Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Apakah Strategi Kementerian Perladangan & Komoditi untuk mempromosikan komoditi sempena Tahun Melawat Malaysia 2026? (10 Nov 2025)

Posted on Tuesday, 11-11-2025 by Editorial Team

Datuk Pengerusi, harga minyak sawit Malaysia telah turun baru-baru ini, dengan penurunan 0.94% pada 7 November 2025 dan penurunan 9.59% dalam sebulan terakhir, menurut data dari Trading Economics. Penurunan ini lebih ketara apabila dibandingkan dengan tahun sebelumnya, iaitu penurunan 19.41% berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu. Jadi, pihak kementerian perlu berusaha untuk mempromosi minyak sawit kita dengan lebih gigih lagi.

Saya ingin menyampaikan penghargaan kepada pegawai MPOB, MPOC dan MPOCC yang telah banyak berusaha untuk menambahbaikkan pengeluaran minyak sawit yang mampan di Malaysia serta mempertahankan namabaik minyak sawit Malaysia di pentas antarabangsa.

Tahun depan adalah Tahun Melawat Malaysia 2026. Malaysia menyasarkan ketibaan 45 juta pelancong asing pada tahun 2026. Matlamat ini merangkumi jangkaan hasil pelancongan sebanyak RM270 bilion.

Soalan saya adalah, apakah Kementerian Perladangan dan Komoditi telah merangka apa-apa strategi untuk mempromosi komoditi di bawah pemantauan kementerian, khususnya minyak sawit merah, coklat Malaysia, perabot yang menggunakan kayu getah (rubber wood) Malaysia dan lada Sarawak (Sarawak pepper) kepada pelancong asing menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026?

Sebenarnya, bila pelancong asing masuk ke Malaysia, ini adalah peluang yang paling baik bagi agensi-agensi komoditi di bawah Kementerian untuk mempromosi produk komoditi negara kita bersama dengan industri hiliran komoditi kita.

Bila kami melancong ke luar negara, kami selalu mendapat pengetahuan tentang produk sesebuah negara melalui pemandu pelancong. Misalnya, bila kami pergi melancong ke Korea Selatan, kami akan dibimbing oleh pemandu pelancong untuk beli ginseng dan pelbagai produk yang mengandungi ginseng.

Jadi, adalah sangat penting bagi Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC), Lembaga Lada Malaysia (MPB), Lembaga Koko Malaysia untuk mula mengadakan libat urus dengan persatuan pemandu pelancong, industri pelancongan di merata-rata destinasi pelancongan di Malaysia, bersama dengan syarikat-syarikat yang mengeluarkan produk komoditi hiliran, seperti syarikat yang mengeluarkan minyak sawit merah, syarikat pengeluaran coklat, syarikat yang mengeluarkan lada dan sebagainya.

Sebenarnya, usaha perjumpaan dengan kementerian pelancongan, persatuan pemandu pelancong, kepimpinan Malaysia Airport Berhad dan beberapa pelabuhan di negara kita pernah dilakukan oleh MPOC dan pejabat menteri pada tahun 2019, bila kerajaan Harapan pada waktu itu ingin menganjurkan Tahun Melawat Malaysia pada tahun 2020.

Selain itu, saya juga cadang kementerian haruslah menyertai pelbagai inisiatif yang dilancarkan oleh MOTAC dan Tourism Malaysia, termasuk platform digital mereka.

Sehubungan dengan itu, saya bercadang MPOC haruslah berusaha lebih gigih untuk mempromosi minyak sawit Malaysia, khususnya minyak sawit merah melalui media sosial, khususnya Instagram, youtube dan tik tok.

Kebelakangan ini, saya pernah menonton beberapa klip video daripada saintis dan “influencers” yang menasihat pengguna jangan menggunakan beberapa jenis minyak masak yang dihasilkan dan digunakan secara meluas di Eropah dan Amerika Syarikat boleh menjejaskan kesihatan manusia, terutamanya apabila digunakan secara berlebihan atau dipanaskan berulang kali pada suhu tinggi.

Ini termasuk minyak kacang soya, minyak jagung, minyak bunga matahari, dan minyak biji kapas tinggi dalam asid lemak omega-6. Minyak-minyak ini dikatakan akan menyumbang kepada penyakit jantung, obesiti, dan diabetes. Pemanasan minyak tak tepu ini berulang kali ke suhu tinggi boleh menghasilkan sebatian berbahaya, termasuk aldehid yang berpotensi menyebabkan kanser.

Tetapi kesalnya, saya tak pernah lihat klip video di media sosial yang mempromosi kebaikan kesihatan minyak sawit, khususnya minyak sawit merah dan vitamin E tokotrienal yang didapati dalam minyak sawit merah. Saya hanya pernah lihat klip video kajian kebaikan kesihatan minyak sawit merah yang disiarkan oleh satu syarikat pengeluar minyak sawit merah sahaja.

Saya berharap MPOC boleh mempromosikan minyak sawit merah dan berperang dengan kempen anti-sawit dengan lebih giat dan gigih lagi.

Saya cadang MPOC bekerjasama dengan syarikat pengeluar minyak sawit besar di Malaysia untuk melawan balik segala mesej yang anti sawit di media sosial, dan menggunakan influencer untuk lawan balik mesej-mesej yang menjejaskan namabaik minyak sawit Malaysia.

Teresa Kok
Ahli Parlimen Seputeh

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme