Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Bila Pemisahan AGC–Pendakwa Raya Dibentang, dan Adakah Penggubalan Undang-undang Akan Dialih ke Parlimen?

Posted on Wednesday, 05-11-2025 by Editorial Team

PUAN TERESA KOK SUH SIM [SEPUTEH] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah pemisahan peranan Peguam Negara (AGC) dan Pendakwa Raya akan dibentangkan di Parlimen. Apakah bahagian penggubalan undang-undang di bawah AGC akan dialihkan ke Parlimen supaya penggubalan undang-undang akan menjadi lebih bebas terutamanya dalam penggubalan rang undang-undang yang berkaitan dengan AGC.

JAWAPAN
YB DATO’ SRI AZALINA OTHMAN SAID MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (UNDANG-UNDANG DAN REFORMASI INSTITUSI)

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, hasil kajian lawatan Kajian Empirikal ke Kanada, Australia dan United Kingdom yang didapati oleh Pasukan Petugas Khas Kajian Komparatif telah dibentangkan kepada Kerajaan.

2. Justeru itu, Kerajaan pada 10 September 2025 telah bersetuju dengan cadangan model pengasingan penuh antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya yang dipegang oleh dua individu berbeza dengan status setara.

3. Kerajaan juga telah bersetuju agar pembentangan Rang Undang-Undang Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) dibuat pada Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Kelima Belas 2026 dan selepas Rang Undang-Undang Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) tersebut berkuat kuasa, pembentangan di Parlimen akan disusuli dengan Rang Undang-Undang Saraan dan Rang Undang-Undang Pembaharuan Undang-Undang (Pendakwa Raya) yang berbentuk omnibus dan dibuat untuk tujuan meminda pelbagai undang-undang berbangkit daripada pemisahan peranan penasihat dan pendakwaan Peguam Negara.

4. Berhubungan dengan persoalan kemungkinan pengalihan Bahagian Gubalan Undang-Undang daripada AGC ke Parlimen, perkara ini merupakan isu dasar yang memerlukan penelitian mendalam serta kajian menyeluruh dari segi implikasi perundangan, struktur institusi dan tadbir urus.

5. Namun demikian, Kerajaan sentiasa bersikap terbuka terhadap sebarang pandangan dan cadangan daripada semua pihak berkepentingan bagi memastikan apa-apa reformasi yang dilaksanakan kelak benar-benar memperkukuh kebebasan institusi, meningkatkan akauntabiliti, serta menjaga kepentingan rakyat dan negara.

Sekian, terima kasih.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • Ucapan YB Teresa Kok Dalam Konvensyen Pakatan Harapan | 17 Mei 2026
  • 郭素沁指浮罗交怡旅游业表现落后于普吉岛与峇厘岛,促吉打州政府停止“自我陶醉式数据解读”
  • JAUH KETINGGALAN DI BELAKANG PHUKET DAN BALI: KERAJAAN PAS KEDAH JANGAN SYOK SENDIRI DENGAN STATISTIK ‘SUAM-SUAM KUKU’
  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme