikan di institusi pendidikan yang berdaftar dengan mana-mana undang-undang bertulis di Malaysia bagi memastikan pengoperasiannya dikawal selia oleh suatu badan yang berautoriti.

3. KPM sentiasa komited dalam memastikan kualiti pendidikan di sekolah kerajaan terus diperkukuh supaya ia kekal relevan dan menjadi pilihan utama ibu bapa bagi membina masa depan anak-anak mereka.

SMJK Conforming Dalam Sistem Pendidikan

4. Ahli Yang Berhormat Seputeh ada bertanya berkenaan kedudukan SMJK Comforming dalam sistem pendidikan negara. Sekolah Conforming pada asalnya merupakan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) yang memilih untuk akur kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan pada tahun 1962. Ekoran keputusan itu, sekolah-sekolah tersebut dikenali sebagai Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) sehingga penguatkuasaan Akta Pendidikan 1996 [Akta 550], yang menetapkan semua SMJK ditukar kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1 Tahun 1997.

Permohonan pindah Lokasi SMJK Confusion

5. Ahli Yang Berhormat Seputeh, membangkitkan isu permohonan pindah Lokasi sekolah jenis kebangsaan SMJK Confusion. Untuk makluman, Sekolah Menengah Kebangsaan Confucian, Kuala Lumpur merupakan sekolah bantuan kerajaan (SBK) di bawah Akta Pendidikan 1996 [Akta 550].

6. Sehubungan dengan itu, pihak LPS sekolah berkenaan dimohon untuk mengenal pasti tapak baharu dan mengemukakan permohonan pindah lokasi sekolah tersebut kepada KPM untuk penelitian lanjut.

Majlis Pendidikan Negara

7. Ahli Yang Berhormat Seputeh ada menyentuh tentang penubuhan Majlis Pendidikan Negara (MPN), KPM menyambut baik penubuhan Majlis Pendidikan Negara bagi menyelaras dasar dan pelaksanaan pendidikan merentas Kementerian, menentukan hala tuju strategik kepada pembangunan sistem pendidikan negara dan menyokong penyepaduan sistem pendidikan dengan keperluan pembangunan negara dan pasaran buruh.

8. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Mesyuarat pertama MPN telah diadakan pada 3 Oktober 2025 yang telah dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri. Mesyuarat ini diurussetiakan secara bersama oleh Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi. MPN ini merupakan platform perbincangan dengan pelbagai pihak berkepentingan dalam menyelaras dasar dan pelaksanaan pendidikan merentas kementerian dan agensi di sepanjang kontinum pendidikan. Platform MPN merupakan komitmen Kerajaan dalam memastikan kesinambungan pendidikan asas dan pendidikan tinggi berjalan secara komprehensif dan teratur.

9. Dari segi keahlian, MPN ini akan dianggotai oleh beberapa Kementerian berkaitan, antaranya Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Digital dan beberapa agensi utama Kerajaan.

10. Selain itu, keahlian MPN diperluaskan kepada tokoh-tokoh akademik, wakil-wakil industri, pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) dan Syarikat berkaitan Kerajaan (GLC).

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme